2.27.2011

peot

tau period? period perempuan. atau dalam bahasa melayunya di panggil datang haid. err, tapi aku agak tak suka perkataan h.a.i.d tu sebenarnya. haha. sebab dari kecil aku panggil datang bulan atau datang haid tu as 'peot'. shortform dari perkataaan period. sebab kengkonon peot tu bahasa rahsia bagi perempuan. kengkononnyalah. so kalau nak cakap depan budak laki pun tak kisah sebab budak laki tak faham apa maksud peot tu. ini dulu okay, masa zaman aku form 1 form 2. sekarang mungkin budak laki dah ramai yang tau peot tu apa. dulu kalau ada kawan cakap 
"wey shax, kau peot eh? tu ada macam sambal kat seluar kau tu. aiyok habes la kau bocorr!"
so bila lelaki dengar perkataan peot, dorang macam lambat pikap sikit. peot? mende tu? nama makanan ke? shax makan sambal peot tapi tumpah terkena seluar? tapi kalau dengar ayat berbunyi 
"wey shax. kau datang haid ye? tu macam ada sambal kat punggung kau tu. aiyok wehh habes la kauu bocorr!"
budak lelaki akan terus macam HAID? WEH KORANG SHAX TENGAH DATANG HAID WEH! EEEEE. NAK TENGOK! NAK TENGOK! PUSING SIKIT WEH! NAK TENGOK HAID KAU!

ok taktak. yang part last tu aku tipu. 
dan sebab tu lah aku lagi selesa guna perkataan peot instead of haid. macam lembut sikit lah bunyinya. alaa masa kecik dulu kan macam memalu. laki perempuan duadua tak matang. rasa macam period tu benda besar je. kantoi beli pad dengan budak laki pun dah rasa macam taknak pergi sekolah 2 bulan takut kena ejek, apatah lagi kalau kantoi tengah period. rasa macam 'OMG SEMAN TAU AKU TENGAH PERIOD MATILAH AKUU! MARUAH AKU DAH HILANG! TAKDE SIAPA YANG SUDI KAHWIN DENGAN AKU NANTII' padahal tak de mende pun. ceh.

2.13.2011

perhati (episod pertama)

aku suka perhati orang. tak kisah masa dalam bas baru balik kelas ke, dalam bas baru nak pergi kelas ke, atau dalam bas sajasaja naik bas. ataupun masa tengah dudukduduk ngeteh di mamak. atau.. okay senang cerita kat manamana je dalam muka bumi ni, asal ada orang, aku akan tengok. tak kira siapa. macam dah jadi tabiat aktiviti memerhati orang tu. bila tengok, aku betulbetul maksudkan tengok. ya luaran sahaja. bukan macam budak laki, pesen tengok orang (perempuan) sampai tembus dalamdalam. semua cup A B C di ukurnya. 

mintak pelempang betul.



nanti sambung episod dua.

2.07.2011

hantu legend masa duduk asrama

tengok tajuk pun Apit mesti dah geleng kepala sambil berkata 'minah ni tak habishabis pasal hantu -___-'. huheue. sebabnyakan, 3 4 hari ni aku duk asyik baca forum ni. kehkehkeh. dah namanya baru lepas cuti raya cina haritu, aku paedahkan masa terluang kat rumah dengan membaca bendabenda dalam tu *instead of membuat esaimen sepatutnya*. saja sukasuka. walaupun ni semua di sebabkan oleh si Alexia Aqram yang bukak topik pasal banglo RM50 kat shah alam. legend woh banglo tu! nahnah baca sini aku malas nak cerita. nak percaya ke tak tu terserah lah. cerita tu pun aku baca macam agak over nak percaya, tapi, err. Wallahu a’lam. 

tengahtengah belekbelek forum tu, aku terbukak satu thread pasal cerita hantu legend kat asrama. haha. sumpah sebijik gila semua cerita tu. memang pesen cerita hantu tu di pas dari satu sekolah ke sekolah yang lain. akak senior giat bercerita, yang junior tengah bodohbodoh inesen pun pergi percaya. haha. okay, antara cerita yang feymes yang aku ingat lagi antaranya :-

#1 nenek tua jual nasi lemak atau karipap kat koridor tingkat atas.
ni legend! aku berani bet hampir semua hostel kat Malaysia ada cerita ni. gila apa nak jual karipap kat koridor! syaratnya mesti koridor tingkat atas. kang jatuh karang siapa sakit? haih nenek ni.

#2 dengar orang kira 'katil 1 dah tidur, katil 2 dah tidur, katil 3 belum tidur'.
okay yang ni pun legend jugak. kau bayangkan kalau dalam dorm yang dah gelapgelita semua orang dah tidur, kau je yang buatbuat tidur nyorok dalam selimut lepastu dengar suara ni? okayokay yang ni still menyeramkan aku. T_T

#3 budak perempuan kira bilangan selipar dengan bilangan orang dalam dorm.
budak tu berlatih matematik malammalam kira bilangan selipar dengan orang yang ada kat dalam dorm. selagi tak sama, selagi tu dia ulang mengira. ni adik beradik Adi Putra rasanya.

#4 nampak benda dekat koridor atau bumbung.
okay yang ni pun selalu. gila apa budakbudak aspuri ke aspura nak buang tebiat berdiri kat benteng tingkat 4 memalam buta? 

#5 sembahyang membelakangkan kiblat.
ni member aku ada cerita. banyak kali dia nampak kat dorm dia. bertelekung, sembahyang membelakangkan kiblat. aku sedapkan hati kata 'ade la tu budak dorm kau mamai-mamai bangun memalam lupa tak solat isyak lagi pastu dia sodorm'. (sodorm = solat dalam dorm)

#6 dah ngantuk ke, dah tauu?
yang ni seram siaa masa akak dorm aku cerita dulu! kononnya ada budak tengah study dengan 'membe' dia kat bilik study. stendedlah dekatdekat final baru nak pulun study. lepastu tetibe pensel budak tu jatuh, dia tunduk nak amik pensel bawah meja. tetengok 'membe' depan takde kaki. budak ni terus kata 'eh dah la aku dah ngantuk nak balik dorm'. 'membe' tu pulak kata, 'dah ngantuk ke, dah tau?' 

#7 budak aspura ceroboh masuk aspuri, ngintai kat toilet ada perempuan tengah hisap pad.
yang ni sepupu aku cerita. budak aspura tu gatal nak ngintai budak aspuri dalam toilet, sekali nampak perempuan tengah hisap pad pandang dia dengan mata tercengil. tercengil ke terjengil? yang macam terbeliak tu? okay abaikan.

#8 bunyi kasut, bunyi bising kat DM, bunyi kereta api.
yang ni banyak. malas nak cerita.

#9 kena tindih.
ni pun selalu. tapi Alhamdulillah aku tak pernah kena dan harap takkan pernah kena.

#10 pelanduk 2 serupa.
nak kencing malammalam ajak kawan teman, kawan tu pun baik bangun temankan pergi toilet. bila balik bilik tengok kawan tu tengah sedap tidur. habis siapa yang teman tadi?

dannn banyak lagi. malas aku nak tulis semua. tapi seriuslah, cerita 1 Malaysia sepesenn je. haha. dah 2 3 hari aku duk belek baca forum tu, 2 3 hari jugaklah aku duk pakai stoking masa tidur, dan 2 3 hari jugaklah aku asyik usha belakang je. rasa macam ada something. NI PERASAAN JE NI SHAX. PERASAAN YANG NORMAL BILA TENGAH CUAK. *yakinkan diri sendiri*

p/s : ni out of topic. saja nak share. aku ada baca, kalau macam ada histeria ke, baru pindah rumah rasa semacam ke or anything yang related dengan bebenda tu, rajinrajinlah play Ruqyah. kalau nak lagi bagus, hafalkan surahsurah Ruqyah ni. nah download sini. okbai.