1.04.2010

semua orang apdet cerita pasal sekolah

aku tak ingat cerita aku, tapi aku ingat pengalaman abang aku.

dulu, abang aku pertama kali daftar kat Sekolah Kebangsaan Tanjong Karang masa darjah dua.
sebab darjah satu dia sekolah kat Sekolah Kebangsaan Bulbul, Semporna Sabah.
maka, pakaian seragam yang abang aku pakai masa pergi daftar hari pertama darjah dua adalah pakaian Sekolah Kebangsaan Bulbul tu, iaitu baju putih beserta seluar pendek berona biru gelap.
bila budak lain tengok abang aku berseluar pendek je ke sekolah mereka jadi geram dan dengki.
sebab tak dapat nak tunjuk peha gebu dan betis bunting padi.
abang aku je dapat keistimewaan tu.
maka, diaorang semua pakat taknak kawan abang aku.
alasannya sebab jeles tak dapat pakai seluar pendek dan lagi satu sebab tak faham bahasa melayu asli yang abang aku tuturkan.
masa rehat, diaorang makan kat kantin ramairamai.
hooo haa hoo haa!
rebutrebut beli keropok lekor cicah sambal merah.
abang aku pulak makan bekal nasi goreng dalam tupperwear kuning yang mak aku siapkan dari rumah serta air sirap dalam bekas biru bertali yang digantung di leher.
tempat istirehat abang aku ialah di bawah tiang bendera Malaysia dan Selangor yang terletak di tapak perhimpunan murid sekolah tu tiap hari isnin.
dia makan sorangsorang je.
aku bajet setiap kali rehat abang aku nangis sebab kena makan sorangsorang.
tapi aku tenangkan dia cakap best apa makan sorangsorang tak payah nak risau kalau ada kawan mintak rasa bekal sikit.
dia bodoh, termakan pujukan aku.

hujung minggu tiba, abang aku paksa mak aku suruh belikan dia seluar panjang berona biru gelap.
aku cakap tak payah sebab membazir. lagipun cool apa pakai seluar pendek berona biru kat sekolah sorangsorang. jadi perhatian.
tapi dia taknak dengar.
lepastu dia pakai seluar panjang berona biru gelap ke sekolah.
walaupun bahasa yang ditutur oleh abang aku masih lagi asing di pendengaran kawan sekelas, tapi perubahan stail seluar abang aku berjaya menarik 2 3 budak untuk berkawan dengan dia.
seingat aku, budak pertama yang nak jadi kawan abang aku nama dia Muhd Izwan.
sampai sekarang diaorang jadi kawan baik.



tapi aku tak puas hati.
abang aku dah tak istimewa lagi.




dulu taim betis bunting padi sibuk nak pakai seluar panjang.
sekarang dah berbuluu sibuk nak seluar pendek @ boxer sentiasa.
huh.

16 gigi bersemut:

shazruls said...

tnjuk bulu betis baru rasa diri turr macho kot..heheheh

joegrimjow said...

rugi xamek gambar dlu2
ishh

zahirlunatik said...

ape jadah ko igt cter sekolah abang ko..
haha

et said...

suke ek bag ko jadik istimewa?

saypOOL rafhtello said...

aku nak pki seluar pendek tpi kena sekolah kat sekolah agama plak..

macha_sezs said...

woh!

Amir Ariff said...

stylo ah abg ko.. haha

faiq said...

laki, bese la kuar pkai boxer je

{lumut} said...

pakwe ko ker??nak selai bulu bleh?hahaa..dah tuh yg kecoh nak tunjuk igt nak jual.haha..=p

KIBA kline said...

abg kau lagi sorang ni kau lupe en
:(

Abir Abhar said...

abg kaw da pandai buat "f**k"

dzul hafixi said...

ane ade gua cite sal skolah bagai..

oranglidi said...

tanjung karang tu bukan lokasi Nurkasih berlakon ke?

Anonymous said...

shazrul ; ye kot

joe ; tau xpe.haha

zahir ; tu la pasal. aku pun taktau.haha

et ; mestila

sypool ; haha. sian kau.pakai jubah la kan??

macha ; wah

amir ; kau lagi stylo

faiq ; tau.mcm ko la

lumut ; amar makruf nahi mungkar weii. haha

kiba ; haii abanggg! hahaa

abir ; kau pun pandai

zul ; ane ane? ape tu?haha

lidi ; lebih kurang la


-shax-

dorayakiii ツ said...

fakta kehidupan la plak kannn.. hehe. hai shaq. rindu kau. haha :p

bias® said...

aset ada. kena lah tunjuk.