2.27.2010

27 feb 2010

when you were 1 year old, she fed you and bathed you.
you thanked her by crying all night long.
when you were 3 years old, she made all your meals with love,
you thanked her by tossing your plate on the floor.
when you were 6 years old, she walked you to school,
you thanked her by screaming I'M NOT GOING!
when you were 8 years old, she handed you an ice cream,
you thanked her by dripping it all over your lap.
when you were 10 years old, she drove you all day from soccer to gymnastic,
you thanked her by jumping out the car and not looking back.
when you were 12 years old, she took you and your friends to the movies,
you thanked her by asking to sit a different row.
when you were 15 years old, she suggested a haircut,
you thanked her by telling her she had no taste.
when you were 16 years old, she came back and looking for a hug,
you thanked her by having your bedroom door locked.
when you were 19, she paid for your college tuition, drove you to campus, carried your bags,
you thanked her by saying goodbye outside the dorm so you wouldn't be embarrassed in front of your friends.
when you were 20 , she asked whether you were seeing anyone,
and you thanked her by saying IT'S NONE OF YOUR BUSSINESS
when you were 21, she suggested certain careers for your future,
you thanked her by saying I DON'T WANT TO BE LIKE YOU
when you were 23, she gave you furniture for your first apartment,
you thanked her by telling your friend it was ugly.
when you were 25, she helped to pay for your wedding and she cried and told you how deeply she loved you,
you thanked her by moving halfway across the country.
when you were 30, she called with some advice on the baby,
you thanked her by telling her THINGS ARE DIFFERENT NOW
when you were 40, she called to remind you of a relative's birthday,
you thanked her by saying you were really busy right now.
when you were 50, she fell ill and needed you to take care of her,
you thanked her by reading about the burden parents become to their children.
And then, one day she quitely died. And everything you never did came crashing down like thunder on your heart.
-majalah semesti 2004-

mak mak mak.
(okla pergi kuantan aritu aku pinjam baju mak. so?  haha.)
 happy birthday! SWEET 49 :)
sayanggg mak!

walaupun abang macam harem.
T.T
tapi dia sayang mak tu. betul. sumpah.

tapi takpe.
saya! sebagai anak kedua yang bertanggungjawab ingin mengucapkan
SELAMAT HARI JADI MA!

wakil, dari semua anakanak mak. BUNYI 'SEMUA ANAKANAK' TU MACAM MAK ADA 15 ORANG ANAK JE
ahmad saiful. shakinah. ahmad sufian. sahidatul arsyaini.

mak nak adiah apa? handbag LV? kain batik indonesia? Iphone? cakap mak!

::maka kamu yang membaca diwajibkan untuk mengekelik nuff saya agar nawaitu ingin menghadiahkan mak sebuah bag LV tercapai::

2.25.2010

KUIZ HARI KHAMIS

syarat-syarat penyertaan ;
1) berumur 15 tahun keatas.
2) tidak mempunyai sebarang kecacatan seperti gagap, kayap, kudis bisu etc.
3) berpenampilan menarik. pandai menggayakan barangan uptown kelihatan seperti barangan pavilion.
4) gigi tak kuning. bau nafas segar berpudina.
5) dan lainlain lagi difikirkan perlu. aku tak dapat nak fikir syarat lain dah. tambah la sendiri.

bersedia?

kuiz nombor 1.
 
kuiz nombor 2.

 

dan kuiz nombor 3.



tarikh tutup penyertaan pada pukul 12 tengah hari ini.

cepat!cepat! hantarkan jawapan anda sekarang! hadiah menarik menanti anda!


p/s ; oklah. kredit kepada incik zulhafizi. (dipaksa tulis)

2.23.2010

mak. nak ni

 

atau ni pun boleh lah


pleaseeeee? :(




p/s ; amat ketandusan idea mengupdate blog. mungkin lepas hari khamis nanti baru kaya dengan idea. mungkin.

2.19.2010

kaki sejuksejuk. makan tak lalu. minum tak kenyang. tidur mimpi ngeri. mandi, ketiak bau bacin lagi






adeh
apasal cepat sangat keluar. rilek-rilek ah dulu gomen

2.18.2010

sanggul rambut setinggi yang boleh. jangan biar sehelai rambut pun sentuh leher. rembat boxer abang. tutup lampu. tutup suis tv. tutup suis-suis yang tak diperlukan. laptop guna bateri. cas bila nazak. baring atas lantai. simen lebih baik, sejuk berbanding karpet atau tilam. kipas meja berkelajuan 3 di pasang 24jam straight mengadap aku je. siapa berani pusingkan aku debik!









panasnya. haih

2.17.2010

entry basi

malam tu tibatiba ameer mustakeem atau nama bloggernya orang lidi call aku ajak lepak kat sungei wang. aku dah dalam dilemma. 
ah sudah.
ni kalau aku bagitahu meen suruh tukar plan dari merewang ke sunway tukar ke sungei wang mau dia mogok tak nak belanja aku topup rm5 yang dia janji 3 hari lepas.
fikir punya fikir,  aku roger orang lidi yang sangat lidi cakap aku nak turun sunway. tanpa banyak hal, dia on.
makanya
dari janji bersama meen bergomol berdua,

tukar kepada bergo.. err. keluar bertiga. 
thhehe. aku saja masukkan gambar ni. nampak macam romentik habis kan lidi?

tapi biasalah kalau dah keluar dengan aku, takkan lepas dari bala. masa pergi sunway ok je dari ktm sungai buluh naik kereta meen sampai sunway setengah jam. balik tu yang malang. entah macammana kereta meen drive boleh menghala ke bukit jalil. lepatu entah macam mana tembus jusco bukit tinggi. lastlast aku dengan lidi di campak kat ktm bukit badak. meen dah blah pecut kereta balik rumah sebab mak dia bising dia tak masak tengah hari lagi. (oklah dari bala yang ni, kan?) dari situ, kami dengan tegarnya naik ktm pergi ke Mid Valley untuk berjumpa dengan si kecik. eh, si milomilo.
main bowling sepam, keputusannya ini.
jengjengjenggggg!!
 
oyeah. shax menjuarai dengan mendahului sebanyak 1 mata seperti yang diramalkan.
*AME = LIDI

fakta ; lidi belanja aku pizza saiz largeee punya! thanks. tehehhe

blog gathering yang tak dirancang. supahdupah best jugaklah. senak perut menahan lawak gampang dari lidi. rasa nak tarik janggut dia sampai botak.

....

esoknya, sedang aku mengisi masa lapang dengan memandang siling rumah memerhati cicak mengawan, henpon berbunyi tanda mesej masuk. dari dia. blogger mahsyur jugak ni.
 
petang tu dia baik hati bazir minyak ambil aku kat Selayang. konon nak cari baju Radiohead kat Pertama tapi padan muka dia sebab tak alert sekarang cina semua cuti so kedai tutup ah. lastlast kami habiskan duit main game token seperti lumba kereta, tembaktembak dan basketball di Sogo. cuma game angkut anak patung tu je tak main. lupa. 

soalan berbunyi ; siapakah blogger mahsyur yang sedang menembak itu?

2.16.2010

happy birthday aku ucap kat kau yang berbaju hijau

 
suki
kau dah 20 tahun. dah puluhpuluh. hehe.
tahun 2010 ni, maknanya dah err..
dari darjah 3 kita kawan. darjah 3 ke? ke dari darjah 1? tah aku tak ingat. sampai sekarang. so lebih 10 tahun jugak ah kita gaduh, tepuk tampar, sepak terajang, tarik rambut nangis tumpang bahu samasama. 
:')
thanks kau ajar aku naik motor
thanks kau ajar aku erti persahabatan
thanks kau ajar aku erti kesabaran *mendalam maksud disini. haha
dulu harihari kau lalu depan rumah nenek aku naik motor sambil rambut kau yang paras punggung tu mengerbang ke belakang. aku risau je rambut kat terselit kat tayar motor. sekarang dah takde dah sebab aku pun jarang balik rumah nenek aku. kau pun dah melekat kat penang sana tanak balik selangor dah.

aku taktau kenapa aku boleh jumpa gambar masa form5 kita pesen pakai kasut Bata samasama

  ni gambar masa form 4. kat jusco bukit tinggi. aku rasa ni 1st time kita pergi jusco tempuh highway drive kereta sendiri.
aku geli gambar ni sebenarnya. tapi sebab nak mengimbau nostalgia lama kununkununnya so aku letak jugak ah.
  
 dan ini last year. gath budakbudak lower 6. ^^

 oh yang ni takde kaitan. aku terjumpa. so sajesaje letak. gambar dicuri dari henpon adam. biasalah pesen tak senonoh yang macam ni.

so, harap kita kawan sampai akhir hayat. anak aku nanti kahwin dengan anak kau. kita ikat dorang dari kecil. deal?

2.15.2010

apdet

aku baru dapat online. papehal facebookwalking dengan blogwalking dulu. update lain hari

2.11.2010

jujur cakap aku 3 saat je sanggup tengok. kalau rasa diri hebat tengoklah sampai habis dengan mata tak berkelip

piji, kau tak payah tengok. haha.

 
aku tak bertanggungjawap pada sesiapa yang hilang selera makan 5 hari berturut turut

p/s ; aku bajet komen box aku akan penuh dengan katakata carutan

2.10.2010

random

- hujan waktu petang
-guruh kuat
- tapi rasa bahang
- tinggi terkini 158cm. ahh dusta punya mesin!
- mesej masuk, gua senyum.
- call masuk, unknown number, gua benci
- nak tukar nombor
- customer p1wimax, stop call gua boleh tak?!
- mood baik waktu malam
- mood gua ngadangada mudah sentap sekarang
- mau kerja mau kerja mau kerja
- mau tengok dunia
- bosan bosan bosan
- benci kau
- buku ebay 2010 bosan
- oh tipu. aku tak boleh benci kau
- buku kat garage sale sebelah coliseum banyak habis
- banyak minum kopi bapak gua
- cepat lapar
- malas makan
- gaji dah masuk, biarkan.
- tidur subuh
- bangun hujung zuhur
- album the used
- selendang baru
- buku islamic
- novel baru
- kima fly malam ni. babai kawan
- gastrik. nyah kau!
- loser
- mana semua orang?
- pool ym jum?
- 18 kali khatam Hana Yori Dango
- kurang bersosial
- berat kini 48.9kg.
- BMI paras normal
- gaji dah masuk. eh? dah tulis ye?
-  buku kokorikulum gua hilang
- UPU tak isi lagi
- lemak 2%. gua syak terkumpul tang tu..
- kau jeles? cakap je
- kentut tak bunyi. tapi bau.. Masyaallah!!

sekian

2.09.2010

update bosan

last aku kerja 31 Jan hari tu dan sekarang aku hanya duduk terkangkang bawah kipas angin berkelajuan 5 di ruang tamu. tersangatlah bosan. rutin harian aku bangun. online. movie. makan. tidur. online lagi. movie lagi. tidur. memang rutin budak tiada masa depan. aku akui itu. cuma kadangkadang aku nampak ada masa depan bila merajinkan diri keluar dengan kawankawan. itu pun setelah dipaksa oleh mereka. sejak balik dari kampung hari tu, aku memang jadi gadis-rumah-sejati. sampai mak suruh turun beli kicap kat bawah pun aku macam malas. bila duduk terperuk di rumah, aku hanya nampak muka mak, ayah, Yan, dan Acha harihari. idea untuk berblogging semestinya semakin pupus. kering idea. sebab aku tak terserempak dengan manamana bangla yang berbau ketiaknya untuk di jadikan entry. aku juga takde ketinggalan bas rapid kl T208 untuk aku carutkan. aku juga takde bertekak dengan manamana bapok yang berebut skinny jeans jualan murah di Ou. atau tiada lagi kocohkocoh datang lambat ke sekolah sambil pandang tak puas hari pengawas spec old school yang duk catit nama aku. yang ada cuma semalam, adik aku yang sangat bengal buat perangai seperti ini lagi. entah kenapa aku suka bila dia buat perangai tu.

2.08.2010

jangan banyak cakap

klik je link ni.


dah? bagus. terima kasih.

2.06.2010

i-just-can't-stop-laughing


bodoh la. dari semalam asyik ulang tengok benda ni je.
hahahahah!

credit to jaher

mak saya cakap, fikir sebelum bercakap.

 
abaikan pool.
focus pada perbualan di sebelah kiri.




thehhehehehe

2.05.2010

entah apa motif aku tulis cerita panjangpanjang

hari tu aku sampai rumah nenek tepat pukul 8.10pm. pukul 8.15pm aku dah siapsiap sarung jeans dengan tshirt Bjork kelabu dan tak lupa tudung hitam. BJB 583 aku tatap penuh nafsu. hampir sebulan tak bertemu tahap kesangapan aku untuk menjamah sang BJB 583 ni dah mencecah -80 darjah celcius. aku baru nak terkam penuh rakus bila ternampak tayar sang BJB 583 ni bocor. damn. ni atuk lah ni bawak dia pergi kebun! uh. takpetakpe. saya sayang atuk. saya sayang atuk. lantas, kriss biru kepunyaan sepupu aku jadi mangsa. dalam kepekatan malam, aku redah jalan raya hitam menuju ke restoran termahsyur di Tanjong Karang ; Satay Hut.

aku parking kriss biru kepunyaan sepupu aku baik punya di celah antara Toyota Vios dan Camry. sebagai pemegang lesen CDL, halhal parking-marking ni di celah gigi aku je. mata aku tuju ke arah makhluk bertudung hitam di cashier restoren tu. aku sapa sang pengcashier dengan penuh sopan santun.

hoi karoo lama tak jumpaa!
lantas semua pelanggan restoren tu macam dah pakat nak pandang aku serentak sambil buat muka anak-siapa-sopan-betul-ni?

ok tipu. aku jalan arah cashier dengan penuh ciriciri gadis melayu tv9 dan salam baikbaik kawan baik aku yang satu tu. tampar pipi dia sedas dua akibat terlalu rindu, baru duduk di meja nombor 6 sambil tunggu kelibat adam dan yet. borakborak, pungpangpungpang riuh macam kedai makan tu bapak aku yang punya tengoktengok jam dah dekat pukul 12am. Yet dah mintak diri. aku, adam dan supi teruskan sesi berazwan ali. pasal jenab dengan anak kucing dia, pasal si bedah belajar di poli Sabak Bernam tapi cerita macam belajar kat poli di UK dan tak lupa pasal cik siti yang kerja kat kedai runcit ah seng tu. tepat pukul 12am, aku tengok jam lepastu buatbuat terkejut konon tak perasan jam dah pukul 12am sambil berkata masa mencemburui kita! masa aku nak gerak supi cakap something yang buat aku nak tampar gigi dia sampai berterabur.

pukul 12pagi camni, hantu tengah check in. baru punch card. kalau nak ibaratkan dengan pemain bola, sekarang dorang tengah bersemangat bermain. ada yang baru warm up. kau betul nak balik sekarang?

aku cuba abaikan. lepastu sofia merangkap adik supi datang. dia tunjuk aku satu gambar yang buat aku bergenang air mata. sial.  gambar kuntilanak mana tah dia ambil. masa tu adam dah gelakgelak. ye la dia gelak sebab rumah dia dekat. rumah nenek aku jauh. dalam pulak tu. lampu jalan pun poyo je ada mulamula, masuk dalam sikit dah takde. tambahan lagi CEH TAMBAHAN LAGII kriss biru kepunyaan sepupu aku tu manja sangat. bila tekan brek lampu dia pun ikut malap. kira baik malap je. ada masa dia PMS lampu dia mati terus. pernah jugak aku usulkan supaya ganti mentol depan tu dengan lampu kalimantang terus, bagi terang jalan depan. tapi belum sempat aku gelak tanda aku buat lawak dah kena ayat bodoh dari sepupu aku.

nak dijadikan cerita malam tu adam setuju nak temankan aku setelah beberapa kali diugut lari bogel keliling Satay Hut.

masa baru nak start motor depan Satay Hut, supi tunjuk bulan. mengambang penuh. aku dengan adam sengih je. berani kononkonon. tapi aku nampak mulut adam kumatkamit baca 3qul. aku pulak baca ayat kursi entah berapa kali. dalam perjalanan, aku bawak kriss biru tu dalam kadar kelajuan 50km/j. adam pun sama. cuma kadangkadang aku ter'press' lebih sikit buat motor aku kedepan sikit lepastu adam cepatcepat kejar.

kita bawak slow and steady je. tapi kalau kau nak pecut roger aku dulu. ingat, kita kawan. - adam

ye. - aku

sampai simpang rumah nenek aku, adam pusing motor blah. dia bawak motor konon bajet cool balik rumah. tapi 5 minit lepastu dia mesej kata dah sampai rumah. cepat gila? comfirm dia balun habis laju malam tu. aku parking motor bawah tangga rumah nenek. seingat aku, sepupu aku dah janji nak buka kunci pintu belakang. pukul 1 pagi macam ni rumah nenek aku memang dah gelapgelita. dengan bantuan cahaya hp w900 serta bulan mengambang, aku gagahkan diri pergi pintu belakang. katak dan kodok? jauhkan diri kalian please. aku geli. lepastu..

dah ah malas nak sambung. anggap jelah aku berjaya masuk rumah setengah jam lepas tu.

2.01.2010

eh! kain batik tu ada corak batik yang kita nampak kat teluk batik!


aku ; cuba kau sebut D
dia ; Di

biasa je.

aku ; cuba kau sebut Dodol?
dia ; Dhodhol.

ok pelat


tajuk entri tiada kaitan. entri hari ini ada disini.