12.29.2009

dah nak masuk puluhpuluh dibelakang umur saya

tahun 2010 nanti menyaksikan umur aku naik lagi 1 tangga jadi 20 tahun. heh. dah takde belasbelas dah kat belakang. memanglah 21dec nanti baru genap 20 tahun, tapi orang selalu kira by year je kan. kira masuk je 2010 umur terus dah kira 20 tahun. tak suka dowh!

umur dah meningkat, perangai kena makin matang. dulu boleh naik motor sambil supi geletek pinggang aku lepastu masuk parit kat belakang Satay Hut. kaki aku tersepit kat dalam parit. supi mulamula je poyo muka pucat, lepastu dah bantai gelakkan aku. tapi kalau perangai orang matang, dia kena bawak motor elokelok. kalau nak cilok sebelah Toyota Camry sekalipun kena minta izin dulu. takpun nak nampak lebih matang, bawaklah kereta terus. nampak kaya sikit. ceh tak ah. tak pun, dulu boleh buat video miming depan pintu kelas lepas semua orang dah balik. lagu Agnes Monica - tak ada logika sambil menari gaya Beyonce. lepastu aku yang masa tu naif lagi hantar video tu kat Ijam. memalukan bila fikir balik. -___- takpun dulu pernah hantar video main gitar sambil nyanyi lagu besday dengan penuh kegembiraan bagi kat Ijam & Supi padahal masa tu chord G pun aku taktau menatang apa. kalau orang matang, kena belajar dulu baru repeat buat balik video tu. heh. tak de ah nak repeat dah sekarang gitar takde.

dulu suka warna hitam sampai kat closet penuh baju kaler hitam je. tapi dah matang kena tukar jadi warnawarni kalau boleh warna pelangi lebih afdal.

ok seriyes.

tahun 2010, otak ni kena bagi anjakan paradigma sikit. bagi matang. bagi fikir jauh sampai selat china. bagi fikiran positif. jangan duk fikir negatif je.

tapi satu yang aku susah nak ubah. benda ni walaupun macam mengarut, tapi selalu datang. dan buat aku rasa down. tahap konfiden automatik turun jadi -5%

--> aku selalu rasa orang benci kat aku.

HAHAA~

ok tak fani. mungkin betul. ramai benci kat aku sebab aku jahat.

tapi..

jangan lah smorang do. sedihlah aku..

- perasaan macam tu kira tak matang jugak ke?




ai

hari ni 1st day ai kerja.

dulu, nawaitu ai nak kumpul duit banyaknbanyak untuk sambung belajar bulan tujuh nanti.
dulu, niat ai nak tolong mak beli barang dapur tiap hujung bulan.
dulu ai ada terlintas juga nak belikan susu Lactogen untuk adik kecik ai tiap minggu.
dulu pun ai ada terfikir nak supply susu Anlene untuk atuk nenek ai supaya tulang mereka kuat.

tapi dulu laa.

apakan daya. ai manusia biasa.
perempuan yang ada 9 nafsu.

mana nak sapot baju bundle ai lagi.
mana nak beli kasutkasut secondhand lagi.
mana nak beli jeans cap ZORO lagi.
lepastu tudung kat masjid india.
lepastu wayang tiap hujung minggu.
tambah pula skill bowling ai yang perlu diasah.
tak masuk lagi nak bayar internet straight untuk setahun punya connection.


haih~

12.27.2009

mungkin mak penat sangat. sebab tu dia lupa..

masa ; 1.00 petang
tempat ; R&R Pagoh
 
lepas pekena Nasi Ayam penyek, tibatiba mak bagi aku duit suruh tapau Nasi Ayam 3 Rasa satu. aku tanpa banyak soal pergi kedai Nasi Ayam Pelbagai Jenis kat kedai hujung sekali tu untuk laksanakan perintah sang ibu.
 
lepas dah beli nasi ayam tu aku tanya mak.

aku ; ni beli untuk siapa ni mak?

mak ; untuk Yan. dia mesej mak cakap lapar.

.....

aku ; mak.

mak pandang aku.

aku ; sekarang kita kat Pagoh. Kita ada beratus kilometer lagi nak tempuh. berejam lagi nak sampai Selayang. kenapa nak beli nasi ayam ni sekarang?

mak ; aah kan?

12.25.2009

sorry aa Hazri penang. aku rasa aku yang paling lambat update pasal Genting kot. haha

panjang gila tajuk entry ni? heh.

ok. umum dah tau dan banyak juga yang dah jeles dengan kejayaan fhad, ian dan kak effa buat blog gathering kat Genting tempoh hari. tempoh hari? haha!
sumpah kami melalui masamasa yang sangat seronok dan mengenjoykan!
apakah lahanatnya ayatku ini?
entry yang best bila sorangsorang blogger tulis pendapat dia pasal blogger yang join gath hari tu. ni bukanlah nak judge ke hape, just pendapat dan pandangan tentang blogger yang join menatang uh.
:)
so aku pun nak buat.

1st) our one and only = LUMUT!
dia best. serious best dan sempoi gila. tapi aku sedih doo kau tak cam aku! kat mamak tu dia boleh salam aku and say hi lepastu blah camtu je. rasa nak sekeh kau dandan tu jugak. =P but, your the best rakan blogger laa. gila humblee woo. last, aku tak sangka kau sebaya aku. :)

mulamula aku malas tegur kau. heh. tapi start beratur kat skyway tu kau pedajal aku lepastu suki bekapkan laa hape. time tu macam dah ok dah. hheh. tapi sumpah aku terkejut do umur kau 25! ingat baru 16. ececeey. k CC aku dah puji kau. mana eskem aku?

ni dia miss Lawyer kita!. hoho. gila respek kat akak. humble gila dow. tak banyak sangat bercakap ngan kak hanim ni sebab dia asyik berkepit dengan kak Yam je. heh! adik si 0 ni beb. jangan berani kacau. =P

4) kak Yam
ok ni lah satusatunya blogger yang join gath tu tapi aku belum jumpa lagi blog dia. kak Yam nampak alim. serious masa 1st time jumpa cam segan la jugak. tapi lamalama bila curi dengar dia bersembang dengan kak Hanem boleh tahan juga mulut dia woo! haha.

5) maira
antara blogger yang terawal tegur aku dengan supi. 1st yang aku dapat tangkap, minah ni atas bawah pakai ROXY. haha. cun. sumpah! kecik je. heh. dia dengan CC je kot blogger perempuan yang bawak DSLR.

6) wanie
dia lambat datangg! haha. kat mamak semua orang dah habis makan, tapi wanie still mengunyah roti canai lagi. heh. pun jarang bercakap dengan dia ni. tapi humble je. suka! :)

7) azza
aku taktau pulak dia join gath ni sebab masa aku usha kat blog fhad haritu nama dia takde. heh. tapi 1st time nampak dia kat KL Central hari tu dah tau dia ni sapa. coz selalu kot usha blog dia dulu. sweet je budaknya. tapitapi aku tak puas hati 1 benda. DIA LAGI TINGGI DARI AKU. woo~

8) kak effa
one of the organiser. heh. budak pandai ni. best dengar cerita dia sal dia pergi US hari tu. heh

9) supi, suki & meen
korang sape??

haha.
ok ni membe yang aku heret samasama join blog gath ni walaupun suki & meen tu bukanlah blogger. aku kenal suki dan supi dari darjah 5 lagi. dari musuh entah macam mana jadi sahabat sejati. ececeyy. haha. meen pulak jadi membe aku sejak form 4. ok the rest is history. cerita pasal mangkuk 3 ekor ni mau sampai 5 6 entry.

10 ) fhad 
the best organiser ever! haha. aku banyak susahkan kau do. dari start nak join gath ni, pujuk kau suruh postpone tarikh last payment tu sampai laa kau terpaksa bertapa tunggu kitaorang berempat kat outdoor sorangsorang sementara yang lain dah sampai KFC. honestly, aku respek kau gila babi. haha. humble je. lagi satu masa kat KL central. aku perasan sebenarnya yang kumpulkumpul kat depan scalator tu budak blog, tapi aku segan nak tegur. tu la pasal aku call jugak kau even kau dah ada kat depan mata. haha.

11) i-an ( aku tak reti eja nama kau la)
best buddie fhad. aku tak pernah kot tegur kau? haha. segan doe. tapi aku suka rambut kau. sama macam rambut adik aku. kerintingkerinting bulat. hehe

1st nampak kau je aku terus imagine ex-bf supi ; tutang. haha. sama doe. just kau ni tinggi lampai si tutang uh rendang je. suki minat kau. haha. dan aku bercakap dengan kau sekali je. tu pun kau tanya aku blog mana. heh

13) jalaks
suara dia sedap. sumpah sedapp! gemersik gila. heh. muka familiar do. taktau mana aku selalu nampak kau. tapi aku nak say thanks to kak Hanem sebab main petik nama kau suruh nyanyi lagu Ziana Zain tu. heh. sedap. sumpah.

dia ni memanjang muka merahhh je. rase nak tumbuk. haha. tade ah. dia ni mulamula aku tak tegur sangat. tapi bila dapat 1 gondola yang sama, lepastu cakap pasal nak pakai baju blog tanpa seluar di bawah, sejak tu macam dah banyak cakap dah. aku simpan lagi kad kau bagi tu. cuma nombor yang tertera aku tak terdail-dail lagi. heh.

15) HBZ
dia ni.. haha! penat aku dengan supi cari budak ni. sebab masa keluar list name yang join gath kat blog fhad dulu, hampir kat semua blog dia tinggalkan pesanan kat chatboz dengan ayat ' saje jalanjalan. nak kenal sebelum pergi blog gathering kat genting nanti.' thanks hadiah pemadam api tu weh. boleh lap hingus hijau aku. haha. oh ya, dia ni kelakar gila babeng. senak perut aku gelak. rase nak tinju dia lajulaju.

aku tatau nama kau. heh.aku rasa berapa kali je kot bercakap dengan kau. heh.tapitapi sungguh aku tak puas hati yang kau tulis pasal aku kat blog kau tu. kat entry ni. haha. ni mesti ada something ni.. cobaan untuk buat aku perasan kah? never!.haha.

penang marii! heh. 1st, sorry la bro main guna aku kau je masa 1st time tegur. sumpah taktau bro ni dah 'dewasa'. haha. iye ah, muka muda je kot. tapi, memang the best photographer lah. cun gila gambargambar yang bro tangkap uh. oh ya, saya dah siap curik dah pun. trimas. hehe. tapi saya juga tak puas hati dengan entry bro yang latest tu. -___-". kutuk aa kutukk. tacing aa camni!

haha.


18) Jen
budak ni macam lalat lawak dia. haha. skandal CC do. jangan kacau. walaupun kepalatan dia melebihi tahap maksimas, tapi siapa sangka dia ni budak UIA. budak engine eh? ke archi? tah aku lupa.

19) siv
dia datang lambat. sekali dengan jalak & beskot. aku bajet korang bertiga ni memang membe sejak lahir, rupanya membe dari blog. siv ni sempoi gila. boeh kautim buat lawak lucah bersama supi. haha! sumpah aku tak dapat lupa kisah dalam bilik tu.

dia ni lagi sorang. buat aku senak perut 25jam. haha. one word ; best.



aku dah penatlaa.



21) si kosong
mamat ni kreatif maut. dia laa yang buat forum blogger-tegar tu. aku macam nak curik je hadiah yang kau bagi suki tu. cantik gilaa do!

22) razman
dia officially dah jadi balak azza. haha. ok. mamat ni antara yang terawal juga aku jumpa, tapi tak bertegur. heh. balikbalik rumah je aku buka baca blog dia.
-_____-
bapak lawak do! benci kau! terbelit usus aku. hahaaa. baca laa blog budak ni sendiri.

23) yelo
pun aku jarang bercakap. heh. tapi aku tau kau minat supi. haha! last nak balik tu sempat gak kau ambil nombor supi eh. oh ya, aku ingat kau pakai subang kat telinga. sorry laa. sumpah aku ingat benda kat telinga tu subang. bila usha betulbetul, rupanya tahi lalat. ampun yelo ampun!

dia orang 1st tuduh aku polarbear. isk isk. aku eskimo laa bro! dia ni datang lambat gak. tapi respek ah kau penat balik kerja still sudi nak join gath tu. tabekk hormat!


25) lokey
dia ni pun macam.. babun.. haha. ok ok sorry. tapi lawak dia tak boleh tahan laa. kalau gelak sampai rasa nak pulas pusat orang sebelah.. selamba dia je nak cakap apa. dah laa tak reti mengaku kalah! masa lepak kat KFC tu semendang je aku mengaku kalah kalau lawan cakap dengan dia. padahal dah terang lagi bersuluh dia salah. huh. haha. tapi dia best. :)


budak yang duduk kat mamak sebelah aku. haha! bila dia sebut je YOBSUMO, aku terus cakap 'ohh tau tau. kau yang selalu komen blog imsosupernotcool tu kan?' heh. sorry zul aku pinjam nama blog kau kejap. dia ni best gak. aku tengok dia ni macam selalu berfikir. heh. sukati aku je.


camne boleh terlupa pasal dia ni? eheh. sorry kak alin. dia ni sebenarnya kira 1st blogger yang aku jumpa, tapi aku tak perasan. heh. sebab kitaorang naik KTM kat kepong central samasama. dia ni kepala gila jugak. heh. selamat kahwin kak alin. jemput ah! nak datang 5 bas pergi kuantan.


ok dah.
lepas join gath hari tu, rasa macam tanggungjawab makin berat.
makin banyak blog bestbest yang dapat tittle wajib-baca oleh diri aku sendiri.
mak ayah aku dah mula nak membebel bila aku start bertapa depan laptop 25 jam. macam dulu. bil elektrik yang semakin susut apabila menjelang STPM tempoh hari kembali mencanak naik sekarang.
siot laa. bosankan laa sikit blog korang tu! bagi aku hilang selera nak baca.

p/s ; bagi siapasiapa yang tak di-link. harap maaf ya. later aku link. janji! sumpah! sekarang tak sempat. heh.



hari tu Genting.
lepastu Sabah.
heh.

now,


away to Johor

sesungguhnya aku merasa diriku tua

sumpah terkejut gila babun bila dapat tau ex-classmate aku masa form 1 til form 3 kat SEMESTI dulu nak bertunang.
 tu pun aku dapat tau dari blog naqib.
lepastu baru laa Kima, Daya dengan Acap sibuksibuk mesej aku tanya nak pergi tak majlis pertunangan diaorang petang 25 disember.
aku baru sampai Selayang pukul 2 pagi 25 disember tu.
tak larat kot nak rushing pergi Teluk Intan dandan tu jugak.

apa pun, moga korang bahagia.
Mazidah Hasanah Muhajir
&
Nazrul Hafiz.

duadua budak pandai. top student straight dari form 1 til form 5.
dapat anugerah lencana penuh sekolah. ok yang ni aku main tulis je.
 Acap kata sorang nak fly ke utara, sorang lagi ke selatan, so ditunangkan dulu - fakta ni tiada kesahihan yang dapat dibuktikan. selalunya Acap main taram cakap je.
tapi mungkin betul jugak kot. heh.


soooo, Nazrul. jaga Idah baikbaik doo. anak ibu Zai tu.
:)

12.24.2009

fakta mengenai Sabah

- sepanjang highway, susah nak jumpa signboard. contoh ; signboard susur keluar ke sungai buluh etc. kat sini, pandaipandai kau lah nak keluar ikut susur mana.
- ikut kajian ahli geografi Shakinah Mohd Saduri, suhu kota kinabalu lebih sejuk dari Genting & Cameron Highland.
- di Semporna, terdapat rumahrumah bagan. err, senang cakap rumah kayu terapung (rumah atas laut). walaupun nampak usang dan mau roboh, tapi tetap ada astro di setiap rumah tu. apa lagi kalau bukan sebab penangan Akademi Fantasia.
- kristal dan mutiara banyak kat sini. =) murahmurahhh
-banyak kubur kristian.
-takde rapid Sabah.

- budakbudak lepak disini tak perlukan kelas tertentu untuk mahir bermain gitar. dorang expert sejak lahir. haha.
- last, jangan kolot sangat. TIADA orang iban mahupun orang asli kat sini. kaum lain banyak.
- dan aku tak tinggal kat rumah panjang sambil pakai cawat je. ada taman perumahan yang setaraf dengan perumahan bukit antarabangsa. cececeyy.



percutian dari Genting direct balik ke Sabah tak membuahkan hasil apaapa pada aku apabila aku diserang demam selsema. demmit.

12.21.2009

21dis 2009



kat KLIA takde siapa boleh baling tepung dan lontar telur dari jarak 50meter.
haha.

away to Sabah.


p/s ; perhatian kepada pihak MAS. sila buat suprise birthday party untuk saya.

12.20.2009

turun genting. balik selayang.

eh, panasnya?






























malas update panjangpanjang. internet gampang.
later aku update full. kalau rajin.


p/s ; thanks bloggers! pengalaman naik game-boleh-buat-jantung-tertinggal-kat-atas paling hebat.

p/s lagi satu ; daftar kat forum blogger tegar ni weh. sapot! sapot!

12.19.2009

the best day ever!

1st, masingmasing semangat babun dapat kumpul berempat pergi pavi setelah berapa tahun terpisah. ececey~


lepastu semua muka macam janda beranak 6 sebab dari selayang pergi pavi ambil masa 2 jam. sebab? biasalah, jamm.

err, min. cover lemak tu weh.


dah sampai pavi terus melantak isi perut baru boleh sengihsengih.


supi macam cinabeng nak beli 1 jeans pun bagai nak mati lama. langkah bijak, aku ngan suki lepak tempat salin lampin baby.heh.

lepastuuuuuu.

supi ; shax shax. kita tengok wayang pukul 9pm weh. nak tengok cerita Jelatang.
shax ; movie apa Pi?
supi ; alaaa. cerita Jelatang tuu.
shax ; oh. kawan. itu tajok cerita Jalang, bukan Jelatang.
-____-"


ok, cut the crap.
maksud 'the best day ever' ialah bila kitaorang ambil masa 4 jam nak balik dari pavi ke selayang.
keluar pavi pukul 10pm. sampai rumah pukul 2am.
:)

PAVI-dah elok sampai bulatan batu caves, saya SHAKINAH yang silau 100++ tak nampak jalan tunjuk jalan pergi KEPONG. then melilau ke SUNGAI BULUH. lepastu pergi ke BATU CAVES. lalu depan dewa siva yang bersalut emas tu. nampak ngeri do malammalam. lepastu entah macam mana kereta tu tibatiba menghala ke PETALING JAYA. lepastu kami jumpa RESTORAN JEJANTAS SUNGAI BULUH. turun minum teh nak lepakkan diri pada pukul 1am. entah macam mana, kami tibatiba sampai rumah pada pukul 1.45am.

yeayy!
tidur pukul 4am then kena bangun pagi pukul 8am pergi genting.

fakta ;
- ambil masa 2 jam dari selayang ke pavi.
- selama 3 hari, hari ni 1st time aku jumpa nasi balik.
- 1st time masuk bilik security untuk ambil hp suki yang tercicir.
- supi habiskan masa kat forever21 dekat 2 jam dan akhirnya bawa keluar sehelai jeans. kalau takde langsung memang aku pelangkung kau.
- hampir bertumbuk bertekak dengan sorang pondan ni sebab dia dengan kurang hajonya main campak skirt yang dia tak jadi beli kena muka aku. dah lah pondan! bapok! khunsa! tak ori. blah lu!
- nak tengok cerita Jalang, malangnya dah tak ditayangkan lagi.
- oh, jumpa sorang blogger ni.
- salah jalan sikit je, ambil masa 4 jam nak balik selayang.


aku dah tak heran dah. malang memang sentiasa setia bersama aku. dan supi.

12.17.2009

Lensa Nakal

aku tahu zaman sekarang masingmasing dah ada Nikon, Canon atau Sony masingmasing yang dah jadi bini pertama.
tapi, sebab 18dis abang aku genap 21 tahun aku tolong la benda yang dia minta tolong dari dulu.
heheeh.siapasiapa yang nak buat photoshoot konvo ka, kahwin ka, cerai ka, hari jadi ka,holiday ka, cover album ka bolehlah mengontact Ahmad Saiful di talian 0172522938 atau facebook dia.
Lensa Nakal tu nama group dia.
ahliahli dia sumpah aku belum sempat berkenalan lagi.

ok dah cukup merepek.
ni antara koleksi gambar diaorang. aku cilok kat facebook. huahaha

.

last,
ini la si siamang tu



p/s ; happy birthday bro

hidup sendiri!

heh. banyak nak ceritaa.
mak appak dah selamat balik sabah. konon tiket dorang 16hb, sekali aku cek 15hb pukul 2.20pm.
yang bagusnya, anak dara Mohd Saduri ni perasan tarikh tiket tu pada pukul 11.30am pada 15hb tu.
heh. atleast mak ada masa lebih kurang 2 jam lebih nak pack barang, run pergi KLIA dan akhirnya berjaya selinap masuk MAS 5 minit sebelum terbang.
cayalah mak appak! hoho.
dan, atas sebab itu juga saya di tinggalkan sorangsorang di rumah berbekalkan duit rm100 untuk hidup dari 15hb hingga 21hb.
tu tak kira nak pergi genting dan balik sabah tu.
heh. sebab mak tak sempat nak cucuk apa. main bagi je berapa ada dalam purse dia.
isk.isk~
abang aku balik kejap je. hantar laptop. then dia balik rumah kat tanjong karang. tinggalkan aku sorangsorang kat selayang.
damn you big brotha!!!
hehe. tapi aku dapat balik laptop. bosan duk rumah sorangsorang tinggal layan movie je.
walaupun kat dalam laptop ni penuh movie genre macam drag me to hell etc.
oh, barbiee kannnn?
oleh itu malammalam terasa macam ada orang kat belakang. kadangkadang macam ada benda bergayut kat belakang aku. nak mandi pun takut nak syampoo rambut sebab nanti tibatiba ada tangan tolong gosokkan rambut, nak sabun pun sama nanti tibatiba ada orang tolong sentalkan.
oh pandainya shax tulis entry macam ni dikala dirimu keseorangan.
-____-
oleh itu mandi kerbau! naa. bukan ada orang kat rumah pun. 3 minit dalam bilik air sudah memadai.



kesimpulan ; meen! supi! suki! cepat datanggg temankan kawanmuuuu! bawak makanan sekali weh.


12.15.2009

aku habiskan masa hampir setengah jam tulis entry tadi.
kematu jari tekantekan keypad.
lastlast hp jamm, restart.
online balik. masuk edit post dia takde auto save kat draft.

konklusi : korang jela update blog.

12.13.2009

khas untuk adam. kawan tersayang

tadi supi cerita bukan main lagi kau kutuk aku pasal aku mintak tolong kau delete gambar aku kat desktop cc Ray & Tech tu.
badan sekeping takde siapa nak. kalau bogel pun orang fikir 2 3 kali nak rogol ke tak nak sebab takde isi. muka huduh macam lanun.
ye?
siot lu.
hahahaha!
sebagai balasan aku buat entry khas untuk kau.
gambar ni aku dapat dari ikhsan handphone sony ericsson supi masa dia datang rumah nenek aku petang tadi.
kau tak datang, siapa suruh.
kalau tak boleh kau halang gambar ni dari tersebar.
adam versi maskulin
-
-
-
-
-
ya.
MUHAMMAD ADAM ABU BAKAR pakai tudung siap lengkap berbaju kurung.
aku tak tau pulak kau sebenarnya teringin tukar jantina?
aku boleh rekemenkan doktor pakar terbaik yang boleh tukar ______ kau.
heh.
tapi kau kena bersyukur atleast kawan baik kau ni tak sampai hati nak upload masuk myspace bagi GF kau tengok.
tapi supi mungkin akan mms kat dia. mungkin la. kau berdoa je.
oh ya. aku rasa supi pun mesti tak lepas peluang publish gambar kau ni kat blog dia.
pi, kalau boleh masuk sekali gambar dia kat tepi sawah buat muka bibir munggil tu.
last,
i love youu adam barbie!

12.12.2009

update 12 dis

kat kampung.
pasang pelamin.
cucuk bunga manggar.
isi bunga telur.
gubah bilik pengantin.
menginai. tubuh badan siapasiapa yang jadi mangsa.
contoh,


kesimpulan ; tak dapat pergi PLORE.


12.11.2009

tanpa maksud tersirat

we wear tudung. that‘s why we will never be a hot chick.

heh.

BUKAN SAYA CAKAP

12.09.2009

siapa nak?

aku malas nak buat kuiz ke pertandingan ke apa.

siapa nak hamster? free. tapi ada 2 ekor jela. heh. hamster aku si misae dengan masao tu aktif sangat. sangap sentiasa. anak dah berderet tapi tak reti nak jaga. huh.

siapa boleh turun selayang diutamakan. senang kerja aku.

p/s : ini bukan mainmain. ini serius.

12.08.2009

baju kurung sekolah versi seni



video





aku takde niat nak letak soundtrack ke ape kat video tu. tapi speaker pc yang terletak berhampiran aku lupa nak tutup. maka,jadilah video beserta soundtrack tah pape.

12.05.2009

cerita 2 in 1

pakcik aku dah selamat nikah semalam.
walupun sampai 3 kali akad akibat gementar dan tersasul,
akhirnya dia berjaya gak jadi seorang suami.
suami?
-___-"
macam tak layak lagi je.

tok kadi ; dah berapa lama kenal?

aput ; 4 tahun lebih.

tok kadi : bercinta lah ni?

aput ; lebih kurang laa..

tok kadi ; nama panggilan kamu dengan dia apa?

aput ; aku engkau.

lagi sekali,
-___-"

sumpah aku tak faham macam mana kak Huda boleh sangkut kat si Aput tu.


++++++++++++++++++++++++++++


pukul 11.30 malam tadi, si aput baru sibuksibuk nak pakai inai untuk persandingan dia hari ahad ni dan ahad depan.
aku dah tarik diri awalawal.
tak sanggup aku nak korbankan jari aku jadi merahmerah pakaikan inai untuk dia.
inai? grr..
sumpah pernah sekali je aku pakai inai seumur hidup.
masa darjah 4.
itu pun orang yang pakaikan kat aku time aku tidur.
bangunbangun je jari merahmerah.
geli doooo!
geli!geli!
dah la merah merah, busuk pulak tu.
tak faham betul aku.
itu tak kira lagi yang jenis pakai inai sampai penuh satu tapak tangan dengan tapak kaki tu.
macam kudis je.

12.02.2009

bau merdeka dan kebizian gua

walaupun bulan december,tapi wa tetap bau bungabunga kemerdekaan.
heh.
lagi 2 paper, minggu depan.
haih~
apasal la banyak sangat cooti.
abes terus kan leh lega cepat.

bulan doblas yang bizi.
-10dec sibuk jeritjerit merdeka depan sekola.
-11dec balik kampung.
-12dec ada potongpotong bawang tuk kenduri aput.
-13dec dok bizi atas pelamin jadi penyepit aput.
-19dec bizi blog gathering kat genting.
-20dec balik keyhell.
-21dec bizi jadi wanita yang genap berumur 19tahun.
pehh!wanitaa.haha.
-22dec pi jalanjalan dengan adam kat ipoh.
-25dec mula kerja!!

bizi kan?kan?
ha. kalah pm.