7.15.2009

rekodddddddddddddd duniaa!

melihat emak yang penat lelah pulang dari kerja.
emak hanya larat memasak sayur taugeh dengan sup daging.
saya sebagai satu-satunya anak gadis mak yang boleh di percayai menawarkan diri ok tipu sebenarnya mak yang suruh menggoreng ikan tenggiri.
dengar saja perkataan i.k.a.n
saya mula terbayang letusan minyak piuu piuuuuuuu (ini bunyi side effect konon2 minyak meletup)
adeh!
namun tak apa!
saya sedia menyahut cabaran buat pertama kalinya sepanjang 18 tahun 7 bulan menjalani kehidupan sebagai seorang manusia.

here we go

ikan tenggiri yang telah disaluti asam dan kunyit oleh emak

penyepit besi ke-hape-tah-nama-dia dengan periuk besi sebagai perisai

minyak panassssss!
tips ; untuk tahu minyak tu telah panas atau tidak, anda bolehlah mencelup jari
anda ke dalam kuali itu buat beberapa minit.
kalau melecur jari, maka minyak telah sedia untuk di masukkan ikan.

saat paling mencabar.
jika perlu, pasangkan muzik berentak cemas pada ketika ini.
ikan dimasukkan ke dalam kuali dengan berhati-hati.
pada saat genting ini, bersedia dengan sebarang kemungkinan!
minyak akan meletus-letus manja hinggap ke kulit anda.
sebagai langkah keselamatan,
gunalah sudip panjang lebih selamat jika ada pancing yang diikat dengan sudip di hujungnya.
tidak lupa juga sarung tangan atromen yakni sarung tangan kek dan perisai iaitu penutup periuk.

tunggu sehingga letusan dan letupan minyak reda.
jika tidak reda juga,
slow-kan api se slow yang mungkin.
PENTING UNTUK KESELAMATAN DIRI

demi menjaga kulit dari terkena percikan minyak yang jahat,
tutuplah kuali itu.
ini langkah paling bijak.
:)
ok aku tak bijak time buat ni sebab aku bantai tutup kuali guna mangkuk besi yang takde tangkai.
susah nak angkat. kena guna sarung tangan.
bengong

hasilnyaaaaaaaa!
TADAAAAAAAAAA!
ikan goreng tenggiri siap untuk dilahap.
nyum nyum.

nasik + kicap + ikan + sambal tempoyak.
oh ya. disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
jutaan terima kasih kepada kawan baik saya iaitu supi
kerana tabah dan penuh sabar mengajar saya cara-cara membuat tempoyak.

dia kata ; siat isi durian. letak garam secubit. lepas tu peram dalam 2 3 hari. jangan lupa kacau hari-hari.

thank you supi. kau tak payah risau dah aku mintak tempoyak kau tahun ni.
:)

dah.
makan malam sangat simple dan enak.

jangan risau. saya TIDAK berpakaian seperti ini lagi.

mak kata ; TAHNIAH SYIKIN!! ANAK MAK BERJAYA MENGGORENG IKAN AKHIRNYA. isk isk.

lepas tu dua beranak menangis terharu sambil berpelukan.
* rekaan

32 gigi bersemut:

::@FiQ said...

aiyoo.. tempoyak mantah tuh x tahan tuh.....alaa.. sedapnyer.

azzaliena suziantie said...

wahhh
sambal tempoyak
yummy yummy
hahaha

nak...
hanta kan ea ;p

dila john said...

aduhai...

bru pndai goreng ikan ye dek.
hua hua hua...

xpe, ak dlu goreng telo pown xpass.
ahhahhaa...

tp bab kain batik 2,
ak klw tgk kain batik
ak igt kaw.
siyes dol.

bile da igt kaw pkai kain batik
teringat plak jenab.

ahahhahahahhahahahhahahahhahahaha

KIBA kline said...

lol..
kacang mak lodeh je nie.
hahaha.
ape ape pun tahniah la.
dah boleh kawen da nie.
hahahah
=D

shakinah said...

komen dila punye pasal, aku reply komen mlm ni gak.HAHAA..

afiq ;
sedap!
tu dah ade resepi dah tu.
buat ah sendiri
:)

azza ;
mane leh anta.
meh dtg selayangg!
haha.

DILLAAAAAA ;
goreng telo dlu ak cmpak dr jao je duh.
telo pun meletup gak kan?
eheh.

ni aku geram neh.
mana boleh kaitkan aku dengan jenabbbbbbbbbbb!!
hooooooooooo.
dush!dush!
xnak ahhh.
kaitkan aa ngan avril ke, nicole kee.
ni jenabbbbb!
xmo!xmo! xleh trime.
huh

:P

shakinah said...

kiba ;
ahahaha.
yeay! dah bole kawen.
:)
kau tu tah2 goreng telo pun tak pas.
kankan?
:P

a.b geldofg said...

:)

joegrimjow said...

tolak mentah3 je ni calon

shakinah said...

a.b.c ;
:0

joe ;
ahahahh!
x kesa.
ikan je riso nak msk.
ayam passssssss.
heh

DIK AN said...

Macam hangus je tu.

bias® said...

ikan???? teruk betul anak dara skang nie.

Lionel Azry said...

dem gua punya tempoyak abis!
kene balik umah ni!

dila john said...

sje jerk gertak kaw,

bia bls komen cepat.

lulu lalala said...

tahniah syax berjye mnggorg ikn tnpa ade ape2 sragan manje pd kulit anda!heee

tempoyak pn aku suka!pasni bleh bg sikit! ;p

Abir Abhar said...

kau ni makin gedik la..
haha..
bagus2,
macam ni la calon isteri yang bagus..
pndai goreng ikan..
haha

dyod said...

bodo aku gelak nak mampos! ahahahahah!

ape la ko tutup kuali ngn mangkuk tuh! hahaha! mmg bengong

aloy_paradoks said...

mesti lu jarang masak ni

naz said...

waoh susah gorang ikan nie. boleh bawak kematian haha syabas :)

KIBA kline said...

hoi. kau jgn hina abg kantin nie.
setakat goreng telur tue.
celah gigi la weyh.
hahahaha
=D
aku lagi lame da boleh kawen.
:P
hahahah
=D

et said...

ahahaa..kt stu geng..x reti mgoreng gak..mesti kne cover power2 bru nk grg..huuu~

mamai said...

boleh la tu janji masuk perut

shakinah said...

dick an ;
mane ade.
elok la tu.
ngam ngam je.
:)

bias ;
eheh.
kire ok la dah maju sikit!

azry ;
ahahaa.
padan muka.
tgk aku duduk rumah je 26 jam ade tempoyak.

dila ;
huhh!
i merajok dengan yu!

lulu ;
yes yes.
tepok ramai ramai
*tepuk tepuk

:P
nak jum ah dtang umaaaaaaa.

abir ;
aku memang gedik pun duh.
hahaha.
yes.
abir puji aku!

dyod ;
aku cari penutup periuk yang ade tangkai x jumpe duh.
mak aku sorok kot.
:D

aloy ;
huih.
selalu je.
masak air.megi.
lu cakap je.
wa bole buat.

naz ;
hoh!
tahu xpe!

kiba ;
eleleleee.
tah tah kau goreng telur stail cam abg aku.
campak dari jaoh.
hahah.
pastu nak buat telur dadar letak garam,
dia letak kunyit.
kan?
:D

et ;
yes.
sep sep!

mamai ;
bolehla kan?
:)

laki cikgu kimia said...

aduh.. kalu tempoyak teman memang kalah.. *ngidam

shakinah said...

cegu kimia ;
hahaa.
sedap kan!
:)

Abir Abhar said...

kau hengat pandai goreng ikan je cukop nak jadi calon isteri yg baek?
xde maknanyaaa..
aku perli la..
bkn puji

shakinah said...

hahahh.
mungkin bagi kau tak.
org lain mana tahu?
kan?kan?
miahaha~
ahh!x kire.
i take it as compliment jugak

~wandie~ said...

tempoyark my favourite tu..hei?ketiak ko bau cendol??
sedap tu..eeeuuuwww!!~

naserol said...

hangus en ?
jangan nak tipu .lala .

dila john said...

olololooo...

ok. yu xsama ngn jenab,
jenab yg sama ngn yu...

faiq said...

stakt ikan goreng..
xmencbr lgsg

shakinah said...

wandie ;
hahaa.
sedap kan kan

naserol ;
mana ade.
eii..


dila ;
aalaa.
yu laa same ngn jenab.
ai tak layak.
:P

faiq ;
ceh.
kau tahu ape?
megi tak usah cerita

dila john said...

i xdek shades cm jenab,
mane nak sme??

lg pown,
i xpenah bergamba ngn en.bf,
pastu pakat2 pkai shades...