7.31.2009

tajuk.tajuk.tajuk. bantai jelah.

meng'order'


menunggu


meminum



memakan
*ya.ini reaksiku menikmati setiap cebisan makanan memasuki ruang mulut dan terus ke perut.


melantak




tengok!
shax gemuk sudaa.
dagu ada 3 lapisan lemak.
:)



* kiba?kiba?ehemm. hahah

7.30.2009

saya suka ini

aku dah post kat blog aeiose dah.
tapi rasa gedik nak jugak post kat sini.
thehee~



kawan saya yang buat video ini.

lagu pula mereka yang punya.

saya cuma publish sebab minat.

kepada muhammad firdaus mazlan ;
kau memang berbakat duh.
illust, flash, guitar.
semua hujung jari kau je.
sumpah aku tabik spring kat kau.

:)

7.28.2009

blackout di tandas giant batu caves

shax ; fad, aku ngan mira pergi ladies jap.

fad ; cepat! aku lapar.

~~~~~~

shax dan mira betul2kan tudung kat cermin tandas.
seorang
awek berpakaian serba pink masuk. pandangan kerek. dia berlalu ke dalam toilet. mahu cirit mungkin.
shax dan mira buat bodoh.


TAPP!
tandas gelap gelita.


5 saat berlalu


woi bodoh! on kan lah balik lampu tu!

shax dan mira tersentap. lupa. betul2 lupa kewujudan awek pink tadi.

shax ; kejap.

on lah sekarang! apahal gedik betul kau ni??

amboih?

shax ; blackout lah! mira, jom blah. aku lapar.

shax dan mira memblahkan diri.

dari luar, kedengaran suara maki hamun carut marut dari awek pink tu.


shax ; kenapa kau off kan lampu toilet tadi?

fad ; korang lambat sangat.


:: awek pink di dalam gambar itu bukanlah yang di maksudkan ::

7.26.2009

sbjsnksnskj gongg gongg aku suruh bulldog gigit kau!

itew tak cukew larh
itew tyto duluw eyk?
kam00 tyto ag kerr?
timew keseyh approve cayew.
takmo combunk2 kay?
skunk. ak00. kam00. maceyh. agi.
agi idup agi ngelaban.
siapa ingat rentap, sejarah ting. 3? HAHA.

anddd whatsoever lah.
macam2 lagi ejaan kretif yang lain.

sbfkflnoddjefsfjs!

aku tak minat.
tolong. janganlah tulis macam tu.
i mean, jangan tulis macam tu lepastu hantar kat aku.
dekat orang lain takpe.
(;
selain tergeliat lidah,
angin ahmar aku juga akan datang menyerang secara tiba2 yang boleh buat aku jadi hijau.
ni dah 3rd time aku tulis pasal bahasa pelat ni.
aku tak suka. ehh salah.
bukan tak suka,
aku pening. pening buat aku rasa nak piat telinga orang.
atau rasa nak sekeh kepala orang macam misae buat kat shin chan.
pendeknya aku meluat.
sekian

7.25.2009

aku

dalam family

akulah anak

aku bukanlah anak yang baik.
banyak dan sentiasa melakukan kesilapan.
memprotes, tanda aku tak bersetuju dengan sesuatu.

akulah adik dan kakak

adik yang lebih berdikari dari abangnya.
adik yang lebih keras kepala dari abangnya.
kakak yang garang pada adik2nya.
kakak yang sentiasa backup adik kecilnya.
adik dan kakak yang berubah-ubah anginnya.

aku juga seorang cucu, sepupu dan anak buah

yang kini semakin menjauh.
dan tidak pernah berusaha untuk kembali rapat,
aku jarang sekali menunjukkan perangai dan diri sebenar.
melainkan dengan sepupu dan pakcik2 ter-rapat nya.

dalam hidup

aku orang asing

aku agak kerek pada pandangan mereka yang tak mengenali.
aku agak serious. mungkin.
aku agak sombong. pada mata yang sentiasa menilai luaran.

aku seorang kawan

aku seorang yang selalu dibuli. dan juga seorang pembuli.
dalam kalangan kawan baik ;
nur suffiza.aleena syazmeen.muhammad adam.
kawan yang sentiasa mencuba untuk menceriakan hati kawan.
kawan yang sentiasa mencari ruang masa untuk duduk semeja dengan kawan2.
dan aku tak lepas dari menyakiti hati kawan.
secara tidak sedar. atau mungkin sedar.



aku rindu saat ini

aku seorang yang tidak disukai

aku paling suka part yang aku tak gemar ni.
aku tidak disukai oleh mereka yang tidak tahan dengan perangai aku. mungkin.
atau mereka yang dengki dengan hidup aku yang tampak bahagia. mungkin.
*sigh. TAMPAK bahagia. sinis
atau mungkin juga oleh perangai aku yang agak annoying.
atau disebabkan percakapan yang melebihi landasan.
aku tak tahu. dan mungkin tidak mahu tahu.

aku seorang yang disukai

part yang paling aku gemari, tapi. sukar untuk dipercayai.
dan aku tak mahu komen lebih mengenai ini.
sebab aku sedar,
aku bukanlah seorang yang mudah di sukai.
melainkan disukai oleh teman rapat sahaja. mungkin.

aku pada aku

aku tak kenal diri sendiri.
aku keliru dengan character aku.
paling bising. mesti aku. paling mengarut. ya. itu aku.
paling menyakitkan hati. boleh jadi itu aku juga.
paling ganas. paling lembik. paling cengeng.
paling cepat. paling lambat. paling sarkastik.
entah.

haih~

7.23.2009

taken

people always write or says

sorry! im taken by him / her

i am not available. im already taken

proudly to announce that im already taken

taken.taken.taken.taken.taken

hey readers.
im not talking bout you. it's general.
i always found it on profile of myspace, facebook, friendster, etc..
and yeah blogspot too!
seriously,
i have nothing to do and got no problem with that kind of statement.

just now.
i remember-ed something.
the word taken makes me remember him.
he is already taken.
by HIM.
i almost forgot bout you.
im really sorry.

my dearest cousin.
muhammad zakwan (1994-2009)

al-fatihah~

dik wan, moga aman di sana (;

what if i die tomorrow? will you pray for me?

spender

hari terakhir perkhemahan

shax sedang punggah baju2 dalam beg. nak amek selai baju dan tracksuit buat salin.

budak laki ; shax! aku nampak spender kau! HA HA. kaler hijau kulat siot!
*warna spender tu adalah rekaan.

shax cepat2 seludup masuk spender yang terjuntai di mulut beg baju. shax pandang slekk budak laki yang gelak bagai nak gila tu.

shax jawab selamba

shax ; renoma kau yang tertinggal kat dalam bilik air perempuan semalam aku tak kecoh pun? dah lah berlubang kat tengah. getah spender kau tu pun dah longgar.boleh buat ikat mulut kecoh kau tu.

kau nampak kaler spender aku yang still ada tanda harga.
aku jumpa spender kau yang kau dah pakai, berkulat tak sempat nak basuh tu.


sekadar gambar

the guy in bulatan
thanks ejard sebab teman aku masa nightwalk. haha. best dapat 1 group ngan kau.
and nice try about that cacing thing. ingat aku geli sama cacing ka?haha. hell no

buat pertama kalinya. bergambar dengan muka busuk tak mandi 3 hari di hadapan
SMK DARUL EHSAN

7.22.2009

post yang tertangguh

(entry 18 july 2009 sepatutnya)

walaupun kau
kepeng, kuat mengarut, kedekut kredit, pemalas nak fikir tempat lepak, suka kentut, tinggi melampaui had normal manusia dan macam macam perkara mazmumah yang lain.

tapi

aku bersyukur sebab ;
1) aku dapat kenal dan dapat jadi kawan kau.

2) aku boleh cedok ilmu edit2 dari kau tanpa bayaran sesen pun. kecuali kena belanja kau nasi lemak sotong yang aku hutang hingga kini.

3) aku boleh tuntut rm0.60 sebagai ganti aku call kau selama 2.376 saat masa aku kat kem semata mata nak wish happy birthday. salah. kau patut belanja aku lebih sebab time call ni aku betul betul menempah maut sorok hp dalam lipatan spender baju kat beg sedangkan orang lain serahkan hp masing masing.

4) aku boleh tiup kau sampai afrika. oh yang ni salah. HA HA.

5) aku boleh tuntut big mac. sebab aku dah post entry ni. yeaa~

so

nah


sepatutnya ade belated besday. tapi takpelaa ek


tapi aku lagi suka yang ni sebenarnya

perenggan terakhir,
1)belajar rajin rajin. nanti senang. tak kena rejek mak ayah dengan dia ni
2) tambah ilmu photography banyak banyak. lepas tu cukup masa lepak kfc ajar aku. kan kan? HEHE
3) beriaksilah seperti orang tuhak berumur 21 tahun.
4) take care.
5) ingat aku selalu.
6)happy belated birthday.
7) aku dah penat. bye


info tambahan ; happy belated besday to you too kiba

saya kembali

hari ini hari rabu.
saya tak pergi sekolah kerana kena bertapa dalam tandas lama sangat.
so, kena tinggal sama ayah.
saya sakit perut cirit birit.
duduk rumah tanpa internet sangatlah bosan.
pukul 4.54pm saya cuba cuba on kan suis modem p1 wimax.
nampaknya bil yang saya jelaskan rm60 hari selasa semalam telah masuk.
oleh itu pihak p1 wimax telah menyambung kembali internet saya.
terima kasih.
sangat hargai hingga menitiskan air mata,
isk isk.
saya ada entry yang perlu dilunaskan.
akan di lunaskan kemudian.
sekarang perut saya kembali memulas.
perlukan tandas segera.

7.16.2009

ceramah menyedarkan diri pelajar ting. 6

pagi. sebelum bertolak ke UM

shakinah, kira berapa orang dalam bas ni cukup tak

1,2,3...38,39,40! cukup cikgu!

petang. sebelum bertolak balik ke SMK DARUL EHSAN

shakinah, kira berapa orang dalam bas ni.

..37,38,39.. aik?

kira balik semula

..36..37..38..39.. uih. sah!

cikgu! sorang lagi tak ada.


siapa?

mana saya tahu. weyy korang! (sambil jerit dalam bas) cek cek membe sape takde.

bisingg bisingg~

membe masing masing ada.

ah sudah! sapa pulak buat hal ni.

cikgu ayadurai mula kelam-kabut.

eh! 38..39..40!

cikgu. dah cukup dah 40 orang.

siapa lagi sorang tu?

saya. lupa nak kira diri sendiri lah tadi.

paling tinggi.paling tinggi.paling tinggi.

siapa nak celen ketinggian aku?
MIAHAHAHAAA
[gelak riak macam setan]

eh dyod
kau dah tinggi mana eh? dulu kau paras ketiak aku je kan?
HA HA.
-jenaka ini ada unsur2 riak di situ-
:P


photoshop dah tamat tempoh.
wuu wu.
tak semangat ah nak letak gambar bebanyak.
ni bantai je ah photoscape.
cam-hape je photoscape.
tak boleh nak buat saturate2 tu. tak boleh nak region out of focus tu. tak boleh nak..
ok enough babbling shax.


nota bulu hidung ;
babai!
away selama sebulan.
:)


7.15.2009

rekodddddddddddddd duniaa!

melihat emak yang penat lelah pulang dari kerja.
emak hanya larat memasak sayur taugeh dengan sup daging.
saya sebagai satu-satunya anak gadis mak yang boleh di percayai menawarkan diri ok tipu sebenarnya mak yang suruh menggoreng ikan tenggiri.
dengar saja perkataan i.k.a.n
saya mula terbayang letusan minyak piuu piuuuuuuu (ini bunyi side effect konon2 minyak meletup)
adeh!
namun tak apa!
saya sedia menyahut cabaran buat pertama kalinya sepanjang 18 tahun 7 bulan menjalani kehidupan sebagai seorang manusia.

here we go

ikan tenggiri yang telah disaluti asam dan kunyit oleh emak

penyepit besi ke-hape-tah-nama-dia dengan periuk besi sebagai perisai

minyak panassssss!
tips ; untuk tahu minyak tu telah panas atau tidak, anda bolehlah mencelup jari
anda ke dalam kuali itu buat beberapa minit.
kalau melecur jari, maka minyak telah sedia untuk di masukkan ikan.

saat paling mencabar.
jika perlu, pasangkan muzik berentak cemas pada ketika ini.
ikan dimasukkan ke dalam kuali dengan berhati-hati.
pada saat genting ini, bersedia dengan sebarang kemungkinan!
minyak akan meletus-letus manja hinggap ke kulit anda.
sebagai langkah keselamatan,
gunalah sudip panjang lebih selamat jika ada pancing yang diikat dengan sudip di hujungnya.
tidak lupa juga sarung tangan atromen yakni sarung tangan kek dan perisai iaitu penutup periuk.

tunggu sehingga letusan dan letupan minyak reda.
jika tidak reda juga,
slow-kan api se slow yang mungkin.
PENTING UNTUK KESELAMATAN DIRI

demi menjaga kulit dari terkena percikan minyak yang jahat,
tutuplah kuali itu.
ini langkah paling bijak.
:)
ok aku tak bijak time buat ni sebab aku bantai tutup kuali guna mangkuk besi yang takde tangkai.
susah nak angkat. kena guna sarung tangan.
bengong

hasilnyaaaaaaaa!
TADAAAAAAAAAA!
ikan goreng tenggiri siap untuk dilahap.
nyum nyum.

nasik + kicap + ikan + sambal tempoyak.
oh ya. disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
jutaan terima kasih kepada kawan baik saya iaitu supi
kerana tabah dan penuh sabar mengajar saya cara-cara membuat tempoyak.

dia kata ; siat isi durian. letak garam secubit. lepas tu peram dalam 2 3 hari. jangan lupa kacau hari-hari.

thank you supi. kau tak payah risau dah aku mintak tempoyak kau tahun ni.
:)

dah.
makan malam sangat simple dan enak.

jangan risau. saya TIDAK berpakaian seperti ini lagi.

mak kata ; TAHNIAH SYIKIN!! ANAK MAK BERJAYA MENGGORENG IKAN AKHIRNYA. isk isk.

lepas tu dua beranak menangis terharu sambil berpelukan.
* rekaan

7.14.2009

i have fear

place ; rooftop of apartment.
time ; 6.34 pm
date ; 14 july 2009


i have fear of know-ing people
i have fear in believe-ing somebody
i have fear of being heartless
i have fear of rejection
i have fear of missing someone
i have fear of lost-ing somebody someone
for short
i have fear of love

SEKADAR GAMBAR HIASAN

meet me
smile and say hello.
then i will be the

best-great-awsome-wonderful-friend
to you.
-i prefer and appreciate more this kind of relationship-


how can i trust strangers
when i can't even trust my own family.
duh~
seriously i need a specialist who can at least
reduce my-negative-thinker to other people.
believe.believe.believe.believe.believe. - shax. please.

p/s - english berterabur. i knew that.

7.13.2009

hey. sweet 19 dear.

walau aku kenal kau tak sampai setahun,
tapi kau antara kawan yang paling best kat selayang.
:)
honestly im quite proud being one of your friends.
i like your style.
i love your attitude.
i adore the way you being you.
you is yourself.
you never be others.
you never be hipocrite.
most of all,
you have your own strength.


*seorang kawan yang merendah diri.
*seorang kawan yang tidak riak dengan kesenangan hidup.
*seorang kawan yang berpendirian teguh.
*seorang kawan yang sangat best untuk buat kerja jahat bersama.

NOOR FADILLA AMAN yang aku kenal

once again,
wishing you happy birthday and may GOD bless always.

7.12.2009

I'M ON MOBILE

kelik untuk tumbesaran gigi dan tulang yang sihat!

ku tatap lama mereka yang ber-status i'm on mobile itu.




lalu





dan

kelik untuk tumbesaran buntut anda

muahahahahahahaa~


nota bulu idung ;
padahal limit mesej sampai 3 je.
cis.

7.10.2009

semuanya mula dengan S

tag dr : lulu

Rules: It's harder than it looks! Copy to your own post, erase my answers, enter yours and tag people you want. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real; nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.


1. What is your name
Shakinah. Shax. Syikin

2. A four letter word
Shit

3. A boy's name
Shafix (tah sape tah)


4. A girl's name
Sufi


5. An occupation
Soccer coach -.-


6. A color
Silver


7. Something you'll wear
Skinny jeans?

8. A food
Soup

9. Something found in the bathroom
Sabun. Syampoo. aiyaa~


10. A place
Stor


11. A reason for being late
Saye Selesema Sir

12. Something you'd shout
STPM!!


13. A movie title
Star Wars


14. Something you drink
Sirap limau haha.senangg. :P


15. A musical group
Secondhand Serenade? entah.

16. An animal
Semut

17. A street name
Selayang punya jalan.


18. A type of car
Sentra (Nissan)


19. Title of a song
Sayang sayang sayang eww!haha


TAG YANG PALING BANYAK SONGEH. haha

silakan pening kepale anda : Dila. Mapert

kawan yang peramah

siva jalan kat koridor tingkat bawahh sekali blok 1.

siva!
..
sivaa!
...
sivaaaa
....
sivaaa! oiihhh!
.....
kerek betul mamat ni.

sivaaaaaaaaa pekakkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!

siva toleh ke atas.

hai!

siva senyum dan lambai balik.


nota bulu idung ;
aku kat tingkat empat blok 2.

7.08.2009

setengah jam 4.8 minit

10 minit awalgraf.graf.graf



+++++++++++++++++++++++++++++





20 minit berterusan
kira.kira.kira



+++++++++++++++++++++++++++++++





4.9 minit kemudian.conteng.conteng.conteng



+++++++++++++++++++++++++++++++





waiting..ringing
ok mari mosaickan muka. segan pulak do men
tayang2 muka. kalo cun takpe.HAHA




++++++++++++++++++++++++++++++++++




gayotttttttt!.
gossips!


-tammat-



nota bulu hidung ;
hanya lakonan ketika kebosanan.


handphone atok canggih!

atok ; penipu bhaa henpon ni!

cucu perempuan ; kenapa tok?

atok ; atok mau telepon bapakmu, suruh belikan durian. tapi ndak bole.

cucu perempuan ; kredit habis kali?

atok ; ada lagi RM23.58 bhaa. peniii-pu betul. patut selagi ada duit selagi itu bole guna kan? penipu betul orang buat ini.

cucu perempuan ; bak sini ikin tengok.

...

baki 0191234567 ;
RM23.58 sah sehingga 05/07/2009

7.06.2009

atokk atokk atokk

-sape orang sabah, sila baca ikot slengg sabah-

'atok! jangan makan durian banyak banyak.'


'di sabah susah bhaa mau makan. janganlaa kau kedekut dengan atok..'

'atok! lepas ni makan ubat.'

'lepas sudah habis makan durian baru atok makan bhaa.'

'atok. sudah laa tu. banyak suda atok makan..'

'alang alang atok habiskan saja. sayang bhaa kalau ndak habis.'

haih~

atok. atok ada darah tinggi, diabetes ke diabetis?, sakit jantung kencing manis..
eh eh.
diabetis ngan kencing manis bukan ke same?

nota bulu idung ;
ada POOL gedix di sebelah.
=P
vote.vote.

7.05.2009

down

just,

support me


..



please

7.04.2009

W.A.N.T.E.D


SIAPA SIAPA TELAH MENJUMPAI TARGET INI SILA SERAHKAN KEPADA
SHAKINAH BT MOHD SADURI.
beliau telah melakukan pelbagai jenayah seperti ;
1) tarik rambut orang sampai gugur segenggam.
2) berebut apa je barang yang orang lain pegang.
3) tarik bantal time orang tengah sedap baring.
4) duduk atas kepala time orang tengah sujud.
dan yang terbaru
5) dia baru je selesai MENDELETE SEMUA CONTACT number yang ada dalam phonebook hanpon aku.
phonebook kosong illekk empty se emptyy emptynya.
faham?faham?faham??
kosonggg!
tak paham meh aku eja.
K.O.S.O.N.G..

perghhh!

walaupun target berada di depan mata aku sepanjang masa,
tapi aku tak boleh buat apa apa kerana terdapat mak kebayan yang sentiasa menjaga dan membela dia kalau terasa ada aura yang cuba mengambil kesempatan.

sekian.
berita bernama.

dah tengok dah. :)

tadi dah pergi tengok transformer.
:)
ahhhh yang dah tengok awal2 tu diam!
mesti nak cakap
'elehh. lambat! orang dah tengok lama dah'
atau
'ketinggalan gilaa kau!'
aku nak jawab awal awal.
peduli hapee aku.
yang penting aku dah pergi tengok tadi.
HAHA.
walaupun aku pergi tengok sorang sorang je.
rekod.rekod.rekod
membe lain semua mak dorang suruh tolong kopek bawang.
hoh.

bodoh gila pakai serba hitam tengah hari buta lepas tu menapak pergi wayang tinggal tunggu hangus je.


7.03.2009

speechless

lapar lapar lapar.
saya jalan riang keluar bilik menuju ke dapur.
ambil french fries ok tak tahu eja dari peti sejuk.
keluarkan. tekan tekan.
keras. sebab ada ais.
letak dalam sinki tunggu ais cair dulu.
lepak tengok movie dalam bilik.

sejam setengah lepas tu,
movie pun tamat.
saya yang lapar sejam setengah yang lalu riang riang pergi dapur nak goreng french fries.
usha usha dalam sinki takde.
aik?
tanya mak.
'mak mak. mana french fries orang letak dalam sinki tadi?'
emak pun menjawab..
'dalam peti ais lah. kau dah goreng bukan nak letak balik.'
saya terkedu.
saya buka peti sejuk. capai french fries.
tekan tekan.
keras.

wuuu wuuu uu..

sabar.
letak balik french fries dalam sinki.
nak tunggu cair pergi lepak tengok shin chan kat utube dalam bilik.
pesan kat mak JANGAN masukkan peti ais. orang nak goreng.
tanpa rasa bersalah, mak kata ok.

sejam lepas tu.

saya keluar bilik pergi dapur.
kali ni sumpah tak riang dah sebab lapar gila.
usha usha dalam sinki tak de dah.
panas~
baru nak membebel bebel kat mak,
tapi tak jadi.
sebab nampak bungkusan french fries dah kosong empty illek dalam tong sampah.
baru perasan ada kuali panas berminyak bertenggek kat atas dapur.
sah!
saya lari ke ruang tamu.
nampak ayah sedang enak suap french fries yang terakhir cicah sos cili aminah hasan dengan mayonis lady's choice.

saya?
makan megi kari sambil menangis pilu dalam bilik.

7.02.2009

tag dari akma lagi

tag dr: lulu lala

Rule 1
People who have been tagged must write their answers on their blogs and replace any questions that they dislike with a new question formulated by themselves.
( x nk buat pun x pe ) - copy paste je. :)


Rule 2
Tag 4 people to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tag by continuing this game by sending it to other people

Do you have secrets?
ade. bisul di punggung. shhuuhh~

Would you fall in love with a guy/gurl younger than you?
hell no. haha. tak minattt!

What is your favourite animal?
semut?

What would you do with a billion dollars?
shopping.shopping dan shopping lagi.

Will you fall in love with your friend?
never!.uh. perr..eh.tak tak

Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
being loved lahh..aiyo

List your favourite movies
gadoh. confession of shopaholic. blaa blaa blaa

If the person you secretly like is already attached, what would you do?
buat bodoh je. ilek sudaa. orang dah kahwin pun boleh cerai~

Do you have any regrets?
ade do!

Would you be the person that you are if you were to be reborn?
wanna be a better person

What do you want the most at the moment?
hang out and having a great talk with my best ever friend. him. :)

What kind of person do you think the person that tagged you is?
lulu lala
dia berkaca mata. pendek. kot. HAHA. sedikit mereng. :P

Would you rather be single and rich or married but poor?
single and rich maa! money.money.

What is your favourite color?
black.black.black.

Would you give all in for a relationship?
no way

If you fall in love with two persons simultaneously, which one would you choose?
sape yang berani jumpa mak ayah aku dulu. :D

Do you prefer being single or in a relationship?
tak tahu

List of people to tag
dyod. intan. amir ariff.

7.01.2009

kau dengan aku ibarat babi

samad : usha jam pukul berapa

samad tarik tangan midah nak tengok jam kat tangan midah.
midah tarik balik tangan dia.

midah : kau pegang babi tak samad?

samad : haram lah bodoh. kau tak belajar agama ke?

midah : kau tahu tak kau dengan aku ibarat babi?

samad : gampang gila ayat kau.

midah : betullah. babi kan haram tak boleh sentuh. lelaki dengan perempuan pun haram. so kau dengan aku ibarat babi lah.

samad - ok ok. aku taknak sentuh babi. aku nak tanya je. cik babi, jam pukul berapa?