11.30.2009

hari ni

lepas exam sejarah dengan mikroekonomi hari ni aku lepak kat atas bumbung apartment rumah.

nak cari ketenangan yang hilang kononnya.

aku pandang depan.
aku pandang kiri dan kanan.
aku pandang awan putih yang berkepul-kepul di awangan.
tibatiba aku teringat sesuatu.
aku dongak pandang ke atas.



dan ludah ke langit.





demmit.


p/s : blog bias punya pasal.
p/s lagi satu : aku tak reti letak link bila online guna hp.

11.29.2009

bersembang sama pakcik,makcik dan nenek gua

pakcik aku : 'kin,kau jadi pengapit aku nanti eh.'

aku : cantek!baju kau sponsor ye.hehe.

pakcik aku : tarahal.

makcik aku : selalunya sape jadi pengapit pengantin ni lepas tu dia pulak naik pelamin.

aku : betul ka?wahahaha..syok la gitu!

nenek : eleh!berangan..spender pun mintak mak belikan lagi.


lalu aku memblahkan diri.

ceh.potong aa nenek ni..

11.24.2009

susah

bilik exam sunyi.susah betul nak lepas kentut.kena lepas pelanpelan.kalau perlu, agakagak berbunyi kena sengetkan badan kiri kanan kiri dalam 5 8 kali.bagi kentut tu tersedot masuk perut balik.haih..

naik mengah menahan.




notabulukaki : 1st time apdet blog guna hp.aku taktau camne rupa entry ni.

11.21.2009

rasa nak menulis

aku dan anep dah lama kenal. boleh dikatakan dia kawan 1st aku sejak datang menetap di semenanjung tanah melayu ni.
aku kenal dia dan adik dia, ika sejak umur aku 5 tahun lagi.
dulu kalau blackout ke apa, aku, abang aku, anep dan ika mesti main kerem (aku tak reti nak eja) kat depan rumah. kadangkadang main soroksorok.
bodoh. main soroksorok waktu malam.
kena sorok dengan jenglut padan muka.
anep ni pasif. lembik.
banyak benda yang kitaorang belajar samasama.
dia ajar aku, aku ajar dia.
dulu, aku ajar dia main kasut roda. sampai lukaluka lutut mamat tu terseret dekat atas jalan tar sebab aku tarik tangan dia lajulaju.
dulu, aku ajar dia suruh berani tiup belon. heh. belon pun takut? kononnya dia takut kalau belon tu pecah, nanti meletup kena mata. jadi kalau ada sukan sekolah tiup belon sampai pecah, dia mesti yang pertama tarik diri sambil sorok dekat tepi longkang.
dulu, aku ajar dia berani pegang kucing. dia kata geli. amende tah. kucing punya comel tu dia boleh geli? aneh.
dulu, aku ajar dia main game. ok tipu sebenarnya yang ni dia banyak belajar dari abang aku. kalau main CS mesti aku menang. boring betul lawan dengan dia. tak mencabar.
tapi, dia banyak ajar aku juga.
dia pandai. jadi dia banyak ajar aku dari sudut akademik.
dari darjah 4 mami dia iaitu cikgu bahasa inggeris kat sekolah aku tarik aku dan anep masuk motivasi sana sini.
budak lain semua darjah 6, kitaorang berdua je darjah 4.
mami dia garang, aku tak berani nak belajar dengan mami dia.
so anep lah yang ajar aku. dengan mamat ni aku boleh bulibuli sikit. heh.
hasil pertolongan dia ajar otak aku yang agak lampi masa tu, kitaorang samasama dapat keputusan upsr 5a.
lepastu, dia berhijrah ke sekolah sains kat cheras (tak silap aku) dan aku pula ke sekolah sains kat perak.
duduk asrama, terpisah.
lagilagi bila keluarga anep pindah ke taman perumahan lain masa kitaorang 13 tahun.
raya tingkatan 3 dulu aku pernah pergi rumah dia.
ramairamai dengan kawan sekolah rendah yang lain.
tapi anep tak keluar. dia menyorok dekat dapur main PS2.
heh. dia dah hebat main game sekarang.
masa tu masingmasing dah besar, lama tak jumpa.
so sengihsengih je ucap selamat hari raya dari sebalik pintu sementara tunggu mami dengan daddy dia bagi duit raya.
daddy dia cikgu aku juga. tapi cikgu Jubri ni jenis cool je. berbeza dengan isteri dia, teacher shah jahan yang lebih tegas. biasalah, emak.

...

semalam, 20hb nov 2009. pukul 2 pagi.
zaki (sepupu anep) call aku. dia sampai kan berita cikgu Jubri dah pergi.
maksud di sini dah meninggal dunia.
sebab? sakit jantung yang tak pernah di ketahui oleh sapasapa.
lepas subuh, aku dengan family aku start bertolak balik kampung.
pukul 8.30 pagi, aku selamat sampai di rumah arwah.
aku tengok, teacher Shah Jahan tabah. Ika tersedu sedan menangis. Hazim, Hasif dengan Haziq cium daddy diaorang untuk kali terakhir.
isteri arwah dan anakanak semua ada. yang tak ada?
anep. dia ontheway balik rumah dari Uitm Arau.
masa jenazah dah sampai di tanah perkuburan, anep bertegas minta tunggu.
syukur, dia sempat tengok wajah ayah dia buat kali terakhir meskipun jenazah terpaksa menunggu hampir sejam.

p/s ; 1st time aku tengok jenazah depandepan mata. jadi, efek dia lebih sikit.

teacher, harap tabah.
anep, live your life.

ya Tuhan, tempatkanlah cikgu di kalangan orangorang yang beriman.al-fatihah

11.12.2009

plis plis plis kamu jangan nakal ku pergi sebentar bukan tuk curang

amaran keras ; abaikan tajuk diatas

tujuan gambar ni diletak ; poyopoyoan

bila adam reply mesej yang aku hantar kat dia pukul 8pm, dia reply pukul 3.30 pagi. dengan alasan dia tak perasan mesej masuk sebab tak tengok handphone langsung.
itu bukan perkara biasa. sumpah bukan perkara biasa.
bila baru 2 3 kali berbalas mesej dengan sufi, lepastu dia kata 'ok.got to go.nak study'.
sumpah ianya amat menakutkan.
bila fad hantar mesej pukul 4 pagi tanya dah hafal revolusi 1911 dan 1932 ke belum.
itu. itu cukup buat jantung aku dup dap dup dap.

tapi,

bila JD call aku pukul 10malam nak ajak aku temankan dia shopping di The Curve, sambilsambil tengok pisau cukur dan makan gelak tawa di McD.
..
itu. itu memang menempah kain kapan dari aku.

grr..

ok. sumpah ni last online. online pun duk belek dia ni punya blog.
blog cikgu tu lagi menakutkan aku doe.

sumpah takut. takut sangat woo. taknak laa ulang stpm macam spm. kalau boleh nak la result kali ni macam upsr dulu. macam pmr ke. tapi tolong taknak macam spm.
berapa spm aku? HAHA.

tujuangambarnidiletak ; rasa macam kepala kena bebat.

sooooo...
seperti biasa, semua calon yang nak pekse mesti mintak maap bagai.
saya disini dengan rendah diri dan sopan santunnya nak mintak mahap.
HEHE.
ok siyes. sorry ah pape. doakan aku dapat jawab dengan cemerlang gemilang dan terbilang.
hauhahaaha.

oh sebelum terlupa

saja nak letak gambar aku dengan ketinggian 168cm neh.
muahahhaa.
..
ok ok mintak mahap balik sebab sajesaje riak.
macam tinggi sangat. ceh.


ok. saya permisi untuk berperang duluuu!



babai babai

11.10.2009

aku tak kira!




kenapa aku baru tau??



aku nak join ini jugak woih



banyaknya blog yang dah private.
banyaknya blog yang dah unavailable.
banyak jugak owner blog yang buat blog lain tapi tak dedahkan identiti.
tapi aku tahu sape.
hihi



shakinah cakap ; jum ohdinasor! haha. kemain banyak nama aku kat blog kau eh. nah aku pulun banyakbanyak nama kau pulak.

paiz.paiz.paiz.paiz.paiz.paiz.paiz.paiz.paiz.paiz.


p/s ; sorry blogger tak sempat nak usha blog sorang satu. abes je stpm aku qada'! janji.

11.06.2009

ajaib

bila mak aku offer nak sambung balik internet

aku jawab ;




jangan mak! tolong jangan sambung sekarangg! orang merayuu kat mak!! jangannn.. plisssssssssss!!! mak buat lah apa pun tapi jangan sambung internet sekarangg.

11.03.2009

sambungan entry before ni

maaf ye sayang. ai bizi sangat sampai takde mase nak bersihkan bodi you.


setengah jam lepas tu

TADAA!


ehehe. ok ok yang tadi tu selingan.
ini entry sebenar.



jeng jeng jeng


hasil berlatih selama 2 jam (eleh. sebenarnya setengah jam je) melalui panggilan video bersama aleena syazmeen (guna handphone emak agar kredit saya tidak terusik)
saya, SHAKINAH tak terpeleot punn time ambil sijil kat stage masa graduasi tu.

maiahahhahaha!

sukanyerr ai! sukanyeww.

kejayaan terbesar di abad ini!
tepuk! tepuk!

....


notapalingtahi ; tadi aku buka emel. ada emel dari p1 wimax. dia tulis bil terkini aku RM192.80. !@#$! dia! last bil aku rm98 je. lepastu dia dah potong dah internet aku. huh. mana datang sampai beratus tu. tahi! tahi! hilang mood.