10.22.2009

tibatiba terjumpa diari lama

25 september 2007

pukul 8 sampai 11 malam aspura masih dum dam dum dam main mercun. siot betul.
pak jaga dah sound banyak kali pun tak faham bahasa.
budak form 5 dorm ruqyah nak focus menghafal susunan periodic table pun tak lepas. mana metal non-metal.
zul dan meen masih sabar bertapa depan meja study. masih menghafal metal non-metal. spm dah dekat spm dah dekat. itu yang mereka fikir, mungkin.
shax dah tutup buku kimia tingkatan lima balun megi asam laksa suki yang dari tadi makan soroksorok tepi loker.
ika? tongkat dagu atas meja dengan buku sejarah tegak atas meja padahal mata dah lama tutup.
...
masa berlalu. aspura masih ligat dengan mercun bola, mercun telur, mercun mancis, thunder dan sebagainya.
...
pukul 11.59 malam suasana asrama sudah mula senyap. aspuri kentut pun boleh dengar sampai aspura agaknya. dengar kata warden paling rare, cikgu azman nak datang round lepas dapat laporan dari pak jaga yang budak aspura main mercun.
tepat pukul 12 pagi, adak iaitu adik dorm yang terkenal dengan gaya rambut chibi maruko chan muncul depan pintu, sengihsengih.
shax dari jauh dah bau unsurunsur kesyaitanan. serentak, adak, zul, meen, shax, suki dan ika berkumpul kat meja study.
bincang bincang. pung pang pung pang. debuk sana sini. tarik rambut.
setel.

shax, meen dan zul keluar dorm, menuju ke toilet hujung.
koridor aspura aspuri dah gelap, light off kononnya.
tapi dalam gelap masih nampak kelibat bobok bertenggek kat koridor aspura.
adak kat pintu dorm usha pagar asrama nun di sebelah DM. kosong. tak nampak kelibat kereta waja kelabu milik cikgu azman lagi.
shax, meen dan zul mencangkung. dengan lafaz bismillah, zul nyalakan api. meen usha keliling.
2 biji bola kecil bewarna hijau merah di bakar dan shax baling jitu laksana atlet lontar peluru 2 biji bola kecil tu ke arah aspura.
shax meen dan zul cepatcepat jalan katak masuk toilet sementara 2 biji bola kecil tadi selesai menjalankan tugas.
meletup. tepat pada masa cikgu azman turun kereta depan pagar asrama.
akak tingkatan enam yang khusyuk stadi dekat bilik stadi tepi tandas tu menjerit sambil keluarkan katakata nista.
kurang ajar !$%! **** aspura tak reti diam orang nak stpm lah bodoh!
shax, zul dan meen keluar tandas berjalan laju balik dorm sambil menyambung carutan oleh akak tingkatan enam tadi.
entah. bodoh lah aspura! tak habishabis dengan mercun. orang dah lah nak exam, nak study!
dengan penuh perasaan.

sebelum masuk dorm shax sempat intai cikgu azman dah jalan laju dengan amarah yang membara menuju ke aspura.
dengar cerita aspura tingkatan 4 teruk kena malam tu.


notasebelumbelah ; ceh.

23 gigi bersemut:

yetzOlala ; said...

korang ???//// !$$$^%^#*(&^%$#

shakinah said...

haha.
tanye zul.
dia tahu cite neh.
:P

Amir Ariff said...

main mercun sempena apa?

Paan said...

Tahniah! Anda baru sahaja melengkapkan personaliti kesyaitanan sejati!

Si Aizuddin said...

Unsur kesyaitanan yang memuncak aku nampak disini

et said...

haha..misi berjaye! keh3~ ^^

call me julie . said...

CESS, BAIK PUNYAAA

arque said...

rambut chibi maruko chan?hahaha.
tak boleh blah.

KIBA kline said...

lokasi. : semesti kn?
haha

KIBA kline said...

lokasi. : semesti kn?
haha

Lionel Azry said...

mencarut?

macha_sezs said...

hahaha.

ni orang kata.

lepas kentut sorok montot.

sekian.

meo188 said...

mengucinglah nko!

shakinah said...

kiba : bukan semesti weh.aku kua semesti tym f4.haha.ni skola len.lgpn aspura n aspuri smesti kan jao.skola ni dpn2 je. :)

shakinah said...

kiba : bukan semesti weh.aku kua semesti tym f4.haha.ni skola len.lgpn aspura n aspuri smesti kan jao.skola ni dpn2 je. :)

zahirlunatik said...

kenape aku x pnah nk buat diari ek??
sungguh gadis2

dzul hafixi said...

katt umah gua tiap2 ari ade bunga api...
da mcm tiap2 ari merdeka...
new year...
raya...
ntah...

.paiz. said...

laa kau punya pasal la ni. gila kejam. teruk keteorang kena malam tu duh.

Bart Baharudin said...

haha! watyal ah perangai setan habis tapi agak cool! haha. terkena gak budak2 f4 tu

Nabil Fizri said...

chibi maruko chan!!!

bias® said...

diari? wahhhh!!!

shakinah said...

amir ; time tu dah dekat bulan puasa.. ke tengah puasa tah.

paan ; yeahhh! sharuk azry pun kalah kan kan

din ; ehehe. itu biasa

et ; suke plak die. :P

jue gebu ; uhauhaaa.

shakinah said...

arque ; jangan gelak woih.

azry ; mane ade

macha ; taklah. lepas berak sorok tahi.

meo ; alaa.kau marah aku la tu sebab kau form4 time tu. kau yang kena hambun ngan cikgu azman kan kann

zahir ; tu la ko. bek buat skg

dzul ; aku la yang main kat umah kau tu

paiz ; aku saje publish cite ni. sje nak aibkan kau. haha

bart ; ehehe. padan muke dorang kan kan

nabil ; bini shin chan

bias ;wow!