3.31.2010

pondan

shax     : bosan ah.
siggplus : redtube ah.
shax     : selalu sangat dah. lain? ada benda best boleh download tak?
siggplus : kau ni asyik nak mendownload je! dah tengok Gadoh?
shax     : dah. tahun lepas lagi.
siggplus : cis!
shax     : lembab ah kau. haha
siggplus : kau dah tengok Pondan?
shax     : belum. best ke? stailstail Gadoh gak?
siggplus : nak link?
shax     : boleh gak! tehehhee. baik ah kau! bak bak =D
siggplus : http://bit.ly/ckQ8jc
shax     : bahhhhhhhhhbiiiiiiiiiiiiiiii!
siggplus : dah hilang bosan? heh

3.28.2010

sambungan entri sebelum ni




tehehehehhehhehhee




cina kedai pakai baju celcom biru tadi tu hensem jugak ye

kejap lagi aku nak beli majalah E-Ring

hari ni paling heaven sekali dalam hidup aku. bangunbangun je aku cari henpon tak jumpa. aku ke ruang tamu, nampak Acha tengah main celupcelup hp aku dengan air kosong dia dalam cawan biru ada gambar kartun tu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nice.
heh. thanks adik sebab mempercepatkan proses pemujukan mak supaya belikan kakak hp baru.

3.26.2010

bukak balik picasa, pergh! kenangan lalu menerjah. kat sini rupanya gambargambar lama aku.

rindu sial kat lu daus!

sekolah. heh

kawankawankawankawankawankawankawankawans

 bidan kampung

3.25.2010

semua dah besar

dakota fanning
mamat mejik
budak olsen
 rico hannah montana
cory that's so raven
*ok ni aku tipu. tapi ada iras apa. kan?
.
.
ni sapa?
sapa kenal aku bagi singgit. heh.

3.24.2010

aku rasa nak buat group kat facebook lah

"BILA MAKAN IDEA DATANG, BILA DEPAN LAPTOP IDEA HILANG"

notabulubulu ; sangat cilaka rasanya lupa ingatan ni, tahu?

3.23.2010

adik, sila ketepi. biar kakak uruskan segalanya.

*tarik nafas*

..

*hembuuss*

okay. i'm ready. bring it on!!

glove? check.
perisai? check.
senduk panjang? check.

....

"kenapa ikan goreng ni terbelahbelah macam kena cincang?" - ayah
'resepi baru' - mak
"hitam semacam je ikan goreng ni" - ayah
'resepi baruu' - mak
apa pandangpandang? - shakinah

i-hate-cooking

3.20.2010

Tulis & Menang ariffshah.com

3. Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com, orange4k.com, ariffshah.com. Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com, mrs.kay.my, myliriklagu.com
4. Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog hans
aku malas cakap banyak. kalau dah terjumpa kontes ni kat blog hans, mestilah sebab aku buat blogwalking sebentar tadi. tapi takdelah aku gedik pergi tinggal jejak kat chatbox ke ruang komen ke tulis "hi, blogwalking. i follow you, follow me back keh!". aku pun rasa nak tampar diri sendiri kalau aku buat macam tu. menyampah betul manusia yang mengharap balasan ni. dah la tak ikhlas, kedekut pula tu. kalau dia beli karipap sardin, bukan reti nak belah dua kasi aku sikit. ok tibatiba macam lari topik maka abaikan. 
menurut ariffshah, kontes ni mengkehendaki peserta supaya ceritakan mengenai blog anda atau blog kegemaran anda atau keduaduanya sekali serta berikan keistimewaan blog tersebut. bila aku tulis 'blog tersebut' tu maknanya aku merujuk kepada blog yang kau nak cerita tu okeh. jangan jadi bodoh pergi tanya EH! YANG KEISTIMEWAAN TU NAK TULIS PASAL BLOG HANIS ZALIKHA KE? sedangkan kau tengah cerita pasal blog Razman. memang aku lempang tanpa raguragu. 
makanya, aku pilih yang kedua. aku nak cerita pasal blog kegemaran yang wajib-aku-bukak-blognya-setiap-kali-login-blogspot. peh! aku taknak cerita pasal blog aku apatah lagi keistimewaannya sebab aku tahu blog aku banyak merapu. gampang habis. tak menjana minda langsung blog ni, dah la nama pun jetjetsemut. tah apaapa. boo!
blog kegemaran aku? ada banyak. tapi biarlah aku jujur dengan pepatah blog-yang-wajib-aku-buka-setiap-kali-login-blogspot tu. blog dia ni. aku malas nak tulis pasal dia ni sebenarnya sebab nanti mesti dia kembang sampai koyak tengah kangkang celana nampak boxer kaler pinkish. tapi takpe ah, aku bagi can dia kembang kali ni.
http://semaksesatsarat.blogspot.com
ni header dia baru tukar semalam. beriya suruh aku usha. aku bajet adalah gambar si Heath Ledger ke hape, rupanya gambar dia konon sexay ada 6packs. rasa nak geletek pusat sendiri bila dengar dia cakap macam tu. blog dia ni mahal, jarang update. kadangkadang seminggu sekali je. kalau dia rajin sikit adalah seminggu tiga kali. tu paling rare kot sepanjang 10 tolak 9 tahun aku follow blog dia. sebelum ni dia tulis kat blog myspace je. sejaksejak dah daftar blogspot, memang dia lupa kat blog myspace. baguslah. blogger boy tegar, kan zahir kan? dia juga pernah tanya aku apa itu nuffnang. hebat kan? hal ni jelas menunjukkan dia begitu focus update blog tanpa memikirkan hal remehtemeh yang lain. memang blogger boy lah lu mat!
ok ok, ni cerita aku pasal blog dia. tadi tu mukadimah je.
blog semak menjadi blog kegemaran aku sebab susunan ayat, kosa kata dan cerita dia yang gaban lawak dan menggeletek hati sanubari.
keistimewaan blog semak ialah berjaya membuat aku tersengih sorangsorang biarpun dalam keadaan meneran bertarung di medan jamban bila teringat entrientrinya.
sekian

3.19.2010

bangang datang lagi

siang tadi aku dah mangatmangat bangun awal nak pergi sogo cari benda tu. benda yang dah lama aku usha dari dulu. nak start projek baru masa bosanbosan ni. masa tengah tunggu bas tibatiba henpon aku berdengung. tanda ada call masuk, dari abang. ni mesti ada apaapa ni. aku switch off mp3 hitam.

"kin, kau kat mana?"
'bus stop. asal?'
"boleh tolong tak? kau tolong bank in RM50 kat BSN Chua. urgent ni"
'nak buat apa? suruh la mak.'
"mak busy nak tengah kerja. tolong lahh!"
'tengok lah macam mana. hish!'

aku dah kirakira. dalam poket aku ada RM70 je. nak beli bendabenda tu, duit tambang, duit makan, duit shopping sikitsikit lagi. sampai dalam bas aku fikir benda ni. nak dulukan barang aku ke, nak tolong abang. kang tolong abang aku tak dapat beli benda tu.
tapi lastlast aku tercampak gak masuk bank isi borang nak masukkan duit kat bank Chua a.k.a kakak ipar aku. bukan apa, macam ternginga-nginga je suara abang aku desperate nak minta tolong gila. harapkan pagar, pagar makan padi. kan? entah apa kaitan cerita ni dengan pepatah tu aku pun tak tahu maka abaikan. dalam Unisel mana ada BSN. kot la. aku pun tak tau. so brother-sister-love punya pasal, aku tolonglah. dah isi borang, aku ambil nombor 131. masa tu 129. nasib baik tak ramai orang. mungkin sebab ramai yang pergi sembahyang jumaat. aku sengih sorangsorang. nasib aku baik pulak kali ni. masa kat kaunter aku senyumsenyum kat akak tudung merah tu. aku hulur borang yang aku tulis tadi.
tibatiba,

"eh dik, ni banyak sangat nombor akaun dia ni."
'ho? meh saya cek balik'

aku usha 4 5 kali kat kertas dengan kat mesej abang aku yang tertera nombor akaun Chua. betullah. mana ada salah. akak ni kenapa?

'betullah kak. sama je dengan nombor ni.'
"CIMB ada 14 digit je, ni dah lebih dua digit."

masa tu baru mata aku tepat tertangkap tulisan caps lock CIMB kat borang tu. aku tengok sekeliling. merah. BSN warna biru. aku cepatcepat minta diri sambil buatbuat bercakap dekat telefon.
.....
aku masuk BSN. kali ni aku dah double check, memang betul BSN. orang ramai gila. peh! aku ambil nombor 200 masa tu baru sampai 183. demi abang, takpe. aku duduk kat berteleku kat tepi sudut. tapi sambilsambil tu aku tercarut gak dengan kelembapan BSN ni. aku layan Radiohead di telinga sambil usha orangorang kat situ. dekat setengah jam menunggu, nombor baru sampai 192. lagi lapan. takpe, gua sabar. tibatiba henpon vibrate tanda ada call masuk. tertera nama abang aku, lagi. ni kalau minta double masuk dari RM50 ke RM100 memang aku sumpit dia dari jauh.
"dah masukkan duit belum?"
'belum, ni tengah tunggu giliran. ramai gila. penat aku tunggu.'
"oh, tak payah masukkan lah. mak dah masukkan dah' - dia bercakap tanpa nada serba salah.
'oh!'

sipi lagi aku nak jadi adik derhaka petang tu.

3.18.2010

kau ni lawak juga ye long

 ni aku ambik dari blog dia ni.

apa jadah semua link dia letak 
member akak aku 1
member akak aku 2
member akak aku 3
member akak aku 4

member akak aku 1 = orang lidi
member akak aku 2 = lumut
member akak aku 3 = zahirlunatik
member akak aku 4 = faiq

bayangkan kalau dia link sampai 30 blog atas nama MEMBER AKAK AKU?
nasib baik lu tulis "member akak aku", bukan "member akak syikin" ke "member akak sedara aku yang bernama syikin" ke hapa.
hahahah
lu ni kelaka lah long. 
mana belajar?

aku pancing berudu dari atas katil je

soalan hari ini ; di sungai manakah budakbudak ini bermandi manda?
a) templer park
b) sungai perak
c) sungai selangor
d) tasik titiwangsa

....
soalan tak best maka biarlah aku jawap sendiri.

jawapannya ;
nampak rumah belakang tu?
yeaaa! mereka bermandimanda di depan rumah nenek yang dilanda banjir tempoh hari!

balik selayang aku kena piat telinga 3 kali dengan ayah sebab bagi adik main banjir. 

habis bintatbintat badan adik! - mohdsaduri

3.14.2010

malam-malam di rumah nenek

malam pertama ;
keluar rumah pukul 8 malam. konon nak balik rumah nenek sebelum pukul 10. tapi di sebabkan hujan lebat petir dan kilat sabungmenyabung, aku tersangkut kat kedai minum Pak Leman. pekena teh tarik RM1.30 segelas, kongsi 2 orang. sampai rumah nenek, semuanya gelap belaka. satusatunya cara nak masuk rumah tanpa kejutkan orang rumah adalah panjat jendela di tingkat atas yang terbuka sebelah pintunya. ya, dalam kegelapan malam aku panjat tiang rumah nenek dan hampirhampir saja tergelincir. masa tu aku dah bayangkan badan aku landing baik atas pokokpokok kaktus nenek. sepupu aku yang menunggu di bawah hanya mampu memberi bantuan dengan menyuluh guna hp 3310.
kejayaan ; lepas dari bebelan nenek.

malam kedua ;
keluar dengan adam dengan hajat besar nak jadi antara yang terawal tengok Alice in the Wonderland kat Jusco Bukit Tinggi. cukuplah dekatdekat je. masa nak balik, singgah kat GG Bistro. adam sebagai anak yang baik tapaukan mak ayah dia nasi pataya 2 bungkus. tapi celaka apa 2 bungkus nasi pataya pun ambil masa lebih sejam. pelanggan takde lah ramai mana malam tu. aku baru nak tukar jadi hijau bila makanan sampai. adam hantar aku balik rumah nenek pukul 10 lebih. dan seperti biasa rumah nenek dah gelap. nasib baik aku dah pakat awalawal dengan sepupu aku, dorang tak kunci siapsiap pintu belakang. itu pun di paunya aku beger Ramly 2.
kejayaan ; lepas dari bebelan nenek.

malam ketiga ;
kali ni aku keluar petang. lepaklepak hirup habuk Tanjong Karang. pukul 6 tepat aku singgah Satay Hut pekena ABC dengan Nasi Goreng USA dia. borak pungpangpungpang dengan supi. pukul 8 aku gerak. jangan nak tuduh aku ponteng sembahyang sebab aku memang haram sembahyang hari tu. masa tu hujan malumalu lagi. taktau lah pula sampai simpang jalan masuk Kampung Sungai Gulanggulang hujan lebat kemaen. tak kira lagi kilat dia. aku tak fikir apa, nak balik rumah je maka aku pulas motor kasi kelajuan dia dari 60km/j ke 100km/j. mungkin sebab aku tak tolong nenek beli santan pagi tu, BJB 5831 aku derhaka. dia tergelincir pula di tengah jalan gelap. mujur ada pakcik naik kereta wira tu tolong.
kejayaan ; terlepas dari bebelan nenek. lagi.

malam keempat ;
lepak rumah diamdiam tengok tirai akademi fantasia 8 sambil sapu minyak gamat kat luka jatuh motor. sambil menghitung hari bila kuku jari manis kaki kiri aku nak tumbuh balik. aku syak kuku aku tertinggal kat jalan tar malam tu.
kejayaan ; masih terlepas dari bebelan nenek.

3.09.2010

bai

blogspot dah fired aku.

3.08.2010

aku baru je kena.

kau pernah tak lompat nak landing atas katil dengan kepala aim bantal tapi kesudahannya kau mengongoi kesakitan sebab kepala terhantuk kat dinding?












sial! cari gaduh betul!

3.06.2010

saya betulbetul minta maaf pakcik

tadi aku ada reunion dengan budakbudak form6 kat pizza hut depan selayang mall. ceh. belum sampai setengah tahun berpisah dah buat reunion. entah pape. tapi disebabkan makan free, maka aku join. sejak grad dari tingkatan enam di samping di pecat kerja P1 Wimax hujung bulan 1 lepas, aku memang jarang gila merayau. sebab utama ; malas nak tunggu bas. lama tak naik bas ni, aku agak rindu la jugak sama pakcik bas rapid T208 yang suka emo manjang. dulu pernah aku bersidai dekat bus stop warta lebih 2 jam sebab pakcik rapid pekena rojak dekat gerai sebelah selayang mall tu. hampirhampir aku report perangai pakcik rapid ni kat PM. lepastu membe aku menganjing cakap apasal tak report ke YDPA terus. di sebabkan aku matang, aku diamkan hal tu. aku tahan teksi baikbaik nak balik rumah walaupun dah lebih 2jam menunggu bas. dah dalam teksi, dandan tu pulak bas sampai. lantas perkataan seperti eh gampangnya! meluncur laju keluar dari mulut tanpa segan silu. ok tutup cerita ni.
tadi aku keluar rumah dalam pukul 1.30. janji nak jumpa budakbudak tu pukul 2. aku saja keluar awal bagi menampakkan aku bukan seorang yang janji melayu. 15 minit bertapa di bus stop tunggu rapid T208, baju aku dah habis lencun. cuaca panas kemain. aku pulak bodoh pergi pakai tshirt dengan cardigan. ingat duduk kat korea selatan ke nak pakai baju lapiklapik. aku fikirfikir tambang teksi ke selayang mall dah rm5. tu tak masuk lagi kepalatan lampu merah selama 10 minit. dah la meter cekik darah, naik 10sen setiap 20 saat. beza betul dengan tambang rapid, baru RM1 sekali naik. ni aku mula nak marah ni dengan kegampangan sistem teksi! tibatiba aku terus tadah tangan berdoa mogamoga teksi tunai Mamat Khalid rancangan kat astro tu lalu depan rumah aku. selain tak payah bayar tambang, aku dapat duit extra. kan bagus kalau semua teksi di Malaysia semurni teksi tunai Mamat Khalid.
tapi Mamat Khalid tak lalu selayang. maka aku tahan jugak teksi merah putih yang kebetulan lalu. aku bukak pintu belakang, nampak pakcik tu pandang aku tanya nak pergi mana. aku jawap "SELAYANG MALL PAKCIK" tapi mata aku pandang ke kanan. berharap ada bas rapid T208 keluar dari simpang tu.
lepas tu aku macam dengar pakcik tu kata masuklah, tapi aku taknak masuk. sebab aku dah nampak kelibat bas T208 keluar dari simpang. aku menyeringai.

"eh pakcik. tak apalah. tak jadi naik. maaf ya"

aku tutup baikbaik pintu teksi tu dan pergi ke belakang teksi untuk tahan bas. selamat duit RM4 aku.

cerita aku

aku ada kawan, nama dia Ika. dia ni kira kawan pertama aku masa jejak kaki kat tanah semenanjung ni lah. kami kenal sejak dari umur 5 tahun. masa dia baru pindah sebelah rumah aku, kononkonon aku tegur dia cakap hai saya shakinah boleh berkenalan? padahal aku nak usha abang dia. agak hensem lah jugak di mata budak 5 tahun macam aku masa tu. Ika ni muda setahun dari aku. tapi jangankan nak hormat, salam cium tangan aku nak ajak main petangpetang pun tak pernah. main terjah rumah aku lepastu cakap 'kin, jom main masakmasak. hari ni aku jadi mak pulak ye, semalam kau dah jadi.' 
dulu aku perempuan, layan jugak la main tumbuktumbuk daun petai depan rumah buat masak asam pedas. tak pun tumbuktumbuk daun serai petik dari pokok cina sebelah rumah, tekap kat jari. inai kononnya. itu kalau kat luar rumah jumpa si Ika. kalau kat dalam rumah aku main ikut stail abang dengan adik lelaki aku. dulu Acha takde lagi, aku tunggal perempuan. nak tak nak aku layan jugak la main gusti atas katil bilik mak dengan abang dan Yan. sorang jadi Rikishi, sorang jadi Stone Cold. kadangkadang berangan sorang jadi Goku, sorang jadi Bezita. baru ada kamehameha. Rikishi semua tu mana ada kuasa. aku pun taknak kalah jadi Bulma. tapi aku selalunya lah aku jadi pengadil je. kira 1 2 3. ni apa jadah masuk cerita pasal hobi aku ni. aku nak cerita pasal Ika.
ada satu petang tu, Ika ajak aku main basikal roundround taman perumahan aku, Taman Mahsuri. masa tu feel nak main masakmasak pun tak berapa nak ada, sebab daun banyak hilang. kenapa entah. kitaorang naik basikal memang romentik habis, round taman permainan, kejap stop main buaian, kayuh basikal lagi, kejap stop kedai cina ada anjing garang beli Tora, kayuh basikal lagi, kejap stop main badminton dengan Padil, kayuh basikal lagi, kejap stop makan cikedis dalam gelung kat taman permainan, kayuh basikal lagi.. 
sampai la ada satu ketika tu Ika penat suruh stop kayuh kejap. masa tu dia duduk atas basikal, kaki kiri landing baik punya atas tembok longkang besar, kaki sebelah lagi kat atas tempat kayuh basikal tu. orang panggil apa? pedal? haa pedal lah tu.
aku dengar je Ika suruh berenti kayuh, suruh lepak tepi longkang tu kejap. tapi aku saja buat tak dengar. aku kayuh basikal pelanpelan sambil lepas tangan. sambil pandang abang aku main bola kat padang tepi tu. konon nak tunjuk adik dia hebat naik basikal boleh lepas tangan. aku kayuh lagi, tapi dekat 100 meter aku kayuh, dah tak dengar suara Ika bebelbebel kat belakang. Ika mulut dia memang tak reti nak senyap. ada je cerita dia nak sampaikan. kadangkadang aku rasa nak tampar je.
hati aku dah tak sedap. tadi aku dengar sayupsayup suara dia panggil nama aku, tapi aku tak ambil kisah. sekarang aku kisah, sikit. aku toleh belakang, kat longkang tu aku nampak basikal dia je. tertonggeng ke arah longkang besar. orangnya dah tak ada.

lepastu sebulan aku tak nak kawan dengan dia. bagi dia hilangkan busuk dulu.

3.05.2010

sawan

*snifff sniff hsssfff hsssssff


EKEKEKEKKEKE~


sori gua tereksaited lebih. gua nak cerita, tapi..
ahh! esok lusa lah. tunggu dah ada bukti.

ekekekekkeekeke

shax, cool!

ehemm. bai

3.04.2010

entry hari ini

3.03.2010

bangun pagi esok tanpa banyak cakap wa sebat!

mak aku balik kerja je dia terus campak-campak tepung, telur dan mentega dalam alat penguli. pukul 9.00 malam aku, mak dengan si monster kecil, acha dah ready siapsiap depan TV nak tengok Hotel Maria kat TV3 sambil tepektepek tepung dekat benda tu. aku taktau apa nama benda tu dan malas fikir maka aku tulis saja benda tu. buat tart telur memang senang, tapi agak menguji kesabaran bila aku penatpenat tepek tepung baik punya kat benda tu (ala yang nak bentuk tart tu orang panggil apa? cup? belasah) siap setting dekat 5 minit satu cup, lepastu acha pergi cucuk-cucuk. berlubang-lubang dinding tart telur aku. maka kerja penepekan tepung ke dalam cup yang patut habis pukul 10 terlajak sampai pukul 11.

sabar

mak kata tolong sampai situ je. kerja lain tinggal sikit. takat tuang isi tart dalam cup lepastu bakar kira mak aku nak buat sendiri. aku akur. aku layan acha main lego sampai pukul 11.30 lepastu aku masuk bilik. telinga sumbat Oasis dan fikiran pun melayang. tidur.
pukul 1.30pagi aku bangun dengan perut kelaparan. sejaksejak jadi penganggur ni aku memang makan nasi satu kali je sehari. bukan diet, tapi lebih kepada malas makan. makanan seharian aku lebih kepada biskut hitam berkrim putih iaitu oreo. harihari aku balun kedai bawah punya oreo. bila mamak tu kata habis aku tak teragak acu pistol. ganas kan aku. 
berbalik pada aku bangun dengan perut kelaparan tadi.
aku fikirfikir nak tidur balik atau nak pekena tart telur mak aku buat sebentar tadi. atas dasar nafsu, aku bangkit menuju ke dapur nak cari tart telur. aku bukak almari takde. cek dekat peti ais pun takde. ah sudah. aku cek kat rak tepi mesin basuh pun takde. apa jadah aku cek kat situ entah. aku dah dalam dilemma. lastlast aku cuit bahu mak yang tengah tidur tanya kat mana dia sorok tart telur tu. mak ngigau kot, dia buka mata je senyum lepastu cakap tadi Yan bawak masuk bilik dia.
kwanghajo punya adik. balun tart telur sorangsorang.
aku ketuk bilik Yan. sambilsambil tu aku jeling ayah yang tengah tidur berdengkur kat ruang tamu. aku telan air liur. ni mau kena pelangkung aku bising malammalam ni. tapi fikirkan tart telur, aku teruskan mengketuk bilik Yan, selowselow lamalama makin kuat. dia tak dengar. aku dengar bunyi TV dia masih terpasang. ni sah dia tidur tanpa tutup suis TV ni. pembaziran elektrik betul. tak puas hati, aku ambil handphone, aku call dia. aku tak dengar pun handphone dia bunyi dalam bilik tu. ni sah dia silent handphone. sial la. aku tekantekan perut. lapar.

tart telur.. tart telur..

aku lap air liur.
aku ketuk lagi. kali ni di sertai dengan laungan YAN BUKAK LA PINTU AKU NAK AMBIL TART TELUR AH, LAPARR sebanyak 5 kali berturut-turut. baru je nak masuk laungan yang ke-6 bila aku dengar dengkuran ayah aku berenti di tukar dengan bunyi KAU TAK RETI NAK TIDUR KE KIN?!

hambekk! kena marah.

aku berlalu ke dapur, bukak peti ais dan capai oreo yang tinggal separuh. lepas tu aku tuang air sejuk dalam cawan.

aku makan oreo cicah air sejuk sambil menaip entri ni.

3.01.2010

niat baik yang boleh bawak gaduh

dulu aku ada sorang kawan. sekarang pun kawan lagi tapi entah kenapa aku letak jugak 'dulu' tu. dia ni boleh tahan amboiamboiambooii jugak lah kalau lepak semeja. best borak dengan dia. banyak info masyarakat setempat kita boleh tahu. dari kisah dalam bilik tidur Cik Limah sampailah kisah harga minyak naik 30sen semua dia khatam. kadangkadang aku terfikir jugak malas nak bangun pagi. oh tiada kaitan maka lempanglah aku.
aku suka lepak dengar cerita dia ni bila lepak semeja atau melalui talian telefon. bak kata orang, bila bercerita menggunakan mulut lebih true. dengar pun semangat je dengan gaya dia pungpangpungpang siap tangan persis Karam Singh Walia. kadangkadang naik berpeluh aku mendengar. punya semangat! tapi kalau dia hantar mesej pesanan ringkas nak cerita pasal Cik Senah beli motor EX5 baru memang aku layan dua tiga kerat je. lepastu dikatanya aku kacang lupakan kulit. aku bukan apa, ada sebab kenapa aku malas layan mesejmesej dia. sebelum bawak gaduh, lebih baik aku tarik diri awalawal.
gaya dia menaip mesej sangat elegan.

dia ; shaxx!! kau buat apa tu??!!!
aku ; aku sedang membaca buku cerita. kenapa?
dia ; aku ada cerita best ni!!! kau nak dengar tak???!
aku ; oh. ceritalah.
dia ; tapi kau macam takde mood je nak dengar?!!! kau ada masalah ke??!!

perasan sesuatu? tak? ok kita ambil contoh lain.

dia ; shaxx!! sehatt??! lama tak dengar cerita kau!! rindu dowhhh??!!!
aku ; wey! sihat je. kau amacam? rindu kau gak do. bila cuti?
dia ; aku sihat je!!? cuti sem aku start minggu depan!!! hari jumaat kot aku sampai tanjong!! nanti kita lepak samasama ok???!!!

gaya penulisan macam ni boleh buat aku naik mengah seterusnya rasa nak pelempang orang.
jujurnya, walaupun aku baca dalam hati tapi aku still ikut intonasi rentak ayat. macam cikgu Yaacob guru kelas darjah satu ajar dulu, tanda seperti '?' dan '!' digunakan pada waktuwaktu yang sesuai saja. realitinya, tanda "??!!!!" di gunakan bila kita dalam situasi marah atau tak puas hati.
contoh ayat ; 'kau pehal taknak belanja aku aiskrim tu haa setan???!!!'
aku bet kawan aku tidur masa cikgu Yaacob ajar dulu. tak pun dia main guli kat belakang kelas.
 aku pernah tanya dia kenapa suka sangat letak tanda soal dengan tanda seru banyakbanyak. 
dia kata dia suka tengok sebab nampak cantik.

lantas pertumpahan darah antara 2 sahabat baik berlaku pada petang yang hening itu.

bakal arkitek terkemuka

mulamula

.
.
.

model pertama ; ASIMO
 

model kedua ; APATOSAURUS


model ketiga ; buaya


sapesape nak ambil saya part time bekerja jadi designer ke arkitek ke di silakan