6.29.2009

kau happykan aku 1 benda je.

kau perasan tak?
aku selalu buat muka angker macam ni

kat kau sebab aku tak suka lagi menyampah bila

-kau panggil aku banyak banyak kali sebab suruh ambil pen kau jatuh.
-kau mengarut cakap banyak banyak sampai cair tahi telinga aku.
-kau kutuk kutuk aku kalau markah aku lagi rendah dari kau.
-kau pau makanan aku walaupun kau ada makanan sendiri.
-kau cakap gebang itu ini tapi haprak kau tak tahu apa apa.

tapi aku suka 1 benda.

bila kau bersembang tentang kehebatan kau masa cikgu tengah mengajar lepas tu cikgu panggil nama kau suruh explain balik apa yang cikgu terangkan masa kau bersembang tadi.

kau akan tergagap gagap dan menggelabah katak.

masa tu aku sangat hepi.
:)


padan muka kau

6.28.2009

terlepas trnsformer terlepas BAU

plan sejak seminggu lalu berjalan tidak seperti yang di rancang.
target aku nak pergi pavi,
tapi tukar ke Ou.
aku mimpi nak tengok trnsformer,
memang betul, trnsformer hanya mimpi.
semua full dari pukul 11 punya sampaii la pukul 5.
shit gila.
aku nak book awal asyik error je.
bodo punya gsc.
huh!
at last,
tengok the blood of vampire-ke-hape-tah-tajuk-dia-aku-malas-amek-kisah.

from left ; amir.aku.mija.mira
oh tengs amir sebab jadi supir hari tu.
baik gila kau kitaorang nak tong duit minyak kau kata tak payah.
buat lah selalu yaa. jimat duit aku.
:)

dagu berlapis shaxx!
HAHAA.
GEMUK-PUNYA-BUDAK


dan ini muka kecewa gila babi bila amir dah drop aku kat selayang mall.


aku semangat balik awal nak tengok band BAU perform,
tapi dah habis.
haprakk.
tinggal poster je kat stage.
aku nampak dorang kat belakang stage.
mata aku tajam cepat kilat tangkap kelibat ASH. kot.
tapi dorang terlalu smart sampai aku memblahkan diri tahan pakcik teksi dan balik rumah begitu saja.

BAU.
dalam beg aku dah tersedia camera.
:(

6.26.2009

i swear, this is the 1st and last

coming soon - thai.
dah lama cerita ni,
tapi aku baru je habis tengok 5 minit lalu.
eheh.
teruk betul.
wayang sebelah rumah pun ketinggalan gila.
uuu~
cerita seram meram memang aku malas nak ambil pusing sebenarnya.
TAK MINAT.
hahaa.
aku fine aku mengaku aku penakut.
cerita ni agak shilake.
macam gampang.
hohooo.
*diri sendiri penakut nak salahkan movie tu pulak.haihh..
ok, ni 1st time aku tengok cerita hantu sorang2 dalam bilik.
and aku TAK PERNAH tengok cerita seram kat wayang lagi selama aku hidup tak kire lah berteman ke sorang2.
hahaa.
aku tengok cerita ni ade 4 stage tuu.
1st time tengok, sampai suku je.
then aku stop. tak sanggup tengok.
bajet nak tunggu abang aku balik rumah baru tengok sama2,
nak ajak adik aku tengok sama?
malas aku. kang aku terkejut sebab dia menjerit je.
huh.
2nd time, ok lah..sambung lagi suku.
3rd time pun sama.
tapi tadi aku ulang balik dari mula sampai habis.
aku tengok movie ni x delah tengah malam.
pukul 8 lebih kot start tengok.
tapi tulah..memang seram. sumpah wei! sumpah serammmm.
aku tanak letak poster or any link kat blog aku pasal movie tuh.
ngeri. menakutkan. serammmmmmmmmmmm!


bodo ni pehal tiba2 lampu bilik aku kelip2 ni..
siot lahhhh!

6.25.2009

berus gigi

adik ; oi. tadi aku pinjam berus gigi kau.

aku ; siol la kau! pengotor betul main hentam je berus gigi aku!!!

adik ; benda dah jadi. biar ah.

aku ; kau guna berus gigi yang mana??

adik ; kaler hijau tu.

......

aku ; oh. takpelah. guna lah selalu.

adik ; apsal kau tiba2 pemurah lak ni? selalu macam setan je kedekut kau?

aku ; berus gigi aku kaler pink. hijau tu berus kuku kaki aku..

6.24.2009

siapa cakap YM untuk sembang borak dan gosip je?

klik gambar untuk tumbesaran sejagat


nah!
baca bacaa.
:)

6.22.2009

hell yeayyy!

dengan ini,
di umumkan secara rasmi bahawa pelajar cantik molek tingkatan enam di seluruh malaysia
akan mulakan PnP dari pukul 7.30 pagi hingga 4.00 petang.
saya ulang,
7.30 pagi hingga 4.00 petang.
bukan 1.05 petang seperti biasa ya.
4 petang.
sekian,
carut marut dari saya.
:)

nota bulu hidung ;
sabar shax.. sabar..
tinggal berapa bulan je lagi..

6.21.2009

bukan dah lepas ke?

semalam masa aku on myspace,
tiba2 kat status aku nampak kiba post status says 'selamat hari ayah!'
aku macam pelik.
pastu aku nampak ramai myspacer lain wish hari abah, hari ayah hari walid etc.
bukan hari bapa 15 jun ke?
aku dah wish ari tu dah do..

aku malas menaip

aku rindu mereka.

tapi rindu aku berat kepada gadis hijau itu.
:)

yeah. rumah aku! shax penipu besarr


anddd.
shakinah presentinggg

boy.merah. abam.
haha!
tak best. x best.
dia zahiril adzim
:)
sini sini
kelikk la weh. kelik laaa

aizat pun hott juga.
:)

ini penemuan baru

her name is soko

setelah mendengar kata kata pujangga adikku yan ;
'kak, dengar lagu soko. her voice is damn sedap than your yuna yuni tu.'
memang sedapp.
sangat comel.
:)
muka dia ni sekali imbas aku tengok macam gerrad aku tak tahu nak eja mcr tu kan?

6.19.2009

weekend depan

aku nak pergi tengok transformer.
siyes tak sabar.
:)

nak serbu ;
1) pavilion - nak soping di sg wang.he
2) klcc - takde sebab
3) mid - cam taknak je. sentiasa ramai umat!
4) tanjong karang - eh. kawan sekampungku!. ada wayang tak kat sebelah hospital tu? macam ada..kan?kan?


so, aku ajak fadilla ; x tau lagi la weh.
aku dah paham ayat dia ni. mesti nak gi tengok ngan balak dia.
aku ajak si kembar ; tengok lah dulu kalau mak aku bagi pergi.
aku ; pulak dah?
lalu aku ambil henpon dan mesej fadullah wazien aka fard.
satu2 nya kawan lelaki yang aku rapat di wilayah selayang ni.

aku ; next weekend. trnsformer yuk!
fard ; x tau laa kin. takde sen ni.

-___-

sape nak teman?
ehh. ehh..
ubah ayat. teman macam gedik.
join jum.

luangkan masa

tag dari akma

1. Jika anda mengelamun, apa perkara yang anda fikirkan?

duit.duit.duit.kalaulah aku kaya..

2. Siapakah orang terakhir yang anda msg?
emak - kin.keluarkan ayam mak beli tadi ye. mak nak goreng.
aku - okey.

hati aku - nasib baik mak tak suruh aku goreng. :)


3. Brand pakaian kegemaran anda?
brand ni. haha.

4. Benda yang paling anda sayang tetapi telah dirampas atau hilang?
laptopppppp!! oleh ahmad saiful b mohd saduri a.k.a abang aku.huh.

5. Anda paling tidak suke?
-menunggu.
-asap lori.
-asap rokok. (nak mampus jangan libatkan aku,bleh?).
-and si mat cikang aka rempitt


6. Kalau rakan anda bergosip? Apa yang akan anda lakukan?
huii. tokok tambah perasa ape yang patut. haha

7. Anda sedang berjalan, tiba2 salah satu tumit kasut bersaiz 3 inci anda tercabut, apa yang akan anda lakukan?
apa itu kasut tumit tinggi? sejenis makanan kah?

8. 5 Ciri manusia yang paling menjijikkan pada anda?
- bajet hot cun etc. ilek sudaa
- buat lawak tak jadi (ok yang ni xde lah menjijikkan, but annoying gila)

9. 3 perkara yang sentiasa membuatkan hidup anda ceria
-duit-
-kawan-
-internet-

10. Lagu yang mengingatkan anda pada si dia
sahabat - aizat

11. Kalau anda hampir terjatuh akibat tersepak batu, perkataan pertama yang keluar dari mulut anda?
hihi

12. Benda yang paling ingin anda lakukan bersama si dia
romen. hahah. bodoh kau shax!

13. 5 perkara paling romantik yang pernah diberikan oleh si dia kepada anda
cokelat.
dengan pesanan ; makan banyak2 sikit. tak de lah keding sangat nanti. shit kau ex!haha

14. 5 perkara yang paling istimewa mengenai org yang tag anda
dia gila and sempoi. dan juga berkaca mata.
:)

15. 8 org yang anda akan tag
faiq?
dila john

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

1. ape jenama tepon bimbit?
telekom?

2. bila beli?
free

3. kaler ape?
silver itam

4. berape byk msg ade dlm inbox?
19. heh

5. siapa yg bg msg kat you yg terbaru?
daus

6. gamba yg jadi wallpaper?
muka aku korek idung

7. sila nyatakan;
-missed call: my lovely mummy
-received call: my lovely mummy
-dialled number: my lovely mummy
yes. saya anak emak.

8. kenapa syg tepon bimbit tue?
hasil trade in hp N70 dulu yang masuk air liur acha. sumpah aku tak sayang henpon ni.

9. berape lame dh gune phone tue?
2009

10. siapa insan yg akn ditagged seterusnye?
siapa saja.

6.17.2009

tag dari gilaLENSA

Arahan:
1) [printscreen] *current* wallpaper -- jz a simple press of fn+prt sc
2) REASONS why do u like/adore/cherish d dindingkertas ???
3) tag 10 people
4) titik

1)
2) aku tak ada perasaan kat wallpaper desktop aku ni.
haha. just random pick up je. okay. maybe aku seorang yang chentakan pokok.kot.

3) AKMA aka lululala

4) .

shakinah

shakinah pelajar tingkatan enam sekolah menengah kebangsaan darul ehsan di selayang baru.
shakinah khusyuk menulis sementara cikgu suzzini (cikgu pengajian am) pok pek pok pek baca jawapan peperiksaan pertengahan tahun di depan.

cikgu ; mahkamah seksyen bla bla blaa.. jadi jawapannya A lahh.
shakinah angguk angguk. catit point penting.
cikgu ; mahkamah bawahan takde kuasa jatuhkan hukuman mati dan denda melebihi blaa blaa blaa papaku pulang dari kotaa..
shakinah salin lagi.
cikgu ;
'SHAKINAH BT MOHD SADURI! GAPO KAMU DOK TUNDUK JE MASA CIKGU BEBEL KAT DEPAN??'

shakinah ; ???


apa salah aku?
wuu..wuu..
T.T

6.16.2009

hey hey


i tak nak tunjuk muka.
nanti u all hilang focus.
i? ouh fakenya kau shax!
aku nak korang korang focus kat baju tu.
HAHA.
:)
aeiose punya design terbaru dah keluar.
alhamdulillah, ni 2nd design kami.
baru 2nd. heh. ilek lu.
kami?
owner aeiose baik hati, lemah lembut, serta sopan santun.
oh sayalah.
market tak.market tak.
^^
bersama jejaka hensem bernama daus.
sila ke aeiose untuk tempahan.
klik ni pun boleh
ini ke
aku tak kisah mana mana

wee~~


pagi isnin (setelah 2 minggu lupa diri cuti sekolah)

6.45 am
shax bangun. menuju mamai mamai ke bilik air.
gosok gigi guna jari. cuci mata.
im ready!!

7.07 am
dalam kereta ayah.
inikah revolusi atau hanya ilusi bagaikan mimpi jadi realiti~~
kedengaran di corong radio.
tengok depan. jamm.
noooooooooooooooooo!

7.40 am
sampai sekolah. tengok semua dah beratur berdiri tegak nyanyi lagu negaraku dalam dewan.
shax buat muka selambayaya pada mulanya.
dari pondok jaga nampak cikgu hadi.
.shit.
guru disiplinku!
shax dan adik jalan jengket jengket cepat cepat selit kat kantin.
tarik nafas lega sesaat sebab papa hadi tak nampak.
call fad tanya kedudukan koordinat cikgu hadi.
fad tak angkat.
khusyuk menyanyi negaraku barangkali.
shax cuba berfikiran positif.

7.47 am
adik main tibai masuk dewan camtu je.
kau kena panggil ke stage padan muka.
shax curik masuk dewan dengan berjalan selaju boleh di samping menjaga tatasusila sebagai seorang gadis melayu.
lepas! yeaa.
shax di muka pintu di bahagian kiri dewan.
kelas upper 6 ES1 nun di kanan dewan.
saraf otak menjalankan tugas.
ada 2 jalan ;
1-lalu belakang dewan dimana papa hadi berada.
2-pijak kaki peha betis budak2 yang akan bersila dalam dewan 5 minit lagi setelah ikrar selesai di ucapkan. shax akan berjalan di tengah dewan sementara yang lain bersila.

tekad pilih jalan 2. tak sanggup lalu depan papa hadi.
shax tekad nak selamatkan markah dimerit yang hampir underground.
shax merempuh segala cina india dan melayu.
ada yang terpijak kakinya sampai melecur harap di ampun.
mau cepat sampai di kanan dewan sebelum murid di arahkan duduk.
di tengah dewan di celah2 murid yang tengah nak duduk,
shax jeling papa hadi di pintu belakang.
shax senyum riak. yakin lepas.
setelah berhempas pulas,
selit cilok langgar pijak picit tolak sana sini.
berjaya!
shax senyum lepak lega nak duduk.
papa hadi berdehem di hujung kaki shax yang telunjur keluar.


6.15.2009

sape pandai

mamat nak beli kasut harga rm97.
dia sengkek,
so dia pinjam rm50 kat mak dia and rm50 lagi kat abang dia.
after dah beli kasut,
dia ada baki lagi rm3.
so, dia bayar rm1 kat mak dia and rm1 kat abang dia.
rm1 lagi dia simpan.
hutang dia kat mak dia tinggal rm49 and kat abang dia pun rm49.
49 + 49 = 98.
rm98 + rm1 yang ada kat mamat tu jadi rm99.
mane lagi rm1?

-____-

aku dah penat pikir

aku tak puas hatiiiiiii

ok fine.
aku appreciate ayah susah payah belikan cpu baru.
install kan windows bagai.
mak keluar duit semua.
tapiiiii,
aku nak laptop buruk aku balik doo.
pc vs laptop
laptop lagi lajuu.
:(
kauuuuuuu!!
geramnyeee aku!

6.13.2009

hindustan

3 malam berturut turut aku tidur pukul 5 6 pagi,
aku bangun pagi pukul 1 2 petang.
2 malam before ni aku duk ngacau chat box orang,
youtube, pecah masuk bace komen orang kat myspace..
malam ni pagi ni aku nak manfaatkan sepenuhnya.
aku nak layan movie.
ingat nak tengok one piece.
lepas tu nak tengok movie baru 17 again.
lepas tu nak tengok kabhi kushi kabhi gham.
lepas tu aku teringat pulak lakonan mantap shah rukh khan dengan kajol.
ah sudahh.
aku dalam dilemma.
beberapa minit berlalu,
last2, aku tekad sebulat hati nak tengok kuch kuch hota hai.
thx to mr amad yang jadi the only one yang still berjaga kat list ym aku.
aku lupa tajuk cerita ni,
aku sebut je shah rukh khan ngan kajol terus mr amad tau cerita apa.
mendee?? come on lah wei!
jangan nak tipu aku korang tak minat cerita ni.
aku ingat lagi time form 2 dulu duk kat hostel semesti cerita ni di tayangkan kat tv2 kot.
dak aspura cam hape je berjaga kat dewan makan nak layan cerita ni punya pasal.
budak aspura tuuu.
tak masuk lagi bab budak aspuri senior junior berkongsi tisu.
back to kuch kuch hota hai.
aku still confuse.
dalam cerita ni ada part dengar suara azan and orang tu sembahyang.
islam ke?
and last but not least,
salman khan kachakk habis dalam cerita ni!

ape ingat rock rock aku tak leleh ke tengok cerita ni?

6.12.2009

berbulu

sila baca entry ni ikut lagu berbulu by romancesa

berbulunya hatiku bila kau begitu,
saat kau kebas laptop ku membisu,
laptop kau hilang kau rembat milikku,
saat itu saat ku berbulu..
hatiku menyumpah nyumpah dirimu,
hariku tak seindah dulu,
bodoh bangang buntal semua untukmu,
aku sabar lagi kerna kau abangku,
hari hari aku berbulu..
walau bapak beli aku desktop baru,
aku tetap mahu laptop burukku,
aku bagi kau masa 3 minggu,
kalau tak pulang aku lempangmu,
semakin hari aku berbuluuu~

6.11.2009

gadis desa



sumpah aku terer pakai kain batik even ni 1st time aku pakai.
betul doo.
caye laa cakap aku.
tapi aku musykil.
bila aku pakai cenggini.

mak ngah aku ; kin. masuk bilik je lah. tak yah kua2.
pak ngah aku ; ni ke rupe anak buah aku?
nenek aku ; macam orang iban je nenek tengok kin.
makcik pakcik aku lain ; ekekekkeekeee! (gelak keji)

-___-
ape yang lainnye?
same je macam orang lain pakai kut.
x kisah la ikat camne pun,
janji x lucut.
kan?kan?

6.10.2009

berempat

syameen.shax.supi.suki

suki ; aku baru kapel.

kitaorang ; wohaaaaaaaaaaa!!
usha gambar!

meen supi shax berebut henpon suki.
supi tarik tudung meen.
meen sekeh kepala supi.
shax tarik bulu ketiak meen.
meen cucuk idung shax.
supi tarik lemak yang bertakung di bawah lengan meen.
shax smackdown supi and meen sambil jerit
if u smell what the shax is cooking!
shax juara.
julang hp suki tinggi2 sambil berdiri dengan megahnya.
(ok enough shax.back to reality)

supi meen and suki pandang shax.
supi angkat kening.

supi ; kau bila lagi?
meen ; tah. penat kitaorang tunggu.

suki gelak gelak sengih sengih.
shax buat bodoh sambil buat muka undertaker.

shax ; belum jumpa.
meen ; alah kauu! asyik2 belum jumpa!. memilih sangat.
shax ; cantik sikit. mana ade memilih. dah belum jumpa nak buat camne.
supi ; andartu lah kau.
shax ; cibai kau supiiiiiiiiiii! (sambil cekik2 leher beliau)
shax ; ntah. tak minat. belum sampai masa. otak mencerna seribu alasan.
suki ; kau tu ego lebih!
supi ; reality check please! nanti kau kempunan lah tengok kitaorang kahwin dulu.
meen ; si leman dulu tu apa cerita?
shax ; dia dada berbulu lah.kau nak?
supi ; si karim?
shax pandang slek.
shax ; dia membe aku laa!
suki ; si mamat?
shax ; dia katik. paras ketiak aku je kot.
meen ; girl, i know u will meet ur soulmate someday. but we just don't know when.
-___-'

shax ; siotlah korang..

pastu 4 sahabat cilake baik beredar dari tesco.
meen drive kancil ke pantai remis, jeram bagi menrelease minda shax.

baju sama lagi.haha! biala.aku suka baju ni.

meen

suki si pengantin baru bersama supi si pengantin bermasalah

dorang date!

nota bulu idung ;
aku hanya bercerita.
tiada niat mencari publishit murahan.
:)

sumpah penat

baru sampai selayang.
sumpah penat.
even kerja aku cuti ni hanya enjoy joli dan berseronok.
tetap penat.
adehh..deh..
sakit kaki lenguh badan basah ketiak.
blog will be update soon!
banyak ceritaaaaaaaaaa~
:)

6.05.2009

kemas.kemas.kemas


9.45 am
; sedar.mamai.malas.buat2 tidur balik.
9.50 am ; berangan kahwin. suami hensem macam brad pitt. anak comel tapi palat macam shin chan.
10.oo am ; selamat pagi selayang!! (rekod wey)
10.15 am ; kemas2 bilik.sapu sampah.tarik cadar. :)
11.30 am ; berenang
12.00 pm ; ketiak sudah wangi!
12.10 pm ; online. tunggu ayah balik semayang jumaat.
12.30 pm ; start bosan.
12.35 pm ; cari makanan kat dapo.
12.37 pm ; jumpa rocky! makan makan.
12.45 pm ; siap2. pack baju. pakai tudung. sapu sapu bedak.
12.50 pm ; kepanasan. bila ayah aku nak sampai ni?

+had limit masa sampai sini saja+

siyes candid
(call ayah suruh cepat!cepat!cepat! :P)

mood happy ;

supi.meen.suki.adam.faiq.sani.julia.

HERE I COMEE!

adam, supi
kita lepak kat satay hut sampai 1 pagi lagi eyh.
kita main futsal kat sebelah taman rumah aku tu lagi.
supi, suki, meen, adam, sani, julia
kita lepak medan selera TESCO kat kuala selangor yang baru bukak tu ey.
pastu kita lepak kopitiam yang baru bukak tu jugak.
faiq
kau teman aku makan mi goreng kau makan bihun sup kat restoran

seafood tu pastu kau belanja aku ye.
suki
kita jalan2 ronggeng2 naik moto tengah2 panas ey pastu minyak kau lah isi.
meen
kita lepak rumah aku sampai kau rasa kau xde rumah sendiri and tunggu aku halau kau balik pastu kita buat sesi hati ke hati ey. banyak nak ngadu kat kau

kawan kelas lower 6,
jangan lupa bbq kat ulu yam tu wey. aku penat heret camera berat2 dari selayang ni.kalau cncel aku sepuk sekor2.

kawan.kawan.kawan.
aku rindu korang.
:)


oh ya! sebelum terlupa.
dear my big brother ;
aku bangun pagi. kemas bilik aku dari rupa macam sangkar harimau bertelur jadi istana indah.
aku balik rumah lama, kau balik rumah selayang.
aku xde, jadi aku tau bilik aku mesti kena belacan ngan kau punya.
so, sebagai langkah berjaga-jaga,
bilik aku selamat di kunci dan kuncinya aku bawak.
:)
kau pecah masuk jugak,
ingat sejarah lama?
tak ingat meh sini aku ingat kan.


ingat dah?
.sekian dari adikmu.



6.04.2009

disappointed

a girl i used to call BESTFRIEND.
a girl i used to know since i was 6 years old.
a girl i used to played together 13 years ago.
is totally FULL OF SHIT.

i thought u already know me.
.......
......

-tahan nangis-
.......
.........

and yes i am disappointed.
but i can't hate u.
i just dont keep you as my friend anymore.

siapa cipta benda ni?


anda bosan? rasa kesunyian?
memerlukan teman?
TAIP ON CINTA
dan hantar ke
333111
TAIP ON CINTA
dan hantar ke
333111


memerlukan teman?
rasa kebosanan?
TAIP ON KAWAN
dan hantar ke
32210
TAIP ON KAWAN
dan hantar ke
32210

warghh lagu hot terbaru panas dari Aizat!
TAIP ON SAHABAT
dan hantar ke
33123 sekarang!
TAIP ON SAHABAT
dan hantar ke
33123

heeeeeeeeeeee~~ heee~~
mahukan hantu di telefon bimbit anda?
TAIP ON HANTU
dan hantar ke
12345 sekarang.
TAIP ON HANTU
dan hantar ke
12345 sekarang.


aku benci iklan ni.
tolonglah.
sangat annoying dan meluatkan.
kerap di tayang dan ulang benda yang sama tu 2 kali.




kelas sejarah

cikgu ; imperialisme ialah perluasan kuasa ke atas negara lain. british nak luas kuasa dia sebab apa murid-murid?

murid-murid ; bahan mentaaaaaaahh!

cikgu ; ok. apa contoh bahan mentah yang feymes kat tanah melayu and negara2 asia lain dulu?

murid-murid ; getah! bijih timah! beras!

murid 1 ; bawang putihhh!

-___-'

6.02.2009

percayalah.mereka kembar!

gambar dah lama.
tak ade cerita best hari ni,
so aku nak upload gambar yang asyik wat aku tergelak je kalau tengok.
:)


akak yang berat
cubaan untuk memberatkan pihak adik
hasilnya!!
kembali normal

aku.mira.fad.mija

sumpah mereka kembar!
kembar yang berbeza berat.
sorry mira.
HA HA HA.
kau comel pe.


nota bulu idung ;
aku tau macam tah hapa-hapa aku post benda ni.
memang lah kembar semua tak semestinya samaaaaa.
aku tahu je ade yang berbeza.
aku cuma admire sikit kat kembar2 ni.
macam best duh!


6.01.2009

wa kagum sama budak kicik ini




dah la tembam macam doremon gak!
HAHA.
comel.comel.