6.25.2010

heeeeeee


syah, aku doakan moga rambut kau lurus secara tibatiba.
amin. amin. amin.

*entry ini didorong oleh perasaan eksaited kehepian secara mendadak.

6.23.2010

perihal katak

masa kat SEMESTI dulu, ada satu tandas kat blok F aspuri dikatakan berpuaka. tandas tu berpuaka sebab sesiapa yang masuk situ, takkan jumpa jalan keluar. ok tak aku tipu je. tandas tu berpuaka, sebab mempunyai bilangan katak yang tak terhitung. yes, tandas berkatak adalah tandas berpuaka bagi aku. taktau lah apa budak lain fikir.

pernah sekali ada membe aku nama tiputipunya ialah Tebe, dah tak tahan nak teyak (kata ganti lebih comel untuk perkataan 'terberak'). Tebe tengok tandas lain penuh. memang tandas hujung tu je lah yang kosong. yak cair kot, siapa boleh tahan? memikirkan dari dia teyak kat tengah jalan dalam perjalanan nak pergi cari tandas lain, baik dia gagahkan diri masuk tandas tu. mata Tebe memang tak lepas dari pandang lubang jamban sepanjang proses pengteyakkan berlaku. dada dia berdebardebar. otak dia dah bayangkan macammacam. dia ni pun 2 kali 5 dengan aku. penakut katak. dan betul, apa yang otaknya fikir berlaku jua.

tibatiba ada sekor katak berusaha melompat keluar dari lubang jamban tu. perasaan Tebe masa tu memang tak dapat nak di gambarkan. geli lah sial! perasaan sakit perut dan proses pengteyakkan terbantut secara tibatiba. Tebe terus blah dari tandas sambil bersumpah itulah kali pertama dan terakhir dia masuk situ. tapi Tebe cakap dia puas hati. sebab padan muka katak tu terminum tahi cair dia. aku dengar dia bercerita sambil gelak cuak. aku bayangkan kalau katak tu lompat dan terlekat di.. ok dah tamat untuk entry yang ni.

6.19.2010

mari kembali menjadi seorang pelajar


****
gambar sajasaja


ok tak sajasaja sebenarnya.

*supi kata ; kau dapat sinisini je tapi kalau kau homesick, siap!

p/s ; supi, nanti aku backpack ke Sintok nunnnnnnn jauh di sana ye. kehkehkeh.



6.11.2010

kisah adik dan kucingnya

aku ada sorang adik lelaki, Yan nama sebenar. muka ganas, hitam, pemalasnya pun Masyaallah. tapi satu aku respek, dia ni sayang betul kucing. kalau dia nampak anak kucing terbiar kat tepi jalan, dia ambil bawak balik rumah. lepastu mak aku yang memang tak berapa nak in dengan kucing ni akan bebelbebel. Yan dengan ayat stended dia sejak lahir akan jawap 'kesian la dia takde mak bapak, sorangsorang je Yan tengok.'
pernah dulu dia jumpa sekor anak kucing ni terus bawak balik rumah tunjuk kat aku. dia kasi nama kucing tu Mickey. ok sebenarnya aku yang kasi nama tu pengaruh tengok kartun mickey mouse dulu. Yan bancuh susu F&N dalam mangkuk lepastu susukan si Mickey guna syringe atau kata biemnya picagari. then kitaorang terus cari kotak lama buat rumah untuk si Mickey. bergotongroyonglah kitaorang dua beradik. Yan siap pergi lapik rumah kucing tu guna lap kaki mak aku baru beli. takut Mickey kena gigit semut katanya. lepastu dia yang kena libas dengan mak aku. tak cukup dengan tu dia pergi ambil baju lama dia yang dah koyak dekat ketiak buat selimut takut Mickey sejuk duduk sorangsorang dalam kotak. padahal malammalam dia selinap bawak Mickey tidur dalam bilik dia tanpa pengetahuan mak.
sebulan kemudian Mickey hilang. masa tu hangat pulak cerita pasal orang Vietnam yang duduk selang 2 rumah dari rumah aku tu makan kucing. dengardengar kucing siam Ustaz Mohamad habis di makannya. tinggal bulubulu warna kelabu je di belakang rumah. Yan dah resah kemain. dia cari Mickey di pelusuk Taman Mahsuri. tepi longkang, bawah jambatan, celah pokok semua dia geledah. tak jumpa. sampai menangis dia risau punya pasal. sebagai kakak yang mithali, aku ajar dia suruh buat solat hajat. petangpetang pukul 5.30pm tu selalunya dia duk main sepak bola kat padang, tapi hari tu dia sinsing lengan baju amik wuduk. solat hajat di waktu petang. akhirnya jumpa, tapi Mickey dah mati. lemas dalam longkang. Yan tanam dia di bawah pokok depan rumah sambil tabur bunga raya.
2010, perangai Yan yang satu tu tak berubah. semalam dia baru bawak balik sekor anak kucing terbiar kaler hitam. seperti biasa, dia ambil kotak, lapik dengan surat khabar buat rumah untuk si Hitam. tadi sebelum pergi sembahyang jumaat dia kata nak susukan Hitam. aku yang tengah bancuh susu Acha tuanglah satu sudu susu Lactogen dalam mangkuk plastik untuk sang kucing. aku bancuh susu acha guna air panas dalam cerek, Yan pun bancuh susu kucing guna air panas dalam cerek, tambah dengan air sejuk dalam peti ais. kasi suhu dia suamsuam kuku. aku terus sound direct kata 'guna air paip jelah mangkuk!'. dia balas tajam 'nanti matilah dia! cuba kau minum air paip? kan kotor tu?'
ok aku malas bertekak. aku bukak peti sejuk konon nak cari apaapa benda yang boleh kenyangkan perut tanda protes. *konon. aku nampak ada susu dalam cawan, dalam otak aku memang fikir OH ITU SUSU DUTCHLADY ACHA TAK HABIS SEMALAM lalu aku minum seteguk dua. tibatiba Yan muncul di muka pintu sambil pegang syringe dan si Hitam lalu berkata dengan selamba 'kak, kau minum susu si Hitam yang semalam punya.'