9.29.2009

cahaya aidilfitri

pada hari ahad yang lalu, saya telah pergi berjalan-jalan ke Selayang Mall. Saya pergi ke sana untuk membeli ubat ketiak yang sudah habis di Guardian Selayang Mall.
tiba-tiba!!

ok malas nak skema dah.

elok aku keluar dari guardian, nampak kat stage groundfloor selayang mall tu tulis cahaya aidilfitri.
dia punya aktiviti ada 2 je.
derma darah.
bollywood raya dance peformance.
kebetulan ada bapok selaku mc dah ready dengan mic speaker bagai dekat kiri stage.
lagulagu bollywood dalam cerita kuchkuch hotak kau, mohabbatein semua tengah dimainkan lah.
so, aku stay kejap. hehe
ok mari pendekkan cerita memandangkan aku online di cc yang beharga rm2.50 sejam.

1st and 2nd dancer dia biasabiasa je.
alah takat nampak perut, shake sana sini lepastu menari gedikgedik sambil kelip mata kat mamat yang berdiri sebelah aku lepastu mamat tu bergaduh dengan member dia cakap dia kelip mata kat aku lah! aku lah! aku laaaaa! wtf abaikan.
3rd dancer yang buat aku terdiam kelu lidah dan tak kelip mata. HAHA
bapok tu panggil si 3rd dancer ni baby.
dia menari, peh! lenggokk mengalahkan inul garuda.
itu ok lagi kot. part yang dia tarik penonton ke atas pentas supaya menari sekali dengan dia yang tak tahan tu.
dia suruh mamat tu peluk dia dari belakang. dia pegang tangan mamat tu suruh peluk perut dia ketatketat.lepastu mamat tu baring kat dada dia. lepastu dia peluk mamat tu. lepastu yang last dia suruh mamat tu kiss pipi dia. tapi time mamat tu nak kiss pipi, dia pusing pastu kiss lips mamat tu.
omg. admin blogspot please jangan hack blog aku macam kau hacked blog dzul.
gilalah si babi ni! eh silap, baby.
mamat tu suami orang kot. isteri dia siap dukung baby kecil kat bahagian penonton tu.
kalau suami aku dibuat macam tu memang aku dah bagi flying kick dah.
haha emosi lebih.
ok sambung.
yang dancer ke-4, 5 dengan 6 boleh tahan lah.
ada 1 dancer, wana kot nama dia. dancer ke 5.
pakai skirt nampak lurah punggung. i mean, memang nampak dah separuh punggung dia.
lepastu ajak sorang penonton menari sama.
mamat tu di suruh peluk dia dari belakang jugak.
punggung kau yang terdedah tu berlaga-laga dengan tangan mamat tu oi. HAHA.
geli sial. huh.
hello, persembahan itu di tonton oleh semua golongan termasuk kanakkanak ok.

aku rasa kalau semua penari tu masuk uji bakat untuk model majalah Manggis,
kompem lepas! dapat kad hijau straight dari stage 1 sampai stage 3.
alah takat posing2 tepi kolam, rambut basahbasah, pakai bikini kompem dorang dah expert punya.

lepastu ada final dance oleh semua penari, tapi aku blah awal.
tak larat nak tengok pakcik cina tu sangap dok khusyuk merakam.
macamlah aku tak nampak dia zoom part mana. ceh.

notasebelumbelah ; beyonce, pussycat dolls nak datang malaysia bukan main lagi kerajaan kenakan macam2 syarat tak boleh pakai itu ini. tapi apa kata kalau kerajaan betulkan dulu rakyat malaysia sendiri. oh ya. semua penari tadi adalah MELAYU yang terang tangtang beragama islam. harap maklum.

CAHAYA AIDILFITRI LAH SANGAT

9.26.2009

ini ringtone henpon saya

video

siapa tahu ini lagu apa?
hauhahaa.
lagu ni sangat feymes.
siapa yang tak tahu, itu bermakna zaman kanakkanak anda sungguh sangat dan terlalu menyedihkan.
aku ingat lagi cerita ni selalu dimainkan di tv 2, di bawakan oleh apollo.
dah lah sedap, lepastu apollo memang suka bagi rancangan kartoon yang best2.
(mintak2 ada CEO apollo yang baca blog aku ni lepastu dorang offer cek rm10,000 pun cukuplah sebab dah tolong promote output dorang)
sampai sekarang aku suka gila kat apollo yang batangbatang tu, ada 3 batang dalam 1 plastik.
harga dia 1 tu rm0.20 je.
muraa woo muraaa.
lagi satu jajan apollo yang best kek coklat dia. plastik kaler kuning. harga rm0.30 je.
dulu masa kicikkicik selalu kejar babu jual jajan naik motor capuk bawak tong biru kat belakang sebab nak beli apollo ni.
tapi babu tu selalu bagi aku free sate ikan.
alaa, yang cucukcucuk kat lidi tu.
sekarang ada jual kat billion harga seplastik rm1.00 dalam dia ada 10 cucuk.
lagi 1 babu yang aku ingat babu jual roti. dia selaluuu berhenti depan rumah aku even mak aku tak panggil dia pun time tu.
dia berhenti sebab aku selalu jeritjerit panggil dia masa dia dah jauh ke depan.
so dari dia kena patah balik, baik dia berhenti awalawal dulu kan.
tehhehehe.
entah mana dah 2 orang babu tu.
last aku nampak, babu jual roti tu 2 tahun lepas kot.
dari perut dia yang boroi masa umur aku 5 tahun,
sampailah badan dia susut jadi kurus sangat masa umur aku 17 tahun.
mungkin dorang dah tak ada kot sekarang.

aku tahu aku merapu. dari cerita pasal lagu ke jajan apollo ke sate ikan lepastu pasal babu.
layankan je lah!

9.25.2009

eid (kawan)

esok kumpul kat masjid pukul 8 pagi. budak lelaki pakai baju melayu, perempuan pun sama.
mesej dari adam pendek.
tak nak. aku nak pakai bikini.
aku reply.
eloklah tu. sorang nak pakai bikini, sorang lagi taknak pakai baju langsung. tolonglah wei, korang takde shape yang menarik. keding je. shape macam umi baru tiptop.
adam reply laju.
sial lu.
aku reply laju jugak.
..
peringatan sekali lagi. esok pukul 8 pagi kat masjid.
sampai 2 kali mamat tu hantar mesej kat aku.
ye!!!!
aku reply lagi.
ceh. ingat aku bangang sangat ke tak fahamfaham mesej 1st kau.

esoknya.

hai korang!
shax dan supi menyapa mesra tanpa riak muka bersalah pada umat yang sedang berpeluh berkumpul menunggu di masjid.
pada pukul 9 pagi.
tapi adam baik. tak marah pun. sebab dah faham sangat dengan perangai 2 orang kawan baik dia.
PADAHAL AKU TAHU KAU MENYUMPAH-NYUMPAH DALAM HATI.
hehe

so, here comes the photos

kami pergi dengan 1 2 3..
5 kereta dan 4 motor.
meriahkan? hauahhaa.
ceh padahal muatan ciput je

aku tahu puasa sebulan so tak boleh nak buat maksiat.
tapi aku tak sangkalah tahap ke'sangap'an kau sampai macam ni sekali.
kadangkadang, aku terfikir macam manalah aku boleh ada kawan spastik macam kau.

mini cooper!!
HAUHAUAHHAHAHA.
ok tumpang posing je.
T.T

utamakan keselamatan
:)

3 kawan. 3 blogger.
shax yang baik lagi sopan
supi yang tak berapa baik dan kurang sopan
zaki yang tak baik langsung dan tak sopan
gambar ni tipu. aku tinggi do. aku tinggi.

seperti yang tertera
dan

setiap rumah ada heavy meal.
mi goreng, lontong, nasik, udang masak kari, sotong masak merah, sambal belacan, tempoyak, nasi lemak, bihun dan macammacam lagi.
bukan aku tak bersyukur dikurniakan kawankawan yang pemurah lagi baik hati.
mintak mak masingmasing sediakan makanan untuk kami kami ni.
TAPI
kalau dah pergi lebih 10 rumah lepastu setiap rumah ada hidangan yang mengiurkan tu,
celah mana nak sumbat lagi.
perut aku sangatsangat full.
kain baju kurung yang aku pakai mulamula longgar,
end of the day jadi muatmuat pulak dah.
nampak sangat keboncetan perut aku semakin bertambah,
sampai sekarang aku sakit perut lagik. isk.

kesimpulan ;
sangat best. thanks semua

9.23.2009

eid (family)

wajah kesayangan hamba :)
dik, even kau selalu tarik rambut akak, lempang muka orang tibatiba, cakar pipi, cubit lengan orang, buat gaya nak peluk dengan penuh kasih sayang tapi sebenarnya kau gigit bahu akak. tapi takpe. akak maafkan.
akak tak kisah CECEH PADAHAL SELALU BALAS BALIK DENGAN KEJAM sebab kau kan adik akak.


'sayang minta maaf ya bang'


kenapalah sepupusepupu aku kicikkicik belaka..
isk isk


oh. sebab aku punyai PAKCIK sekecil ini.


sepupu aku paling besar. besar lah sangat. ceh


nenek kata 'cucu saya bagussss!'
cucu dia? siapa lagi? sayalah!


emak atuk. nenek ayah. moyang saya

oh entry ni memang bosan bagi korang sebab penuh dengan gambargambar family aku yang buat korang akan cakap peduli hape aku bukan aku kenal pun atau korang mesti cakap bapak bosan budak ni macam aku kisah sangat je family kau tu.
HAHA. dan aku akan jawab balik suka hati gua lah, ini kan blog gua. =P
tapi sekarang memang musim orang letak gambar raya tayang baju baru selipar baru kereta baru makwe baru kat laman worldwideweb seperti facebook. myspace tagged dan blogspot kan?
so let me be one of those.
ala tapi takpe. gambar ni tetap boleh mengundang cemburu di hati siti nor shamsiah, sepupu aku yang berada di indon. mana gambar raya kat blog kau ti? salam dengan nenek atok, main mercun, bunga api semua? paling penting, dapat duit raya. ada ke? ada ke? muehehehe.

ok. raya dengan family 1st and 2nd day cukup.
family aku tak besar mana pun. TAPI
raya dengan kawan belum habis lagi.
hihi. banyakk part kalau dengan membe ni dari perak ke kedah lepastu penang kemudian pahang hatta kelantan pun ada and then balik ke selangor terus ke johor dan melaka.
HAHA SHAX PENTIPU.
nanti aku nak upload jugak lepastu korang mesti cakap eleh macam dia sorang je raya ramairamai dengan kawan. dan aku pun akan cakap balik sukati ah blog aku.
thehehe

9.20.2009

letup dan laju

bayangkan kalau anda tengah sakit perut akibat terlalu banyak makan rendang, ketupat, lemang, ikan bilis sweet sour, dan juga dodol.
lepas tu sakit perut.
anda pun pergilah larilari manja menuju ke tandas.
sedang khusyuk dan berusaha mengeluarkan 'itu',
tibatiba dengar bunyi mercun bola meletup.
maksud disini.
mercun tu meletup betulbetul diluar tandas.
disebelah dinding.
oh ya, tandas kampung kan. so dinding dia memang kayu je.
oleh itu,
apa perasaan anda yang sedang berusaha tangga kejayaan itu?
adik saya yang jadi mangsa keadaan berkata,
dia terus menjerit dan terkeluarlah perkataan seperti b***, f*** face, s*** dan sebagainya.
namun dia juga turut mengucapkan ribuan terima kasih kerana hasil dari letupan itu,
dia tak perlu meneran neran lagi dah.
letup je terus laju luncur licin keluar akibat terkejut.

kata si pemangsa ; jimat masa dan tenaga.

p/s ; ada orang online ka?

9.19.2009

mengapdet

sampaisampai kampung je abang aku dah ada.
so rembat balik laptop and rembat sekali berodberan celcom dia.
tapi lembab nak mampuih.
so bila cik mi datang,
pergi terjah kereta dia dengan muka tak malu lepas tu rembat berodberan meksis dia.
dapat pun online!
huahahhaa~

oh. rabu hari tu pergi Ou dengan mak.
dann dann dapatlah satu malindi!
yeahh. miahahhaaa.
ok sumpah tak bangga.
T.T
tibatiba rasa menyesal gila beli crocs.
macam buruk je. bukan taste aku kot kasutkasut flat cenggitu.
rugi woo. tapi takpe ah.
nak wat camne. pakai jela.
iskisk

aku takde baju kurung baru tahun ni.
sekian.

happy syawal!

9.15.2009

entahlah

tadi dah salam cikgu2 ucap selamat hari raya maaf zahir batin dah.
rasa macam dah lepas stpm je.
isk isk.
aku dah start

cutiiiiiiiiiii!!!

hunggah! hunggah!
huahuahahahahahauahahahhaha!!
syoknya!syoknya!

esok hari rabu.






lagi syokkkkk.

syiokkkkkkkkkkk nyewwwww!


**internet cc ni cam palat. nak upload gambar pun macam sipot sedut.

9.14.2009

tak menyabor

counting days.

cepatlah rabu. cepatlah rabu.

hehe.
hahaaha!
mhahahahah.!!
miahahaiahahiaa!!!
muahhahahahauhauh!!!!
huahuahgaygaugauhahuahahua!!!

9.11.2009

badddddddd day. again

khamis

10 sept 2009

2.30 pm


Misi 1 = ambil resit pos kat mak


‘ mak, dah sampai lobi bawah ni’


“naik terus. Kejap lagi mak ada mesyuarat. Tak boleh turun.”

Si anak dengan setia berjalan menuju pintu masuk hospital, namun di tahan oleh pakcik jaga.


"dik, dah pakai baju sekolah pun tak boleh nak baca ke apa tulis kat papan tanda ni?"

Pakcik jaga bersuara kasar.


Masa melawat

12.30 – 2.00 pm

5.00 – 7.00 pm


‘tapi.. tapi.. saya bukan nak melawat orang. Saya nak jumpa mak saya. Dia kerjaa kat..’


"kau ni harap belajar tinggi, tapi otak udang jugak ke? Dah tak boleh tu tak boleh lah!"


Amboih? Yang muda dikasihi yang tua di hormati lah pakcik

Aku menjawab dalam hati.


Henpon dikeluarkan. Nombor mak di dail.

‘mak, ni haa ada pak cik jaga tak bagi naik!’

Sengaja suara di naikkan 15 oktaf. Bagi pakcik jaga tu dengar.


Pakcik jaga jeling. Aku balas. Dengan penuh tawaduk, aku melangkah ke satu sudut. Setia menunggu si emak.

10 minit main jelingjeling tak puas hati kat pakcik jaga.


‘syikin, what are you doing here?’

Aku menoleh. Dr. Richard menegur.


‘ouh doc. I want to see my mum but that jaga won’t let me in’

Sekali lagi. Sengaja aku kuatkan suara. Pakcik jaga pandang doktor, muka cuak.

Dr Richard tersenyum.


‘ why don’t you use the lift? Lif kan takde siapa jaga?’

Dr. Richard bagi idea bernas.

Aku menoleh ke kiri.

Alahai bodohnya kau shax! Sibuk duk bertengkar dengan pakcik jaga depan pintu, lif tepi tu bukan ada orang jaga pun.

Aku tersenyum menang.

Pakcik jaga muka merah kehitam-hitaman tak puas hati.


‘thanks uncle!’

Dengan riak dan ketawa kemenangan aku melangkah masuk dalam lif.


-misi berjaya-


Misi 2 ; ambil barang di pejabat pos


Dari hospital pergi warta. Lebur RM6 bayar tambang teksi. Sampai di pejabat pos warta.


Pak cik pejabat pos warta kata ;

“Dik. Barang ni kena ambil kat pejabat pos selayang baru.”


Aku yang tak lepas lelah lagi hanya terkedu.

Selayang baru?

Ah, takpe takpe. Sabar. Puasa.

..

Lepak duduk tunggu bas di warta.

Telan asap dah rasa macam minum coke.

Sampai di pejabat pos selayang baru.


akak pejabat pos selayang baru kata ;

"Dik. Barang ni kena ambil kat centre dia. Kat Gombak."

Akak tu berkata tanpa rasa bersalah.

‘akak, make sure sekali lagi please. Takkan Gombak kot?’

"betul dik. Kat Gombak. Bukan pejabat pos sini."

‘tapi orang kat pos warta kata ambil kat sini?’

"salah la tu. Ni ambil kat Gombak je. Tak ada kat tempat lain."


penat aku menapak..

Speechless.

I need someone. Fast.

Handphone dikeluarkan.


aku nak ambil baju yang aku order kat blogshop hari tu. Aku pergi pos warta, orang tu kata kat pos Selayang Baru. Ni dah sampai selayang baru, dia kata kat Gombak pulak. Babi do, babi.. aku penat..


Message sent to supi.

Message sent to meen.

Message sent to mija.

Message sent to daus.


Sambil taip mesej sambil nangis dengan ikhlas.

Ya, nangis sebab terlalu marah dan geram.


1) Balik sekolah naik bas pergi warta.

2) Dari warta naik bas pergi hospital.

3) Kena maki dengan pakcik jaga.

4) Naik teksi pergi pejabat pos warta.

5) Oh! Dia kata barang saya ada di pejabat pos selayang baru.

6) Naik bas pergi selayang baru.

7) Oh! Barang saya ada di pejabat pos Gombak rupanya.

8) Naik bas dari selayang baru balik warta.

9) Dari warta naik bas balik rumah.


Sampai rumah jeritjerit nanyi lagu terima saja dengan penuh perasaan.

mandimandi sambil nangisnangis bengang marah cilake haramjadah lepastu tidur sampai buka puasa.

9.10.2009

merdeka yang HELL

anggap jelah aku tersepit di celah pintu tandas tersekat sampai berminggu-minggu takde orang tolong lalu tak boleh mengonlinekan diri.

no blogging.
no myspasing.
no facebooking.
no restaurant city-ing.
no mafia wars-ing.
no barn buddy-ing.
no farm ville-ing.
no pet society-ing.
no ym-ing.

ceh.
malas nak taip sebab munasababnya.
buat sakit hati.

aku habis exam kang nak buat apa kat rumah?
cis.

cencurot!
beta perintahkan tuan hamba untuk menyapu sampah di blog beta sepanjang ketiadaan beta nanti.

hehe

9.08.2009

im busy-girl ok

esok exam mikro.
lusa exam makro.
tulat exam muet.
sabtu qada' tidur.
ahad begitu jua.
isnin pengajian am.
.merdeka.
selasa start ponteng sekolah.
rabu pergi merayau dengan adam dan supi.
khamis tidur kepenatan di rumah.
jumaat datang sekolah balik.


bizinya!

9.06.2009

ini dia jeritan lahir dari zahir batin

hari tu.
dalam monorel. on the way pergi ts.
tahu jelah monorel sendat padat ketat macam mana.
tolaktolak rabaraba dan akhirnya aku berjaya menempatkan diri di atas kerusi.
fard santai di tengah2 kumpulan awek cina. dari jauh dah boleh nampak hati dia yang riang lompat tarian naga.
kanan aku - awek gothic yang bertindik 3 di kening, 1 di hidung dan 1 di bibir pinknya. oh bila dia selak rambutnya, terdapat juga 3 tindik di cuping telinga. itu baru telinga sebelah yang aku nampak. yang lagi sebelah tak tahu macam mana rupanya. tak lupa juga celak mata yang serupa gerard mcr. dengan kasut bum cover tengkorak, seluar skinny dan kemeja petakpetak dia. dia hot. itu yang dia fikir mungkin.
kiri aku - seorang mamat bangla bersaiz bigshow yang memakai baju t-shirt warna coklat, lengan stail babytee.

aku toleh kiri. duh!
cukup. tak sampai 2 saat aku toleh kanan.
si awek gothic perasan mungkin aku nak curi dia punya anting-anting di telinga, dia usha2 aku balik.
eleh.
aku toleh kiri balik.
perghh! tak tahan.
aku pandang depan. tapi takleh lama.
ada freeshow. tak pasal aku kena pelempang sebab sibuk hal bilik tidur orang lain pula.
aku pandang kanan.
awek gothic pandang tak puas hati.
last2 aku tutup mata. hambik! bukan aku nak tengok sangat pun kau.
aku tunduk. tengoktengok henset. masih lagi menusuk hidung.
aku toleh kanan balik. tolonglah jangan perasan wahai awek gothic! aku tak curi subang kau punya.
tapi dia tetap muka ganas. tak selesa muka aku ngadap dia.
tak tahan. lagi 2 stesen nak sampai jalan imbi,
aku bangun. bagi laluan pada awek nepal yang dari tadi duk ushausha kira masa bila aku nak bangun. dia tak sabar nak duduk sebelah mamat bangla tu mungkin.
aku menuju ke arah fard. muka dah kelabu jingga menahan muntah.

keluar je,
aku jengket, dan jerit tepat di telinga fard.
mamat bangla tu ketiak busukk!!
ya.dengan penuh perasaan.

hari ini.
bazaar ramadhan bandar baru selayang sangat meriah dengan kehadiran orangorang.
jam menunjukkan pukul 6.50pm.
akibat penangan termimpimimpi keindahan dan kesedapan tak lupa juga kenikmatan setiap bait murtabak masuk kedalam mulut, aku gagahkan diri menyerbu gerai pak udin.
aku selitselit. orang ramai aku tak pedulikan.
5 minit menunggu. dalam kelompok manusia.
muka kembali hijau. mual. tekak kembang.
bau hari tu!
aku usha sekeliling.
-____-
ya. shakinah dikerumuni mamatmamat bangla yang berhajat ingin membeli murtabak juga.
ingin saja aku lempiaskan hajat di hati ke muka mereka.

lu busukk tahu??

namun perasaan kemanusiaan masih lagi wujud.
aku hanya luahkan di dalam kereta, di depan mak dan acha.
mak menahan penamparnya akibat terkejut dengan jeritan aku secara tibatiba.

persoalan mulai timbul.
1st , mamat bangla memang mempunyai sebuah ketiak yang sangat busuk kah?
2nd, adakah iklan dedoran rexona dan nivea kurang popular?

9.05.2009

main tulis saja

1st time aku takde idea nak tulis apa.
heh. before ni cam banyak gila benda nak merapu.
sampaikan kadang2 tengah lepak tunggu bas pun ada idea nak cerita.
lepastu balikbalik rumah terus je tulistulis. konon taknak bagi lupa.
ceyt~ teruk betul.
tadi. pukul 3 lebih.
ada call masuk. dari nombor yang aku tak kenal.
aku angkat setelah 3 misscall tak berjawap akibat kilang proses pembuatan tahi mata yang semakin maju.

'hell-o?'
sengaja aku bersuara sesarcastic mungkin.
" you're my hunny bunch sugar plump umpy upmy upmy upmkin, you're my sweeti pie"
di hujung talian terdengar suara ala-ala sugarbabes tak jadi menyanyikan lagu strawberri shortcake-ke-hape-tah-aku-tak-ingat.
'who the hell are you?'
"2 sec.."
dia sambung menyanyi
"semalam i call you, you tak jawab. you kata you keluar dengan kawan you.."
'stop it idiot. dah la salah lirik, suara macam kodok tercekik lalat. siapa ni?'
"EKEKEKEKEKEEKEEE"
sumpah dia gelak macam syaitonnn
'jangan gelak do.ngeri aku dengar.'
"shax this is me lah!"
'demi lavato?'
"JD"
'oh. hidup lagi kau rupanya..'
"setan kau shax! EKEKEKEKEKEKEE"
'please stop laughing bitch. im begging you'


-and the rest is history-
aku rasa lain kali nak record suara dia gelak lepas tu letak kat sini.
biar semua yang dengar join aku mimpi ngeri sama.
ok baru 5 minit lepas dia call aku. lagi.
"shax, nak dengar tak aku buat konsert untuk student aku?"
'aku cakap tak nak pun kau nyanyi jugak kan?'
"EKEKEKEKE~ ok. dengar ye. 2sec.."
..
"hippii bippi yeehawwww! yeehaww! hippi bippi hippii yeehaww!yeehaww!"

genap 1st line jampi serapah tu menyentak gegendang telinga aku,
punat merah ditekan.
kira ok lah kan aku tahan untuk dengar yang 1st line tu?
tak tahulah dia still menyanyi or we-should-call-that-hippi-thing-bunyi-kucing-mengawan ke tak sekarang ni.
______________________


video ni takde kaitan dengan cerita di atas.
tengok hayley. paramore hawt!hawt!hawt!

macam bodo

entry before ni.
yang dah selamat di delete tu.
totally full of shit
tetibe nak emo.
haha
so,
siapa sempat baca,
abaikan
lupakan

hehe

9.03.2009

baca lain, keluar lain

peperiksaan percubaan bagi kertas sejarah malaysia & asia

target. yang aku baca.
-topik A
-topik B
-topik C
-topik D
-topik E

yang keluar. atas kertas periksa.
-topik H
-topik E
-topik N
-topik S
-topik O
-topik M
-topik L
-topik A

*wajib jawab 4 soalan
merah = lepas.
biru = sikitsikit.
hijau = redah
ungu = blacklist

kesimpulannya?

9.02.2009

tak tahann







































qada' tidur

9.01.2009

YANG KEDUA

nenonenonenoneno
canggih kan bunyi henpon aku?
tertera nama zaki papan

shax ; pehal lu?
zaki ; kin.kau buat pe?
shax ; study lah do. esok exam. asal?
zaki ; ouh. sorry kacau. ajar aku camne nak buat blog jap?
shax ; hensem laa kau! HAHA. kau pergi masuk blogspotdotcom blaa blaa cicak kubeng mati kena lenyek motor pak abu
zaki ; orait.thanks.
shax ; kau nak blog pasal pe?
zaki ; mat rempit. chow.
shax ; ho?

pendek cerita si zaki papan pun dah ada blog.

sedikit info tentang dia.

-digilai oleh JAMILAH DARUS.
-manja dengan neneknya.
-jatuh motor malam raya tahun lepas.
-jatuh motor depan aku beberapa bulan lepas.
-jatuh motor. jatuh motor. jatuh motor. tapi soroksorok luka dari nenek.
-dari form4 sampai lower6 tak pernah tak ponteng kelas. mesti ponteng! sekarang kat poli aku tak tahu.
-pernah lari dari jauhjauh lepastu lompat dan kaki dia landing baik punya atas kaki aku. menyebabkan gegaran di tulang kaki milik shax. cerai 4 bulan tak tegur.
-jadi tempat lepas marah shax dan supi. dia lepak je terima. lepas kitaorang dah cool down dia carut balik.
-keding,papan,suka cari gaduh,anak kesayangan mama Yusma & papa Ajis,palat dan bikin aku panas 38jam.
tapi
-pemidato terbaik.penghujah spontan.pembahas terbilang.pemantun gemilang.pensyair gilang-gemilang.pengutip A1++ dalam isu semasa,politik,wabak penyakit,karangan upsr,pmr dan spm.

trial! chow