1.15.2010

kerana kau amat menyayangi diriku

pehal cam syial gila tajuk entry aku ni? HAHA.

hari ni aku tulis pasal kat tempat kerja lagi.
hari tu pasal 'bro' kat kaunter air asia tu.
kali ni pasal brader kat kaunter astro depan.
esok mungkin pasal akak kedai CD sebelah yang memanjang pasang lagu Achik & Nana.
sumpah aku dah boleh sing along anytime kalau lagu bolabola api, rindu-rinduan di pasang.

berbalik kepada cerita abang astro. dorang ni harihari tukar orang. kadang india yang jaga, kadang anti dengan sorang brader-muka-chinese ni yang jaga, kadang brader-gaya-mat rempit yang jaga. tapi hari ni brader stail akademi fantasi yang jaga.
sorang nama Olie. dia ni adik kepada nubhan AF. kalau tak kenal, buatbuat ah kenal. aku pun mulamula ingat nubhan tu haziqq~ AF. rupanya bukan. nubhan dengan haziqq~ adalah 2 orang yang berlainan.
sorang lagi brader astro nama dia Izwan. kalau nak banding, Olie lagi kacak dari si Izwan ni. tapi aku kan jalankan diskriminasi terhadap orang kacak. bukti, membemembe lelaki aku mana ada yang hensem. semua muka stok pecah rumah. silap haribulan boleh bawak gaduh. pernah jadi kes sorang nenek tu serang membe aku nama Zaki sebab tak puas hati tengok muka Zaki huduh kurang hensem sangat.
apa nak buat, nasib. yang serang pun nenek nenek, so Zaki redha je ah.
oleh itu, aku lagi banyak borak dengan Izwan daripada si Olie.
borakborak, tak sangke si Izwan ni membe pakcik aku yang baru kahwin hari tu. alaa, aput. yang dia kahwin aku kena jadi pengapit dia tu. tak ingat? abaikan ah. yang penting point di sini, Izwan membe Aput.

tibatibaa!
BODOH TIBATIBA JE TULIS TIBATIBA!
akal jahat datang menyerbu otak si Izwan. henpon di ambil. nombor aput didail.

Izwan ; lo, put! aku ni, wan.
aput ; aa, pesal?
Izwan ; aku culik anak buah kau ni, Shakinah. aku bawak dia pergi genting. HEHE.
aput ; bawak ah.
Izwan ; kau betul tak kisah?
aput ; peduli apa aku. dia dah besar, pandai jaga diri.
Izwan ; kau jangan menyesal. aku bawak dia. kitaorang berdua je ni.
aput ; bawak laa pergi sampai siamm punnn.

talian diputuskan. Izwan dah hasuthasut aku kata Aput tak sayang aku. cakap tak guna punya pakcik si Aput tu. anak buah pergi Genting dengan jantan bukan muhrim dia boleh halalkan.
aku lepak je.
macam aku tak kenal si Aput tu. berak aku dulu dia yang basuhkan.

tak sampai 10 minit henpon Izwan bunyik tanda mesej masuk. aku tengok hujung mata bila dia beriye gelak. henpon di hulur pada aku.

mesej dari aput ; weh. kau jangan buat pape kat anak buah aku tu.

aku sengih je. Izwan tak balas mesej Aput sebab ada pakcik india botak tengah datang nak pasang Astro.
15 minit lepastu henpon aku pulak tibatiba bunyi chorus lagu All The Small Things tanda ada call masuk. aku dah doadoa bukan Ms Yip yang call.
sekali tengok nama A.P.U.T.
aku dah sengih.

aput ; kin, kau kat mana ni?
aku ; laa. Izwan kan dah bagitau tadi?
aput ; kau naik genting berdua je dengan dia? bapak kau tahu tak ni?
aku ; diamdiam sudaa. kau simpan rahsia ahh.
aput ; jangan mengada. balik sekarang!!


hehe
hehe
hehe

sayang jugak kau kat aku ye Put.


lepas aku dah bagitau bende sebenar tibatiba dia pesan suruh kerja rajinrajin, jangan gedikgedik, nanti dah gaji bagi mak sikit lepastu letak tepon.




muge bahagia ah!



-TAMMAT-

14 gigi bersemut:

i'msosupernotcool said...

jadah ko post panjang2 nih?
mabuk?

shakinah said...

bosan.
hahaa

Shahrul Azry said...

lu sejak abis stpm ni dah jadi macam setan ya?

Razman said...

haha..ske entri ko yg ni..mcm bangsat cara ko bcte..

ske entri jelah..ko tetap mnusia plg aku benci..aku stil x puas hati dasar apartheid yg ko amalkan..

shakinah said...

azry ; apa salah aku? apa salah aku?

razman ; bak kata saida AF, ok laa tu. aku lak, tak kesah la blog kau ke, kau ke duadua aku benci.

HAHAH.

tapi aku folow gak ari2 blog kau yang aku benci tu. THEM!

{lumut} said...

muah..wa angkut lu g genting jual mau?haha

Si Aizuddin said...

Aku sedang cuba letakkan diri aku sebagai Aput tu.

Hm kau biasa makan kasut tak shax?

zahirlunatik said...

bagos la sial pakcik ko..
x macam ko..
keje nak mnipu je..
tipu dosa mati seksa tau

faiq said...

aput pesan gaji bg aku skali

kambeng said...

aput pn kate cmtu kt wa.
sian bdk pas spm ni.merempat xde duet.haha

LULU LALALA™ said...

aku NAK aput jd bodygad aku gi keje bleh? HAHA

hBz said...

ingat ko cerita tentang aku.taknak tanye khabar teddy ke?hak.

bias® said...

aku simpati dekat 'kau' itu.

shakinah said...

lumut ; i relaaaaaaa! sampai auckland sekalipunn!

din ; selipar pernah la skali

zahir ; tipu dosa mati seksa masuk api neraka. hahaha!

faiq ; boleh boleh. nanti aku bagi sikit. seposen cukup?

kambeng ; aku bagi kau 1.5 sen ah

lulu ; kau dah ade supervisor tu duk diam2 sane. haha

hazri ; haha! jage die baek2 doo. :)

bias ; aku pun sama