6.16.2009

pagi isnin (setelah 2 minggu lupa diri cuti sekolah)

6.45 am
shax bangun. menuju mamai mamai ke bilik air.
gosok gigi guna jari. cuci mata.
im ready!!

7.07 am
dalam kereta ayah.
inikah revolusi atau hanya ilusi bagaikan mimpi jadi realiti~~
kedengaran di corong radio.
tengok depan. jamm.
noooooooooooooooooo!

7.40 am
sampai sekolah. tengok semua dah beratur berdiri tegak nyanyi lagu negaraku dalam dewan.
shax buat muka selambayaya pada mulanya.
dari pondok jaga nampak cikgu hadi.
.shit.
guru disiplinku!
shax dan adik jalan jengket jengket cepat cepat selit kat kantin.
tarik nafas lega sesaat sebab papa hadi tak nampak.
call fad tanya kedudukan koordinat cikgu hadi.
fad tak angkat.
khusyuk menyanyi negaraku barangkali.
shax cuba berfikiran positif.

7.47 am
adik main tibai masuk dewan camtu je.
kau kena panggil ke stage padan muka.
shax curik masuk dewan dengan berjalan selaju boleh di samping menjaga tatasusila sebagai seorang gadis melayu.
lepas! yeaa.
shax di muka pintu di bahagian kiri dewan.
kelas upper 6 ES1 nun di kanan dewan.
saraf otak menjalankan tugas.
ada 2 jalan ;
1-lalu belakang dewan dimana papa hadi berada.
2-pijak kaki peha betis budak2 yang akan bersila dalam dewan 5 minit lagi setelah ikrar selesai di ucapkan. shax akan berjalan di tengah dewan sementara yang lain bersila.

tekad pilih jalan 2. tak sanggup lalu depan papa hadi.
shax tekad nak selamatkan markah dimerit yang hampir underground.
shax merempuh segala cina india dan melayu.
ada yang terpijak kakinya sampai melecur harap di ampun.
mau cepat sampai di kanan dewan sebelum murid di arahkan duduk.
di tengah dewan di celah2 murid yang tengah nak duduk,
shax jeling papa hadi di pintu belakang.
shax senyum riak. yakin lepas.
setelah berhempas pulas,
selit cilok langgar pijak picit tolak sana sini.
berjaya!
shax senyum lepak lega nak duduk.
papa hadi berdehem di hujung kaki shax yang telunjur keluar.


6 gigi bersemut:

AKMA said...

shax ko nih mmg sungguh otai..

dila john said...

owhh..

kaw sebaya ngn adeq aku..
ahahha..

berjuang lah korang akhir taon,
pdn muka aku skali,
akhir taon final sem kt cni,
hahahah...

mari kinah gelak sama2...

paraxixth said...

aku lagi la.sepanjang tahun untuk tingkatan 5 dalam buku log.name aku je penuh.damn!

1st day sekolah.bulan 1.elok sume tgh duduk.then ade cekgu bertugas bawak buku log (budak2 yg lambat) dan die sebut name aku.then kene berdiri.hah! abes aku femes 5 minit satu sekolah kenal aku~!

dark ray said...

ni cerita kartun ke apa?

Azri Rotten said...

fuhhh..kat skola i dulu cikgu tunggu kat gate je. sape lmbt,kene bayar RM2. so i dtg before rehat ar. time tu xde sape jage gate.

shakinah said...

to kema ;
haha.
otahi ade la.
:P

to dila ;
oyeh?
hahaha.
maju jayaa dilaa!

to paraxixth ;
pernah kena panggil sebab fly time rehat?
ahaa.
aku pernah rse laa tu.
feymes jap aku spanjang 1/2 jam phimpunan tu.
haha

to dark ray ;
cite seram laa..
kau ni..

to azri ;
hahaa.
i lalu pintu blakang.
yg x best kne pnjat pagar laa.
adoi.