10.15.2010

bajet defisit

di sebabkan aku tak pernah turut serta dalam sebarang aktiviti kolej pada sem ini, aku ulang. di sebabkan aku tak pernah turut serta walaupun sekali dalam sebarang aktiviti kolej pada sem ini, di tambah lagi dengan tindakan tata tertib yang di kenakan ke atas bilik aku (kena saman sebab kipas berdebu, wtf?) maka wajarlah aku untuk bermimpi akan dapat kolej lagi pada tahun depan. ayat keling. ok pendeknya, sem depan aku duduk luar.


di bawah terik mentari yang memancar penuh rakus, aku berjalan mengelilingi seksyen 7. aku tekan loceng dan ketuk pintu dari satu rumah ke satu rumah tanya ada bilik kosong tak. stor pun jadilah. sebagai teduh untuk tidur. aku tak kisah sangat sebab sem depan aku bakal menghabiskan masa di kelas ataupun di perpustakaan sepanjang masa, mentelaah. dah kata pun pelajar kan, apa lagi tanggungjawab kita? selain dari tengok wayang, minum teh ais, makan canai, facebook, twitter dan tidur 12 jam sehari?


dan apa gunanya blog kalau tak melalut? ok ini cerita betul.
aku baru balik dari tengok rumah yang aku bakal duduk menetap untuk 5 sem akan datang. untungnya, aku ada kenalan tua yang bakal habis belajar pada sem ni. kiranya rumah dia duduk sekarang aku ambil alih untuk sem depan. tak payah susahsusah nak pergi pejabat NR cari rumah kosong bagai. rumah teres 3 tingkat, kiri kanan orang kaya. cuma kami saja anak dara. BMW di manamana, Saga saja yang tak ada. wah hebat juga aku buat pantun! kawan aku kata, KAWAN AKU YANG KATA, untunguntung boleh ngorat anak jiran sebelah, jatuh cinta terus serap masuk jadi menantu. huehuehue *angkatangkat kening*

rumah dah cukup perfect. pakcik rapid dah cukup hensem. pakcik jaga kat taman rumah tu tak reti nak saman macam pakcik jaga uitm. kipas rumah pun kalau berdebu di jamin takkan kena saman macam bilik aku kena saman kat kolej mawar.
perfect memang perfect, cuma setelah di tambah tolak bahagi darab, aku boleh simpulkan sem depan punya breakfast adalah megi ayam, lunch megi kari, dan dinner megi asam laksa. kalau kaya sikit boleh lah rasa sate.

kesimpulannya, bajet aku untuk tahun depan sangat defisit. kerajaan, tolonglah bagi saya pinjaman full. apa ni main bagi sukusuku? tak sampai separuh pun. kawan lain dapat penuh tau. tang nama SHAKINAH MOHD SADURI je diskriminasi. tak adil betul.

p/s ; macam mana nak kasi menteri baca blog aku ni? kena letak keyword penting eh?

KERAJAAN MALAYSIA, BAJET 2011, ROSMAH MANSOR, NAJIB RAZAK, HISYAMUDDIN, PAKLAH, MAHATHIR MASUK HOSPITAL AUSTRALIA, NAJIB, 1MALAYSIA, NAJIB, UMNO, PAS, KEADILAN, MCA, MIC. ok cukup dah kot. cuba try gugel sekarang?