ye aku mengaku aku pandai masak yang ringanringan je. sambal ikan bilis, sambal telur, ikan bilis cili api, telur masak cili api, megi ayam, megi kari dan tak lupa juga megi asam laksa. malas lah nak list semua nanti dikata bongkak pula. yang pasti, makbapak aku percaya aku boleh bagi adik kecil aku makan masa dorang pergi kerja. nasi goreng tolak tepi. tu aku pakar sebab aku tau nak masak nasi goreng kena letak garam.
aku cuma nak cerita pasal lauk. lauk kegemaran aku adalah yang bercili api segala. tak pedas tak mainlah! biarpun aku sampai melelehleleh hingus makan makanan pedas, bergelengelen air ditelan sampai perut buncit, tapi aku tetap teruskan perjuangan habiskan laukpauk yang maha pedas tu. *kau bayangkan sekarang makan ikan goreng cicah sambal belacan maha pedas?* pehh lidah melayu kampung betul gua! lauk nombor 1 di dunia bagi aku ialan tomyam dan ikan asam pedas. dan aku tak reti nak masak lauk nombor 1 di dunia tu. so, azam tahun baru aku ialah pandai memasak lauk nombor 1 di dunia! okay tak sedap betul bunyinya. tukar. azam tahun baru aku ialah pandai memasak tomyam dan ikan asam pedas!
dan aku mengaku aku tak reti nak siang ikan. langsung. nak goreng ikan pun aku rasa macam kena pergi berperang. tapi nak goreng tu aku reti okayy. cuma kena pakai penutup periuk sebagai perisai nak elak minyak percikpercik. aku taktau bila aku boleh get rid penutup periuk tu. haih. so azam baru aku yang lagi satu ialah goreng ikan tanpa perisai! :D
sem depan, aku duduk rumah sewa dimana housemates semuanya chefchef belaka. mungkin. aku tengok gaya boleh diagak bahawa moto hidup mereka ialah 'dapurku syurgaku'. so aku rasa kalau bab dapur, mungkin mereka cuma tugaskan aku untuk masak nasi je. maka aku fikir aku nak cedok segala ilmu memasak dari dorang. gehehhe. selama 2 tahun setengah mencedok ilmu memasak, silapsilap habis belajar nanti aku boleh bukak kedai makan. takpun silapsilap aku bakal muncul di kaca tv dalam rancangan Mari Memasak Bersama Chef Shax. gehehhee.
Amir & Nisa | Pre-Wedding
8 months ago






