9.09.2011

isu semasa kononnya.

semalam aku borak dengan amal. alah, amal. kenal? amal yang terbitkan buku tapi tak reti nak bagi free dekat aku tu. buku dia tajuk heroin, kalau nak order pergi sini tapi sebenarnya buku tu dah sold out. hihi. okay aku nak cerita pasal benda yang kami borak sebenarnya. kami bincang pasal isu semasa yang bertajuk 'kenapa masyarakat kini suka memandang rendah pada remaja yang bekerja pada usia yang muda.' haa gitu.


selama aku hidup 20tahun berapa bulan ni, kalau aku pergi cari kerja masa cuti sem ke cuti sekolah ke apa, aku mesti dapat kerja yang memerlukan aku untuk berhadapan dengan orang ramai. perlu ada keyakinan diri yang tinggi serta berwibawa. tugas utama adalah deal dengan pelanggan. amboi poyonya bunyi gaya macam jadi orang terpenting di syarikat besar padahal kerja waiter secret recipe je. but still, kena deal dengan pelanggan kankan? haa tu yang aku nak highlight kan tu.


aku musykil zaman sekarang ni masyarakat tahu beza tak antara pekerja, dengan hamba atau kuli? sebab mesti ada sesetengah orang yang datang kedai, lagak macam diva habis layan pekerja kat situ macam kuli batak. okay ini general. aku tak cakap pasal secret recipe je. masa aku kerja jadi waiter hari tu, mesti ada pakcik makcik ni yang pandang sinis gaya macam aku ni cuma ada sijil ketua kelas darjah tiga. tak cerita lagi budakbudak sekolah private St. Mary datang lepak order kek 1 slice tapi keluar RM100 punya pandangan macam mana. tak payah tunggu dia buka mulut, pandangan mata dengan mulut herot pun dah cukup buat aku rasa nak korekkorek bagi ayam makan.


dia fikir budakbudak yang kerja jadi waiter, jaga kedai pakaian, kerja kedai aiskrim, kerja wayang ni semua pesen ada sijil UPSR je agaknya. kalau iye pun ada sijil UPSR, perlu eh nak bagi pandangan langsi macam budak yang kerja tu jijik habis? nasib baik aku budak uitm je. tak gempak mana. kalau aku budak UTP mau aku buat tag tulis SAYA PELAJAR DEGREE JURUSAN PETROLEUM ENGINEERING DI UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS lepastu gantung kat leher 24jam.