8.31.2009

nak share?


cari gadoh betul ah pc nehh!
saje nak mengopak duit aku pergi hantar kedai!
huh.
cinabeng.
ada ke personal antivirus tu dia bagi free scan je.
nak heal cacing2 berambut trojan tu kena register lepas tu isi mastercard punya borang lah apa.
dey thambi! wallet aku pun ada RM1.30 je tahu!
mana gua ada mastercard.
takat kad greenbox ada ah.
ceh.
tapi lantak aku bantai gak online.
esok lu masuk hospital! B1N1 punya kes
shax jerit sambil tujal CPU
nota bulu hidung ; masa entry ni di tulis, cacing2 kerawit serta ulat gonggok telah mencecah 92 ekor. wtf..

8.30.2009

dear my dearest friend, kiba. (dan-dan DEAREST.haha)

entryku suatu ketika dulu..


tiba tiba!



aku tak percaya kamuu ( ikut rentak lagu LJ aku tak percaya cinta) asdfghjkjf gile lagu tu.



message received

-
-
-

hambekk kau shax!



tadi boleh tahan lagi.



part dia posing ni.T.T

demmit
ceh. aku cemburu (cemburu? HAHA) ok jeles tahu?


kepada yang membaca entry ini,
lelaki ini adalah kawan saya yang bernama
amirul izha a.k.a jejaka hot
cubaan beliau untuk menjeleskan saya atas kejayaannya memiliki baju Treadless
lebih awal dari saya telah berjaya.

saya ulang, telah berjaya.


oh ya.
tajuk entry ni macam sweet sebab ni


&

HAHA.

ele entah2 time 21 december tu kau dah fly dah.
cis.

selingan ;
before ni baju aku pernah hantar design masuk contest dia jugak tapi takde yang terpilih pun.
isk isk.



nota bulu hidung ;

1st - kiba sorry aku kidnap gambar kau. hehe

2nd - jum ramai2 follow blog jejaka hot. follower yang bertuah berpeluang memiliki 18 helai baju dari Threadless. (tapi aku yakin follower dia yang 7th je yang ada sinar harapan. HAHA)

ok seriously, blog dia best. bukan sebab Treadless lah! tapi sebab kiba is kibas kiba. the new generation of A. Samad Said.

aiceceyy tengok kiba nangis terharuu!

8.29.2009

rindu lah! [PART 1]

Assalamualaikum..

- sihat ke?
- puasa penuh tak? (kalau tak penuh tak boleh raya.hehe)
- baju raya tahun ni berapa pasang? warna apa?
- kuih raya dah buat?
- nanti raya jangan lupa datang rumah ye.
- Selamat Hari Raya.

pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas.

ikhlas dari,
seman.


dulu dapat kad raya ori yang ber-setem dan cop Pos Malaysia.
dulu dapat kad raya fresh dari posmen atau dari dalam peti surat.
dulu debar2 dapat kad raya tak tahu dari siapa.
dulu berlagak dengan abang adik kad raya paling banyak.
dulu balas2 kad raya dengan kawan sebelah rumah letak dalam peti surat.
dulu batak pergi billion beli kad raya banyak2.
dulu semangat tulis kad raya siap ambil pembaris dan garis guna pensel lepastu padam balik supaya tulisan tak berterabur.
dulu tulis kad raya banyak2, tapi jarang pos sebab malas beli setem.
dulu tulis hati2 siap liquid atau padam kalau tersalah tulis, padahal kalau kat buku sekolah guna air liur je nak padam.
dulu tulisan comot-comot tapi ayat comel-comel.

sekarang?


topup handphone sudey.

taktau nak letak tajuk ape

heelllooooo Malaysiaa!








ucap gua pada siling bilik gua sebaik saja gua berjaya menghilangkan tahi mata yang melekat di bulu mata yang mengakibatkan gua kehilangan 3 helai bulu mata.






bukak pc













omaigodddddddddddddd























pukul 3.35 PETANG!

8.28.2009

HAI KAWAN KAWAN!

entry ni mood happy.
so kalau boleh baca sambil jerit2 macam marah padahal gembira.
faham?
here we go

+++++

ingat lagi tak supi?
alaa..
korang ni asyik lupa je.
entry 1st aku buat pasal dia kat entry ni (siapa tak perasan, ini adalah LINK okay) la.

lagi smart kalau korang ingat pasal yang ni (ini pun LINK) jugak.
entry ini jugak lah.
aku bukak balik edit post kat dashboard,
banyaklah pulak aku post ada selit cerita minah ni?
tak kisahlah.

haa,

ingat jenab tak?
supi ni kenal jenab jugak.
sama2 tak suka jenab dulu.
sama2 kutuk jenab dulu.
okey. mesti macam pelik je apa aku merapu ni.
sebenarnya,
kawan baik i dah buat blog!
*tepukk tepukk sebab dia dah maju setapak.
HAHA.
penat kot pujuk dia buat blog jugak.
so,
mari follow dia ramai2!
ni blog dia
atau boleh copy paste url dia
http://menggedik.blogspot.com
kat browser anda.
apasal aku yang excited lebih?
huh. okay.
jangan tanya aku kenapa blog dia 'menggedik' sebab aku pun tak tahu kenapa.
dia nak ubah diri yang blur kepada gedik mungkin?
don't know.

anyway,
welcome to the club bitch! honey!

nota bulu hidung ; lepas ni nak ajak julia, aleena syazmeen, adam, firdaus, ainun husna, nik tasnim fairuz dan top friend kat myspace yang lain buat blog jugak.

konfius

i benci you! i benci you!
you buat i pening!
you masuk dalam mimpi i.
habis i punya sweetdream tukar jadi mimpi ngeri.
semua ni you punya pasallah!
tengok dah pukul berapa ni i tak boleh nak tidur lagi.
asal pejam mata nampak kepala botak you tu.
you ingat ya.
i setia pada you sampai hujung tahun ni je.
lepas i habis stpm kita cerai talak 3 terus.
i taknak dah jumpa you.

shax jerit gedik pada muka kulit buku yang tertulis
sejarah asia tenggara, asia selatan dan asia timur 1800-1963
dengan cover muka mahatma gandhi, daimyo dan tembok besar china.

nota bulu hidung ;
serious aku dah konfius dua ni.
  • mahatma gandhi
  • dengan
  • dhalsim
  • 8.26.2009

    hari hari penuh indah

    supi ; shax! library jom.
    shax ; set.

    setelah 10 minit menunggu nenek kebayan ni bersiap.
    dan setelah penat lelah mendaki tangga perpustakaan awam.
    hingga basah ketiak ku akibat kelenjar peluh yang bekerja keras pada hari itu.
    di pintu tertulis ;
    makluman - perpustakaan akan kembali beroperasi pada 22 ogos 2009.

    shax ; hari ni dah 24hb lah pandai! teruk betul. suka2 embah dia je nak buka tutup bila.
    supi ; library kuala?
    shax ; redah jelah.

    setelah 15 minit meredah kepanasan iklim khatulistiwa di malaysia.
    lebih2 lagi apabila pokok banyak ditebang demi kemajuan dan pembangunan negara.
    abah kau! kesian lah monyet seperti dia ni hilang habitat! isk. takde kesedaran sivik betul.

    baru je melangkah penuh anggun ke dalam kompleks pkns kuala selangor dengan nawaitu ingin segera landing punggung di perpustakaan awam yang sejuk lagi nyaman.
    2 gadis anggun ditegur oleh abang jaga.

    abang jaga ; dik. library tutup.
    supi ; pukul berapa buka?
    abang jaga ; esok baru buka.
    shax pandang supi. supi pandang shax.

    grrr!

    kenapa bila kami berdua baru punya nawaitu yang baik ingin menelaah,
    lepastu ada macam2 rintangan?
    apa kami tak cukup anggun baik ke untuk layak duduk mengaji sejarah di perpustakaan awam?
    walau kami pernah kena halau kelas agama masa tingkatan 5 dulu sebab asyik bersembang pasal hannah montana, wizard of the waverly place, zack and cody, pasal kesahihan cerita cinta tiga segi,
    tapi kami kan dah sedar?
    kami dah repeat paper bio, fizik dengan kimia untuk spm 2007.
    kami tak naklah repeat paper tamadun dunia untuk stpm 2009 ni pulak.
    tapi kenapa masih banyak rintangan dugaan dan cabaran yang melanda tatkala [TATKALA siot! macam takde ayat lain] kami ingin berubah?
    persoalan demi persoalan timbul di benak fikiran shakinah dan suffiza.
    badi malang kau la ni supi.

    lalu
    taman metropolitan kuala selangor jadi tempat lepak.
    mujur angin sempoi2 bahasa hari tu.
    sempoi hingga membuatku tertidur.


    25 ogos 2009
    pukul 8pm hingga 10 pm
    dorang tak sembahyang terawih! dorang tak sembahyang terawih!
    bertempat di restoran sri kassim yang baru pertama kali ku jejaki.

    gelak2. gusip2.
    gambar ni huduh sebab kau la dam

    henpon pink itu

    disebabkan ingin berlaku adil terhadap kawan yang tidak dapat hadir pada malam itu iaitu ahmad farid b imam murhit.
    saya sebagai kawan yang baik ingin menempel gambar anda di sini agar anda tidak berasa disisihkan.

    supi kata ; ala. farid bukan tau blog kau pun. myspace pun dia takde. letak jelah gambar dia.

    dannn

    entah siapa tolong belutut video ni ke henpon aku. balik rumah baru perasan.

    video

    KALAU dan TER..

    dalam bulan puasa ni









    kalau












    TERtelan kahak








    dan












    TERsedut hingus














    kira puasa batal tak?

    huyyoooooooo

    setelah 2 tahun setengah















    1st time













    online kat cc balik







    gila ahhh shax!

    8.21.2009

    terawih dan angan2 berpuasa esok hari

    kin nanti pergi surau.
    ayah pesan

    ye

    lalu

    selepas isya' di rumah

    ber t-shirt serta seluar track suit sambil mengepit telekung di ketiak muncul di muka pintu surau.
    semua memandang.
    ramainya!
    melangkah menuju ke saf terakhir yang terdapat sedikit kekosongan.
    barisan budak2.
    lingkungan umur 7 hingga 12 tahun.
    ketinggian bawah paras bahu aku.
    alaa, lepak sudah.

    tepi la sikit woih akak tu nak sembahyang lah!

    seorang budak bergigi rongak menolak kawannya.
    aku sengih je.

    terawih dah nak mula.
    budak2 tepi tu masih lagi ber sokseksoksek
    masa berdiri, dorang toleh kanan kiri.
    masa rukuk, dorang langgar2 punggung.
    masa sujud paling tak boleh blah.
    dorang baca
    subhana robial aqla wabihamdi
    subhana robial aqla wabihamdi
    subhana robial aqla wabihamdi
    kuat2.
    masa duduk last.
    dorang pakat dudukkan kaki aku.
    penyek tahu?
    lepas tu aku duduk kepala over menyenget.
    sebab dorang tindih telekung.
    nak tarik2 kang batal pulak.
    tak pun paling hardcore tercabut telekung.
    tiba2 pula masuk berita gadis buat hukum sendiri sembahyang terawih dengan telekung tersangkut di leher.

    sumpah tak dapat nak focus.

    niat dah dalam hati ;
    1) esok nak pergi masjid. tak nak surau dah.
    2) esok nak ajak membe. tak nak pergi sorang2. boleh makan morei tanpa segan silu.
    tadi makcik2 tu pandang2.
    3) ok so esok pakai baju kurung, tak pakai t-shirt dah.
    4) esok datang sebelum isya'. boleh lepak barisan remaja2. paling koman pun area makcik2.

    terawih tamat.

    balik rumah.

    masuk bilik.

    keluar bilik.

    jumpa mak.

    jerit.

    nak puasa 1stttttttttttttttttttt!

    isk isk

    frust.

    mak gelak.

    -fin-

    but still nak cakap
    selamat ber-ramadhan buat semua :)

    entry puasa lain hari aku buat

    lecehlah kawan dengan orang hati tisu ni
    lecehlah kawan dengan orang kepala angin
    lecehlah bila salah sendiri tunjuk orang lain

    betul-betul tak sekepala

    cakap sikit touching

    minat tak sama.
    lawak tak ngam.
    had pergaulan berbeza.
    baik lepak sorang2

    huh

    : : : : : : : : : : :

    aku perlukan kau, kau, kau dan kau juga .
    maksud aku s.e.k.a.r.a.n.g
    walaupun kesemua di atas ni ada yang gedik, terlebih blur, selalu over react, otak blue, slowpoke, pembawa malang dan sebagainya.
    tapi itulah.
    bila dah berkawan lebih 10 tahun memang dah terlebih ngam.
    dan mereka tak hati tisu serta bukan kepala angin.
    lepak je. :)

    kalau boleh,
    aku nak zaman sekolah yang macam ni balik.
    kasut semua nak sama pfft

    lagi smart kalau boleh putar balik masa sekolah dekat hell-heaven ni dulu,
    dapat lepak balik dengan dia & dia ni sekali.


    tapi betullah aku paling rindu kau gedik

    ignore the stupid poem

    kepada mereka ; bila nak dapat 1 sekolah lagi? 1 kelas? bersebelahan meja?

    3R ; rilek. respon. redah

    8.20.2009

    tak tahu kenapa aku suka usha gambar ni

    perkhemahan tahunan tingkatan enam

    poyo kata taknak update blog. HAHA. =P

    oh ya selamat puasa!

    8.18.2009

    post terakhir.. buat masa ini

    ehekk ehekk.
    gelak gedik jap.
    entah apa aku jampi serapah,
    blog aku kembali normal.
    yeaa.
    yo yo oo je entry before ni. HAHA.
    blah lu shax

    aku ingat dah nak

    baling kasut kat blogspot.
    ceh
    macam la blogspot ni boleh dicampak dibaling

    tapi aku balik sekolah buka dashboard dan kelik sana sini.
    pastu tanya dia ni ada ok kaa blog gua?
    dia kata ok dah.
    heh.
    dia tu yang mula2 tegur kata ada stroke2 benda alah tu.
    tapi biasalah kalau dah namanya SHAKINAH memang tak reti nak dengar cakap.
    siap cakap mata
    kau rabun la hape la kan kan?
    sori do. =P

    so sekarang dah boleh

    gelak gaya munyit jadian dah


    penutup ; dah tengok berita kat tv13?

    video
    sila telengkan kepala masing2

    menangis sekarang shax sebab kau kena mengadap buku 58 jam sehari


    sekian hingga jumpa lagi

    8.17.2009

    cilakak

    kenapa tulisan aku ada garis2??

    howaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

    apakah lagi kecilanatan yang melanda blogku ini??

    aku bukak blog guna google chrome elok je takde ape.

    bukak guna mozilla baru nampak.

    cis cis dan cis!!

    aku tak tahu nak betulkan.

    sapa boleh tolong?

    pleaseeeeeeeeeeeeee

    8.16.2009

    aku minat dia

    hari tu kan hari rabu.
    aku turun dari kereta ayah kat depan sekolah.
    macam biasa datang lambat prefect dah tunggu depan pintu pagar.
    tiba2 nampak kau.
    aku yang tadinya cool terus jadi gelabah.
    jantung macam nak luruh je akibat pam laju sangat.
    rilek la jantung jangan buat kerja laju2
    aku try untuk chill dan bertenang.

    hari tu pula hari jumaat.
    aku tunggu mak depan sekolah pukul 12.45pm.
    tiba2 kau muncul.
    lagi sekali aku gelabah nak mati.
    terus tak tenang.
    aku keluarkan komik dik cergas dari beg,
    pura2 khusyuk baca sambil gelak sorang2.
    macam orang bodoh kan?
    tiba2 je dik cergas kena tarik dari tangan aku.
    sumpah aku bajet kau yang tarik.
    sekali aku dongak,
    orang lain.
    azmi si pengacau saja.
    -____-"
    isk isk.
    lepastu mata aku laju je cari kau.
    kau ada kat kedai depan.
    kau pandang aku,
    mintak lah nombor aku bodoh
    aku cakap dalam hati.
    tapi kau tak mintak.
    kau blah macam tu je.
    lepas tu aku marah si azmi,
    aku rampas komik dik cergas dan blah.
    kesian azmi. padahal aku marah kau.
    bodoh. lembab.
    aku dah bagi hint dah.

    komen kawan2
    - gila shax minat budak laki! normal lagi kau rupanya.
    - nanti aku mintakkan nombor dia ya?
    - rilek lah. majlis graduasi nanti kan adaa can. :)

    tapi takpelah.
    minat aku dah hilang dah.

    8.15.2009

    hei hei

    laluuuuu laluuuuuuuuu.
    :)
    will apdet soon

    8.11.2009

    wayang free

    place ; bus stop selayang mall
    time ; 3.30 pm
    mood ; enjoy tunggu bas selama setengah jam dengan matahari memancar indah menghitami kulit.

    situasi ;

    tiba2 sebuah motor 125 biru berhenti tepat di seberang jalan depan budak sekolah yang sedang ralit menaip mesej.

    i kata stoplah bodoh!!

    budak sekolah terkejut. mata tertancap pada sepasang kekasih di seberang jalan dengan bantuan spek b.u.m berkanta 110 kiri dan 80 kanan.

    si gadis melompat turun dari 125 cowoknya. helmet MS di hempas ke jalan raya.

    kau bodoh sangat ni apahal? aku hantar kau balik lah sial.
    si jejaka enak mengherdik.

    kau lah bodoh! dah lah perangai macam setan. mak bapak kau pun sama agaknya! blah kau. pergi mampos dengan betina tu sekali.
    si gadis pula sedap menghina.

    si gadis melangkah penuh geram menuju ke arah budak sekolah yang duduk menanti bas.

    apahal pulak ni?
    si budak sekolah terkedu.

    budak sekolah usha si jejaka mengutip helmet di bahu jalan. wizer patah kot?

    bumm!

    bontot di hempas betul2 di sebelah tempat budak baju sekolah melabuh tirai punggung. si gadis tadi.
    [huih.import terminator ke punggung dia ni? tempat duduk bas stop mana ada kusyen? besi urat dawai semata-mata kan?]

    tak sampai 2.59 minit jejaka tadi memblahkan diri.
    budak sekolah jeling si gadis sebelah hujung mata. nampak muncung itik panjang sedepa meja guru. titik2 air mata mula bergenang.

    kau ada balak?

    bila masa aku tanam kayu balak? otak mencerna..

    aa. takde. takde.

    kenapa takde?

    malas. leceh. tak nak jadi macam tadi.
    lurus budak sekolah menjawab.

    kau cari balak yang elok2.jangan cari macam balak aku tu. tahu?

    budak sekolah sekadar mengangguk.

    beberapa minit berlalu.

    bisu

    budak sekolah ralit dengan lagu paramore sekuat 10 oktaf di telinga.
    si gadis sengih2 main mesej. tadi macam nak hujan dah?

    10 minit.

    sebuah motor Lc merah berhenti betul2 depan si budak sekolah dan si gadis duduk.

    si gadis sebelah angkat punggung, menuju lenggang lenggok penuh manja ke arah pemilik Lc.

    helmet arc di pakai. pinggang jejaka di peluk erat. motor Lc hilang di pandangan.

    tadi mat 125 biru. kali ni si Lc merah.

    budak sekolah tersengih

    8.10.2009

    shakinah dan masalah negara


    teacher ; hey class you know right there's a boy from 3b3 got positive h1n1?

    ho? ha? what? err.. wtf?

    shakinah ; Ya Allah..

    shax capai handphone dalam kocek baju kurung sekolah. shax mula menaip mesej laju2 di bawah meja dengan mata khusyuk memandang teacher berceloteh di depan.

    'cikgu cakap ada budak kelas yan positif h1n1. u better bring that boy for check up lah'

    message sent to mak and ayah.

    shax duduk termenung. mood terus hilang. roy buat lawak sumpit bontot pun tak di layan.

    wabak penyakit hini. kes nordin mat top.

    setiap hari ada nyawa umat manusia yang di ambil.
    setiap hari rakyat malaysia semakin berkurangan.
    setiap hari rakyat di dunia semakin menghilang.
    setiap hari ada umat manusia yang menangis.
    setiap hari ada umat manusia di seberang menghitung hari mengumpul maklumat kesalahan malaysia.
    bayangkan kalau malaysia kena serang dihujani bom atom macam dekat nagasaki dulu?
    habis kau punya artery, vena cava dan aorta tersumbat.
    bayangkan kalau rakyat malaysia banyak yang kebulur, merempat, cacat dan mati?
    punahlah harapan nak jadi awek chad micheal murray.
    dan bayangkan tiba2 bangun dari tidur tinggal kau sorang je dalam dunia ni?

    memanglah best boleh ambil f.o.c je baju2 dekat pavilion, one utama etc.
    memanglah best sebab nak lintas jalan tak payah takut kena langgar lari.
    memanglah best tak payah nak risau kena ngorat dengan mat indon setiap kali balik sekolah.
    tapi,
    hidup sorang2?
    tanpa mak dan ayah? tanpa adik dan abang? tanpa kawan2?
    iskk.iskk.
    tak nak.
    seriously i can't survive alone.
    aku bukan robinson crusoe
    cuak do. cuak.

    aku pun punya impian.
    impian yang aku tak sempat capai lagi.
    1) aku belum sempat jawab STPM, belum sempat repeat MUET, belum sempat rasa MAJLIS GRADUASI november ni.
    2) aku belum sempat jejak kaki ke universiti.
    3) aku belum sempat pilih2 kos untuk degree tahun depan.
    4) aku belum sempat dapat degree.
    5) aku belum sempat hilangkan ketumbit di mata.
    6) aku belum sempat beli Nikon atau Canon yang menjadi idaman qalbu.
    7) aku belum sempat shopping puas2 dan travel 1 Malaysia.
    8) aku belum sempat mintak maaf kat si mamat tempang yang aku selalu ejek dan sepak kaki tempangnya 12 tahun dulu.
    9) aku belum sempat beri peluang pada muhammad aizat untuk minta nombor telefon aku. atau lebih tepat lagi aku belum puas mengusha si bodi sase itu.
    10) aku belum sempat berkahwin.
    11) aku belum sempat timang anak, cucu dan cicit.

    ok cukup pasal impian.

    kalaulah aku di takdirkan mati masa aku tengah sujud mengadap Tuhan.
    kalaulah aku ditarik nyawa masa hari jumaat dalam bulan ramadhan.
    kalaulah ajal aku tiba masa amalan aku dah penuh.
    kan syok?
    Ya Tuhan. ampunilah dosa2ku.

    -h1n1 dah sampai sekolah selayang-

    nota bulu idung ; aku rasa matang post entry ni?

    8.09.2009

    lucah

    di tag oleh arque.
    abaikan tajuk itu

    1. Beside ur lips, where is the favourite spot to get kissed?
    my ass

    2. How did u feel when u woke up this morning?
    laziness. pukul satu petang. HAHA

    3. Who was the last person / people you took photo with?
    rozaimi a.k.a roy

    4. Would u consider urself spoiled?

    hell no! akulah penceria suasanaa. HEHE

    5. Have you ever had a best friend who was of the opposite sex?

    always ; Ijam. Adam. Zaki.

    6. Do you want someone to be dead?
    nope

    7. What does your last text message say?
    man, free call kau available lagi kan? call aku cepat. bagi jawapan p.A

    8. What are you thinking right now ?
    tag ni sangat panjang

    9. Do you want someone to be with you right now ?
    yes.yes.yes

    10. What was the time you went to bed last night ?
    3.30 am

    11. Where did you buy the tee you are wearing now ?

    idk. cilok abang aku punya

    12. Is someone on your mind right now?
    yap. dah pukul 11 lebih. abang aku tak balik lagi. entah mana merayap.

    13. Who was the last person who text you ?

    daus ; shax. aku malas sangat basuh baju. malasss sangat! tu je aku boleh cakap.

    TEN Lucky Person to do this quiz.
    1) LULU
    2) ABIR
    3) DOC SEPET
    4) FAIQ
    5) KIBA
    6) DILA
    7) AZZA
    8) MEO
    9) DIK AN
    10) ARIF ASHRAF

    14. Who is no.2 having a relationship with ?
    entah

    15. Is no.3 a male or a female?
    ko
    fitri ezwan. lelaki ke perempuan?

    16. If no.7 and no.1 get together , would it be a good?

    HAHA. jadilah pasangan lesbian. =D

    17. What is no.1 studying about?

    yang pasti di unikl. yeah!

    18. When was the last time you chatted with them?
    entah

    19. Is no.4 single?
    hehe. faiq?

    20. Say something about no. 2.

    dia budak utp. dia budak err.. budak. dia ada blog. blog dia abirabhar.blogspot.com. dia hot. dia suka putih. dia ada spender kuning. diaa.. sedang mencari cinta. HAHA. betul kan semuanya abir?

    21. What do you think about no.3 & no.5 being together?
    adehh. number 3 sudah berpunya. num 5 aku tak tahu. yang pasti dua2 TAK BOLEH bersama. haram tahu.

    22. Describe no.9.
    diaaa.. ada kawan2 yang best. dia ada band. dia dik an atau nama lainnya paan!
    dia sangat comel. HAHA

    23. What will you do if no.6 and no.7 fight ?
    dila dengan azza gaduh? huishhh!
    cepat2 beli popcorn dan duduk khusyuk menonton macam perlawanan antara bepop dan xena. =P

    24. Do you like 8?
    likee likeee

    25. How about 10?

    likee too likee

    sukati lah nak buat ke tak.
    randomly pick.
    :)

    INI KENYATAAN

    hari SABTU
    buka mata pukul 8 pagi

    mak terkejut!

    mak ; mak mimpi ke ni?
    anak ; mak ni.. tak support langsung..
    mak ; nak pergi mana?
    anak ; yang orang cakap hari tu.
    mak ; ada duit tak?
    anak ; ada lagi.
    mak ; disebabkan nak pergi situ, mak bagi lagi lah.
    anak ; tak payah la mak. susah2 aje.
    mak ; ambillah.
    anak ; tak payah la mak.

    ok shax sudah jangan nak menipu over2

    lalu

    si anak pergi menemui 4 orang kawannya di warta pada waktu yang di janjikan iaitu pukul 9 pagi janji melayu.

    sampai di tempat tersebut

    -
    -
    -


    dan tidak ketinggalan



    shakinah bt mohd saduri bangun pukul 8 PAGI hari SABTU semata-mata pergi ke
    PERPUSTAKAAN NEGARA??

    hehehe.

    sebab ni sebenarnya


    oleh itu secara automatiknya saya isytiharkan darurat pada setiap hari SABTU.
    kena berkurung dalam pN dan bergomol dengan buku sahaja.

    so kalau

    shax! jom tengok movie cerita G.I JOE jom hari SABTU ni.
    aku ada kupon pizza hut free. nak follow tak SABTU ni?
    kin. tolong mak cuci kereta SABTU ni.
    makcik ingat nak masuk minang kamu untuk anak makcikla SABTU ni.

    maka jawapannya adalah

    GELENG.TIDAK.NO.NOPE.

    kesimpulannya.

    SATURDAY = im not available
    only available at perpustakaan negara

    :)

    p/s - aku nak tengok budak ni tahan sampai bila.

    8.08.2009

    HEHEHEHEHEHHEHE


    TADAAAAAAAAAAAAAAAA!!

    SIAP!

    MALAS NAK BUAT SEGALA HAPE LAYOUT TEMPLATE SKIN DAH.

    OI OI.

    SIAPA SIAPA YANG AKU ADA LINK BEFORE NI,
    TAPI TAKDE DALAM LIST KAT TEPI TU.
    BAGITAHU YA.
    AKU TAK FOLLOW BANYAK BLOG,
    SO LINK PUN DAH HILANG
    SO DAH BANYAK LUPA
    SO BAGILAH NANTI.

    :)


    8.07.2009

    UNDER CONSTRUCTION


    PADAN MUKA AKU!

    HAHAHAHA.

    GEDIK SANGAT NAK TUKAR TUKAR LAYOUT

    SEKALI SEMUA LINK HILANG
    YANG ADA NI JELA YANG SEMPAT DISELAMATKAN

    MIAHHAHAHAA~
    (GELAK SAKIT HATI)

    HAMPIR JE AKU NAK DELETE BLOG NI.
    GERAM.
    CIS.
    TAK GUNA PUNYA BLOGSPOT!
    BLAH LA KAU.
    KEREK TANAK BAGI AKU UPLOAD LAYOUT BARU.
    AKU CURANG KAT WORDPRESS TAU LA.

    HUHH! HUHH!

    MALAS DAH NAK GODEK
    CUKUP DARI PUKUL 8 SAMPAI 11 MALAM NI

    SUMPAH AKU MALAS.
    SAPE NAK TOLONG AKU BUATKAN NI WEH??
    tskkk~

    8.06.2009

    apa jawapan anda?

    situasi ;

    lepak dalam bilik.
    baring2 golek atas katil.
    bosan dan penat.
    capai telefon bimbit sony ericsson.
    buka GOM di desktop laptop.
    mainkan lagu ops i did it again - britn
    ey.
    buka aplikasi entertaiment di handphone.
    buka record sound.
    mula menyanyi bait lirik demi lirik lagu ops i did it again dengan penuh perasaan.

    [yeah yeah yeah yeahh]

    I think I did it again.I made you believe We're more than just friends.
    Oh, baby!

    It might seem like a crush, But it doesn't mean That I'm serious.
    'Cause to lose all my senses...
    That is just so typically me.
    Oh, baby; baby.
    Oops! ... I did it again.
    I played with your heart.
    Got lost in the game.
    Oh, baby; baby.

    Oops!


    syok sendiri.
    agak bitchy mungkin.
    bukan mungkin. memang bitch pun suara tu.
    lenggok suara yang melebihi lenggok punggung JLo di red carpet sempena Grammy Award.
    sedang sedap syok sendiri menyanyi melolong.
    tiba2 terdengar suara orang gelak.
    gelak keji.
    automatic senyap.
    bulu roma tak meremang.
    tak takut pun sebab bunyi suara tu bukan b
    unyi hantu.
    bunyi tu memang betul bunyi orang gelak keji.
    bila tengok handphone yang sedang record suara bitchy menyanyi tadi.
    on call.
    talian bersambung.
    entah bila di angkat?
    tak perasan.
    siapa yang dalam talian?
    yang setia mendengar nyanyian bitchy tadi?

    kawan LELAKI


    soalan pertama ; apa perasan anda sebagai perempuan apabila nyanyian bitchy anda didengari oleh orang lain secara tidak sedar? [20m]

    soalan kedua ; apa perasaan anda sebagai lelaki yang mendengar? [30m]


    soalan terakhir ; mana nak letak muka mangsa? [50m]

    8.04.2009

    mim alif cha

    jayanthi ; shax. how to spell my name in jawi?

    shax ; mim alif cha. jaya! yakin

    jayanthi ; like i know what is mim alif thing? tuliskan lah.

    shax tulis huruf mim gabung dengan alif dan kemudian huruf cha (yang macam jim tu tapi ada 3 titik bagi siapa yang tak pas iqra'. heh)

    jayanthi ; thanks shax!


    shax ; no big.

    :)


    8.03.2009

    tiset oh tiset


    kau orang pakai lah tunic, gown, tuxedo, g-string, dan apa2lah fesyen terkini.

    tapi bagi aku





    t-shirt sudah cukup buat aku gembira dan hidup bahagia aman sentosa.

    kalau kamu teman yang baik dan prihatin akan kebahagiaan seorang kawan bernama shakinah,
    silalah belikan t-shirt dari threadless ni.

    birthday aku 21 dec weh
    come on.come on

    damn i love all these!


    8.02.2009

    maaf, menceroboh adalah hobi aku

    salah satu yang aku suka ceroboh adalah komen di page orang.
    dan aku terjumpa dialog antara 2 kawan baik.


    best kan permainan dia?
    kan?kan?


    shilake punya jantan