hari ni dah 31 disember 2010. esok dah jadi 1 januari 2011. maka dah masuk kelas/sekolah nanti, nak tulis tarikh kat kertas kajang jangan tersasul tulis 1 januari 2010. aku tau ramai yang buat. aku tauu. >:)
sebenarnya beler (baca ; blur) taktau nak tulis apa, maka aku nak listkan perkara yang terjadi sepanjang 2010. KONON BELER TAPI TAU PULAK NAK TULIS PASAL MEMORI 2010. DASAR PENIPUK LOE YAA!
malas nak list satusatu, aku amik yang penting jelah.
#1 : 21 disember 2010, aku genap 20 tahun. hewhewhew.
tu diaaa muka umur 20 tahun aku! ada gaya, mutu dan keunggulan kan. siap berbaju kurung lagi. ni kalau mak Khairul Fahmi nampak ni, terus dia kata 'eh anak ni dah berpunya ke? kalau belum meh la jadi menantu makcik.' dengan rendah dirinya aku terus salam cium mulut dengan makcik tanda setuju.
ok sori pit. curang kejap je. eh sori jugak gf kerol fami. gatal kejap je.
#2 : 29 disember 2010
yang ni memang baru. ramai orang dah apdet tapi ahh lantak lah aku nak jadi tipikal jugak. rabu ritu kemain lagi aku yang selama ni hanya minat pemain bola, boleh pulak duduk terpaku depan tb tengok Kerol Fami. eh maksud aku tengok bola. aku risau jugak kalau perlawanan bola ni pun indo ada nak buat macam scene dalam kebanyakan sinetron mereka. scene ngomong sorangsorang, lepastu zoom in zoom out hampir 15minit. tapi nasib baik tak ada. kalau ada mau jugak aku pergi bilik air gosok gigi tanda bengang.
kali ni sampai sejuksejuk tangan penuh debaran aku menatap kaca televisyen. betapa hebatnya Kerol menangkap bola. tiap kali bola datang dekat dengan gol malaysia je aku sesak napas. 'jangan la masuk, kerol hatihati kerol, tolonglah ya Allah jangan bagi masukk!' hati kecilku berkata. tak senang duduk betei. tapi bila Safee golkan je, aku rasa kalau jiran sebelah rumah aku ada sakit jantung dandan tu jugak dia mati terkejut dengar aku punya GOLLLLLLLLLLLLLLL!!!! 1st timee tu wehh 1st timeeeee. selama ni aku tengok Lampard je, dah puas tengok 2 3 minit, tukar channel 611 tengok Adi dan Ayah. kalau nasib baik sikit dapatlah tengok Hagemaru. tapi kali ni terus rasa nak beli jersi kat uptown lepastu tengok kat stadium.
#3 : 15 september 2010, err. ehem.
okay yang ni aku malas nak elaborate panjang. aku bukan reti nak jiwangjiwang depan orang ramai ni, tapi senang kata aku telah di sunting. kahkahkah geli pulak ok tukar. senang kata aku dah.. err, dah.. urm. kapel. ok bai.





