4.15.2009

siput BABI lagi cepat!

kening bertaut.
mulut muncung panjang berdepa-depa.
dagu berlapis-lapis.
kaki x henti goyang.
tangan dah ringan nak tumbuk orang.
dalam hati,
segala kata maki yang terdapat dalam kamus dewan selesai aku ucapkan.

aku cabut dari sekolah kul 1.
patut sampai rumah dalam ku 1.15 or 1.30 lah kan?
ni tak.
aku sampai kul 3.
gila babi lama aku jadi tunggul kat bus stop tuh.
huh..
makian.cacian.cercaan.sume aku dah hambur dah.
bas lain elok je lalu lalang depan aku.
tapi yang satu ni lah susah nak jumpa.
T208.
ya.
bas yang satu ni leh diibaratkan macam
hidup segan, mati tak mahu.
nak motor aku balik wehh!!
aku ta kesa lah kalau duduk kat kampongg,
as long as i have my own trnsport!
ni takk..
kunun dok banda.
tapi cam haramm.
bapak aku tak bagi bawak motor.
alasan?kereta banyak.takut eksiden.
huh.
mak bapak aku cakap senanglah.
dorang sentiase nampak banyak bas lalu lalang.
pastu cakap 'haa..ni banyak bas.naik bas je.senang.motor bahaya lah.'
sampai bas pergi chow kit pun dorang suh naik je.
bas lalu umah aku ade sbijik je weh..
T208 tu.
huh.

last but not least,
dear T208 punya driver,
laju lah sikit bawak bas tu pacikk!!
rempit aa sket.
ni bwk cam tenggiling berjalan je.
pastu bas tu ulang alik selayang-kepong.
dah la jauh,
ade 2 bijik je pulak tu basnye.
GOVERMENT!!
pliss alert!
tambah laaaaaaaaaaaaa~
aku ta rela hidup mcm ni hari-hari.
:(((


4.04.2009

cek duet sebelum membeli

place ; mcD selayang mall
time ; 12.15 pm
mood ; tired.wanna go home faster.got viral cnjuction virus at my eyes.
(meraa.sepat.bgkak.bodo)

aku masuk ke mcD.nak beli pesanan dari ayahanda ku.
disebabkan sebelum tu aku g mrayau dulu,
ade aa barang aku beli.
so,at last duit tinggal rm6.
dengan berbekalkan rm6 tu aku melangkah masuk mcD.

aku ; akak.nk dabel cheese burger yang lunch hour punye tu.take away eh.
akak tu ; ok.
(dalam ati aku kire2.cukop kot.cz hrge die rm5.95.campur tax cukup2
rm6 kot)-yakin ni!!-
akak tu ; ok dik.semua sekali rm7.
aku ; erk. rm7 ye?
akak tu ; yes.rm 7 sahaja.
aku seluk poket kanan.keluarkan rm6 cukop2 yang aku dah kira sebelum tu.
aku seluk poket kiri.jari2 aku meraba2 cari kot2 ade duet syiling.
yes!!dapat. rm0.50.
semua sekali aku ada rm6.50.
aku ; akak.rm6.50 boleh tak?
akak tu senyum je.
akak tu ; xpelah dik.lagi seringgit akak belanja ye.
aku ; erk.ok.thx kak.nanti saya dtg balik saya bayar ye.
akak tu ; xpe lah dik.akak belanja.
aku pun diam n tersenyum je.

lepas tu aku memang tak toleh kiri kanan.amek bungkusan atas counter tu,
nak jalan cepat2 tak pandang belakang lagi dah.

waaaaaa! x cukop lagi seringgit!
siot tak?malu tak?rasa muka dah cukop tebal x?
dah laa ramai gila custumer beratur kiri kanan belakang aku.
huh!
malu baiiiiiiii~

mesti akak tu ingat aku ni orang susah gila vavi.
ngan muka seposen,mata merah cam nyonya jual cili.
huhu.
sumpah aku takkan lupa.