8.24.2010

cubacuba

hari minggu lepas, dapatlah aku balik bermalam semalaman kat rumah setelah hampir sebulan tak balik salam cium tangan mak ayah. gila apa Shah Alam - Selayang yang tak sampai sejam tu pun aku mengada nak jarangjarang balik. ingat aku jenis kacang lupakan kulit ke. punyalah aku rindu kat mak ayah aku. tapi apakan daya, pihak pengajar mempunyai agenda sendiri. ceramahlah, modullah, kelas gantilah dan macammacam lagi yang menyekat kepulangan aku ke Selayang. Sabtu hari tu aku balik diikuti oleh seorang budak bilik aku. Ain namanya. kecil molek anak kelahiran Johor namun telah berpunya. 

seminggu awal dari tarikh kepulangan tu, Ain dahplan nak buat kuih melaka kat rumah aku. gian nak buat sendiri katanya. aku ada bagi cadangan supanya buat jelah kat kolej. nak kena rebus je pun, bukannya goreng. tak perlu minyak langsung. water heater ada apa hal kan. namun, sikit lagi aku nak di tamparnya maka aku diam saja. malas nak bertelagah. yang buatnya dia, aku sahsah lah tolong rasa. tapi entah kenapa hari Ahad hari tu berbeza. entah roh Chef Wan mana rasuk aku buat aku eksaited sekali nak duk lenyek tepung kaler hijau tu.

ini adalah kuih melaka bagi warganegara Malaysia yang dah lama bermastautin di Nigeria lalu tidak tahu apa itu kuih melaka.

aku yang gunting daun pandan, aku yang blender, aku yang tuang air pandan dalam tepung. nampak tak betapa semangatnya aku nak belajar memasak? ain? alah dia tolong uli tepung je. adik aku umur 3 tahun tu pun boleh buat. lainlah tugas memblender daun pandan. perlukan kepakaran dari orang yang tertentu macam aku je. lepas dah siap uli, sesi kegemaran aku bermula. iaitu sesi melenyekkan tepung, isi gula merah dan buat bulatbulat sebelum di rebus dan di salut kelapa. Ain kasi penerangan macam aku tak ambil SPM. heh! takat nak bulatbulat kan tu kacang je lah!

ini hasil kuih melaka separa siap buatan Ain.

.

.

.

.

.

.

.

pernah dengar kata pepatah 'don't judge the book by it's cover' kan?

masa ni lah paling sesuai kalau nak aplikasikan pepatah tu.


8.06.2010

Ok tak tahan dah.

Supi, aku rasa betul ah badi malang aku kuat sangat.

Masa minggu orentasi hari tu, entah malaun mana yang bacin benar pergi rembat spender yang aku jemur kat bilik ampaian. Salah ambil? Mustahil lah woi spender bra sendiri tak cam kan. Esoknya, tudung hitam aku pulak lesap. Hal ini mengajar aku untuk memakai tudung warna lain selain dari warna hitam. Ye terima kasih.

Tapi come on people, masingmasing dah besar panjang berbulu ketiak ada lagi berperangai macam sial ni kenapa? Pelik betul. Ok kes yang ni aku tak berapa nak kisahlah. Bukannya spender aku tu jenama victoria secret punya pun. Tudung hitam tu pulak sahsah aku beli kat jalan tar je. Harga RM20 bodekbodek dapat lah kurang jadi RM15.

Tapi semalam punya kecurian buat aku berasap. Ada la tiset kosong yang aku beli kat youth10, pastu si zahir katik berambut gulung lukes gambar monster comel serta tulisan HEEE dimana menjadi baju kesayangan aku, hilang. Dirembat. Punya baik dia tinggal hanger tergantunggantung je.

Silap pencuri tu satu. Baju tu lukis sendiri, sahsah lah ada satu je baju tu kat dunia ni.

Budak mawar, mata aku sentiasa terbuka sekarang. Aku nampak siapa pakai baju tu, aku maki straight takde belokbelok. Berasap betul. Depan pakwe punya cantik perangai tersipu malu, kat kolej jadi perembat.

Moga ***** kau berkudis.