7.19.2010

kisah kurung

aku taktau korang iaitu kaum wanita yang sama spesis dengan aku [Sigg lu jangan nak deny jantina gua kalau lu nak nombor telefon akak jual waffle kat DC] pernah alami tak pengalaman ngeri ni, tapi aku macam yakin je korang pun pernah alami sama. ok agak keling di situ. maksud aku, aku rasa mesti ada antara korang yang pernah alami benda yang aku alami ni. yang tak pernah alami pergi tepuk lalat sorangsorang.

pernah tak, korang pergi kenduri kahwin ke majlis tahlil, kelas ke apa yang memaksa korang untuk mengenakan baju kurung, dan tibatiba kat majlis tu ada orang lain [orang lain disini maksudnya ialah perempuan, wanita, atau a lady] pakai baju exactly the sama sebijik sejaban dengan baju kurung yang kau tengah sarung masa tu? bayangkan ; 2 orang yang berbeza, saling tidak mengenali, pakai baju yang sama dalam waktu yang sama. ok aku pernah. dan bukan sekali. bila aku mention bukan sekali, itu juga membawa maksud bukan 2 kali. tapi lebih dari 3 kali. keling lagi. kira banyak kali lah aku pernah kena senang cerita! and that's the reason why I dislike to wear baju kurung. wah inglish konon!

perasaan jangan tanya. kalau boleh koyak pinjam kain baju kurung orang sebelah, memang aku dah buat dah. paling teruk aku pernah kena dulu masa kenduri kat rumah Suki. ok malas nak cerita pulak tibatiba. yang terbaru aku kena, masa orientasi 2 minggu lepas. baju kurung aku pakai malam tu hampirr sama dengan sorang budak tu. siot betul. takde baju lain ke lu nak pakai woi?! walaupun tak sama, tapi hampir serupa. sekali pandang orang nampak sama okay. masa baru perasan tu, aku dengan dia saling berpandangan.

aku - mata dia - baju aku - baju dia. dan kami hanya mampu tersengih.

tapi kalau nak fikir dari sudut positif aku patut bangga la sebab taste aku terhadap baju kurung turut di minati ramai. EHE.

7.17.2010

perkara yang tak berapa boleh nak di bawa bergurau

bila di bawah terik mentari yang memancar indah, dengan perut bunyibunyi menghakis kulit perut, kau terpaksa tawaf dari 1 bangunan ke bangunan yang lain mencari kelas. dan bila dah jumpa kelas dalam keadaan yang berpeluhpeluh, kau tengok bilik darjah masa darjah 5 dulu lagi mengghairahkan nak di bandingkan dengan kelas untuk pelajar berumur 20 tahun yang berada di depan mata kau masa tu.
dengan classmate yang dipenuhi oleh kaum hawa sematamata. jantina berlawanan hanya ada 3 orang, itu pun.. haih.

nak tambah best lagi kan, kau baru je nak melangkah masuk bilik darjah tu bila rakan sekelas yang lain melangkah keluar dengan mengatakan 'kelas kansel'.

tingtangtingtang!