9.11.2009

badddddddd day. again

khamis

10 sept 2009

2.30 pm


Misi 1 = ambil resit pos kat mak


‘ mak, dah sampai lobi bawah ni’


“naik terus. Kejap lagi mak ada mesyuarat. Tak boleh turun.”

Si anak dengan setia berjalan menuju pintu masuk hospital, namun di tahan oleh pakcik jaga.


"dik, dah pakai baju sekolah pun tak boleh nak baca ke apa tulis kat papan tanda ni?"

Pakcik jaga bersuara kasar.


Masa melawat

12.30 – 2.00 pm

5.00 – 7.00 pm


‘tapi.. tapi.. saya bukan nak melawat orang. Saya nak jumpa mak saya. Dia kerjaa kat..’


"kau ni harap belajar tinggi, tapi otak udang jugak ke? Dah tak boleh tu tak boleh lah!"


Amboih? Yang muda dikasihi yang tua di hormati lah pakcik

Aku menjawab dalam hati.


Henpon dikeluarkan. Nombor mak di dail.

‘mak, ni haa ada pak cik jaga tak bagi naik!’

Sengaja suara di naikkan 15 oktaf. Bagi pakcik jaga tu dengar.


Pakcik jaga jeling. Aku balas. Dengan penuh tawaduk, aku melangkah ke satu sudut. Setia menunggu si emak.

10 minit main jelingjeling tak puas hati kat pakcik jaga.


‘syikin, what are you doing here?’

Aku menoleh. Dr. Richard menegur.


‘ouh doc. I want to see my mum but that jaga won’t let me in’

Sekali lagi. Sengaja aku kuatkan suara. Pakcik jaga pandang doktor, muka cuak.

Dr Richard tersenyum.


‘ why don’t you use the lift? Lif kan takde siapa jaga?’

Dr. Richard bagi idea bernas.

Aku menoleh ke kiri.

Alahai bodohnya kau shax! Sibuk duk bertengkar dengan pakcik jaga depan pintu, lif tepi tu bukan ada orang jaga pun.

Aku tersenyum menang.

Pakcik jaga muka merah kehitam-hitaman tak puas hati.


‘thanks uncle!’

Dengan riak dan ketawa kemenangan aku melangkah masuk dalam lif.


-misi berjaya-


Misi 2 ; ambil barang di pejabat pos


Dari hospital pergi warta. Lebur RM6 bayar tambang teksi. Sampai di pejabat pos warta.


Pak cik pejabat pos warta kata ;

“Dik. Barang ni kena ambil kat pejabat pos selayang baru.”


Aku yang tak lepas lelah lagi hanya terkedu.

Selayang baru?

Ah, takpe takpe. Sabar. Puasa.

..

Lepak duduk tunggu bas di warta.

Telan asap dah rasa macam minum coke.

Sampai di pejabat pos selayang baru.


akak pejabat pos selayang baru kata ;

"Dik. Barang ni kena ambil kat centre dia. Kat Gombak."

Akak tu berkata tanpa rasa bersalah.

‘akak, make sure sekali lagi please. Takkan Gombak kot?’

"betul dik. Kat Gombak. Bukan pejabat pos sini."

‘tapi orang kat pos warta kata ambil kat sini?’

"salah la tu. Ni ambil kat Gombak je. Tak ada kat tempat lain."


penat aku menapak..

Speechless.

I need someone. Fast.

Handphone dikeluarkan.


aku nak ambil baju yang aku order kat blogshop hari tu. Aku pergi pos warta, orang tu kata kat pos Selayang Baru. Ni dah sampai selayang baru, dia kata kat Gombak pulak. Babi do, babi.. aku penat..


Message sent to supi.

Message sent to meen.

Message sent to mija.

Message sent to daus.


Sambil taip mesej sambil nangis dengan ikhlas.

Ya, nangis sebab terlalu marah dan geram.


1) Balik sekolah naik bas pergi warta.

2) Dari warta naik bas pergi hospital.

3) Kena maki dengan pakcik jaga.

4) Naik teksi pergi pejabat pos warta.

5) Oh! Dia kata barang saya ada di pejabat pos selayang baru.

6) Naik bas pergi selayang baru.

7) Oh! Barang saya ada di pejabat pos Gombak rupanya.

8) Naik bas dari selayang baru balik warta.

9) Dari warta naik bas balik rumah.


Sampai rumah jeritjerit nanyi lagu terima saja dengan penuh perasaan.

mandimandi sambil nangisnangis bengang marah cilake haramjadah lepastu tidur sampai buka puasa.

23 gigi bersemut:

azzaliena suziantie said...

sengal gile pak cik kt hospital tuh..

sufi said...

aku fhm pasaan ko..
2la xnk ngaku ko 2
badi malangnye sgt KERAS n
sgt TEBAL!

Besi Karat said...

eh?ingatkan dah tak boleh guna komputer..hahaha..
woi ingat sikit,dengan org tua kena berbudi bahasa.hehehe

shakinah said...

azza ;
hahaa. tau takpe

sufi tahi ;
heh.
sadissssssss do!
sedih aku.
nasib baik la aku sorang.
kalau kau ade time tu mesti malang lagi betimpe timpe

zamany ;
haha.
aku lepak cc ni do.
:D
aku ingat laa sengal.
sebab tu la menjawap pun dalam hati je.
hoo

et said...

ceh, pkck jaga tu sgt la poyo..eee..geram2..err..tumpang geram same..hoho~

ari yg kurg indah yep..sabo2..

fiiQ said...

ala siannye..
sabar ye..
bulan puasa ;)
ite faham..
hihi!~

Si Aizuddin said...

syikin? sabar sabar. kau puasa kan? kan?

Paan said...

Hahahaa! Sekali pakcik tu jadi future father in law x tau...

macha_sezs said...

wow! hari anda sangat adventure! wahaha~

:P

lehajeera said...

aku turut bersimpati

haha

DoraYaKiii ツ said...

saba wei sabaaa. huuu~

Azri Rotten said...

byk pahale u bulan nih. kalau i dah lame bukak puase dah. dgn muke seko2 kene rembat pas2 layan kebab sambil kene marlboro.

kimisai said...

huh??
tumbuk je jaga tu..suruh je mak ko bedah mata die

meo188 said...

kucing tul pakcik!

Abir Abhar said...

nak kesian ke tak?
nak kesian ke tak?
nak kesian ke tak?
nak kesian ke tak?
nak kesian ke tak?
erm..
nak kesian ke tak?

bias® said...

cobaan...

atokk said...

sabar2...heee...selamat nak berhari raya

zahirlunatik said...

wakakaka....
ade lagu the voks plak..
klo aku bgtau dak2 ni msti maseng2 tersenyum...
adoi!!!!

vidadarisakura said...

kesiannya....tapi memang la paci gad tu bikin panas.hee

ahmdsyhmi said...

ni masalah sistem ke masalah manusia ni?

faiq said...

kau ngan prg tua pun nk gado..durhaka tol..ish2..

PhotoKidal said...

aku yg bernombol 5...

kesian...
kesian shax...
kesian...
betul-betul kesian...

dah abis kesian, gi tdo sane!!

Amir Ariff said...

dah macam laporan lawatan budak2 sekolah..

"Lawatan ke Zoo Melaka" kah333